Madu Habbatussauda

السلام عليكم
Salam siaran dari Abu Dhabi
Nak update blog tatau pasal apa huhuhu
Masak-masak x berapa nak masak dah
Wakakakaka mood balik Malaysia la katakan

Baru ni g beli la barang-barang nak bawak balik
Mana yang kengkawan kirim dah disetelkan
Chocodate yg dikirim pun dah dibeli
Last year biz chocodate, tahun ni malas la pulak takut tak terkejar nak ke pos opis
Dulu najwaa ada dalam perut senang sket nak gerak 
walaupun huyung hayang nak imbang badan eekkeke
Ni dah dah kuo dari perut mama ni makin beso makin melasak 
tapi aku x jugak kurus-kurus ekekeke tetiba
Ni hah nak citer aku g beli madu habatussauda
Minyak habatussauda dlm bentuk softgel aku dah lama habis
Stok dari tanahair 
Kat sini mmg banyak le habatussauda 
tapi tekak ni x lalu nak kunyah2 biji habatussauda
Makanya bila jenjalan jumpa la kedai pak arab ni
Dia mmg tengah membancuh madu yaman dengan habatusauda
Rasa dulu sesudu...sedap
Ok boleh beli hahahahaa

Pak arab ni kata bagus untuk batuk, selsema, sistem dalaman kita
Balik umah aku menggoogle la khasiatnya
Eh kat msia pun ada gak campuran madu habatussauda ni macam-macam jenama 

Madu atau yang dalam bahasa arab ‘Asl. Madu dari jinten hitam atau yang disebut dengan madu habbatussauda juga terkandung dalam ayat suci Al-Quran dalam firman Allah SWT ” Dari perut lebah itu keluar cairan dengan berbagai warna, di dalamnya terdapat kesembuhan bagi manusia” (QS. An-Nahl: 69).

PENYAKIT-PENYAKIT YANG DAPAT DIRAWAT OLEH HABBATUS SAUDA PLUS MADU

1) Darah tinggi
2) Kencing Manis
4) Resdung
5) Asma
6) Luka-luka dihari
7) Batu karang
8) Sakit buah pinggang
9) Gout
10) Lemak berlebihan
11) Luka-luka dalam mulut
12) Luka-luka dalam perut
13) Kurang Penghadaman
14) Menegang permukaan kulit
15) Mengecut semua ketumbuhan
16) Senggugut
17) Putaran haid tidak menentu
18) Buasir
19) Sakit usus perut
20) Luka usus kecil
21) Ketegangan urat saraf
22) Letih lesu
23) Masalah penglihata
24) Anticancer (pencegah kanser yang berkesan)
25) Antihistamine (pencegah alahan)
26) Antioxidant (pencegah kerosakan sel)
27) Antibiotic (pembunuh kuman)
28) Antimycotic (antikulat)
29) Bancho-dilating effect (pengembang saluran pernafasan)
30) Masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
31) Melancarkan keluarnya kencing
32) Memperlancarkan darah haid
33) Melancarkan pengeluaran susu ibu.
34) Masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
35) Mengeluarkan angin dari perut
36) Menambahkan ghairah seks
37) Masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
38) Masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
39) Masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
40) Masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi / rendah
41) Masalah mental - meningkatkan kecergasan minda
42) Masalah tulang / sendi - gaout, arthritis dan reumatima
43) Kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain.

Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban habbatus sauda dan menyarankan kita menggunakan habbatus sauda untuk merawat bermacam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuwan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan habbatus sauda.

Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa habbatus sauda adalah penawar segala penyakit.

Yang ni lak Gum Arabic dalam bentuk serbuk
Yang biji pun ada tapi leceh lak nak tumbuk ke kan
Pak arab kata guna sesudu bancuh dengan air dan minum
Bagus untuk buah pinggang
Ni yang biji ketul...aku snap je masa pak arab ni tunjuk
Sebelum tu ada nampak biji cam batu kaler putih nmpak mcm gula batu
Tak terpikir lak nak snap
Pastu nampak lak yg kaler oren2 cekelat ni
Bila tanya batu apa ni huhhhu dia kata from shajarat
Muahahhhaa seb baik aku masih ingat shaharah ni apa 
Hah korang dulu masa skolah agama ada kan blajo bahasa arab
Ainun...mata
Jumjumaton...tengkorak
Samakun...ikan
Shajarah....pokok

Manna dikenali dan diakui oleh 3 kitab iaitu Al-Quran, Injil dan Taurat adalah anugerah Allah SWT kepada Nabi Musa A.S. Para ulama telah mengakui air zam-zam adalah “air minuman dari Syurga”, Saffron adalah “bau wangian di Syurga” dan Al Manna adalah “makanan dari Syurga”.

