Gantung Periuk Lagi Ke??
Aku Nak Menayang Lak
Sila jangan menyampah yek..
Aku saja nak menayang baju yg aku beli
Alah baju murah jek pun
Bukan la berjenama
Janji leh aku pakai time sejoookkk ni
Makin hari makin sejuk
Lom peak hour lagi..ni baru salam pengenalan jek aku dah beku
Renungan
Renungan..
ANAK ringkasnya
A: AMANAH
N: NASIHAT
A: ASUH
K: KASIH
Dlm mendidik anak2 kita, gabungkan kesemuanya,
Ingat sentiasa, anak adalah AMANAH dari Allah,
berikan kpdnya NASIHAT yg berterusan,
ASUH dia dgn akhlak yg baik
Dan
Belai anak dgn KASIH yg ikhlas...
Maka, akan lahir anak yg berjaya di dunia dan beruntung di hari akhirat,
Amin ! Insyaallah
A.1.® Steakhouse XT™ Burger
27"c....Stokin...Pesal?
Lagi...lagi Najlaa
Owhh! Tak Sabarnya
Huhuhu Xde Hasil
Kul 5 pagi darling kuo dah
Ngikut kengkawan g mancing kat Wakra
Aku siap buatkan satu termos nescafe ngan sandwich tu
Ekekekke saje nak cuba katanya
Siap beli rod tu
Xpe la ade gak aktiviti dia
Ni hah baru jek balik kul 12.00 ni tadi
Hahahaha sekor pun xde
Kawan2 dia pun sama gak..ade la kot yg dapat kecit je anak ikan gaknya
Dorang pergi 6 