Sudan adalah pengeluar utama Al Manna, yang juga dipanggil dengan nama Hashab. Sudan membekalkan 85% dari bekalan Al Manna di dunia dan 90% darinya adalah berkualiti tinggi. Al Manna adalah emulsifier semulajadi yang terbaik digunakan untuk memegan bahan-bahan yang biasanya tidak dapat bercampur bersama seperti air dengan minyak. Getahnya diperolehi dengan menoreh kulitnya sebagaimana pohon getah ditoreh untuk mengeluarkan susu getah.

Gum Arabic/Al-Manna ni dari getah pokok ye kengkawan
Setelah digoogle
Khasiat Al Manna :
Turunkan berat badan
Darah tinggi
Kencing manis
Kolestrol tinggi
Batu karang
Masalah perut, ulser, gastrik
Atritis
Gout
Asma
Kanser
Sembelit, buasir
Sakit buah pinggang peringkat kronik
Menyihatkan tubuh badan
Mencerdaskan minda
Ikhtiar rawatan islam melawan gangguan dari dalam


17 Gtau jek:

Anum said...

bagus kan

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

assalam...anak saya asma, saya beri minyak dlm bentuk pil yg macam jelly...alhamdullilah sihat sikit.

norhidana said...

madu mmg bgs kan kak... aiyan skrg nih pun bg minum madu tiap2 pg utk kurangkan kahak dia... juga utk sistem badan dia...

Zasillah Ariffin said...

(Y)

Lelord said...

Kan madu dan habatussauda ada khasiat tersendiri

Lelord said...

Wsalam, saya pun sblm ni telan minyak habatussauda dlm bentuk softgel, yg serbuk dalam kapsul pun penah

Lelord said...

Aah bagus, xpe kita cuba je mana yg sesuai. Lgpun sunnah kan. Najwaa pun akak calit2 sket kat dia

Lelord said...

Hehehe terbaekkk kan linggg

Rohani Hashim said...

arabic gum bagus utk mereka yg sembelit kan....tp hany masih xdpt nk consume habbatussauda secara direct. mesti kena amek yg campur dgn bahan lain.adeiihhh

Ummi Hanie said...

bagusnyee habbatussauda dah siap campur madu tu yer.

kalo kat sini, mmg kena beli dua2 mende tu... campurkan scr manual gitu... hehe

akk bisnesla produk tu ;)

Lelord said...

Yup kalau gugel mmg katanya bagus utk sembelit. Salah satu manfaat gum arabic

Lelord said...

Hehehe mmg balik msia ni bawak sekali yg kengkawan kirim. Ada up status kat fb :)

Anonymous said...

Siapa nak beli arabic gum sila hubungi Marwan 0166182514

Bunga said...

Salam.kat mana ye nak beli habatus sauda tu kalau kat dubai..sbb kami di dubai so ingat nak beli la..

Lelord said...

Wsalam rasanya dekat kiosk yg jual madu ada. Kalau dlm carrefour atau lulu ada gak dh siap packaging tag black Seed honey x silap

Ruzanna said...

Salam akak

Saya nak tanya akak ambil tempahan untuk arabic gum tak? Kalau ambil tempahan saya nak kirim dekat akak. Saya nak beli untuk ayah saya.

Gum Arabic Original said...

Saya merupakan pengimport gum arab dari Sudan ke Malaysia melalui pelabuhan port klang

Boleh wasapp ke 0194951082 untuk order secara borong/runcit

atau boleh ke website kami di www.getaharab.com

atau boleh direct ke kedai kami di pasir puteh, kelantan.

Semoga bermanfaat :)

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in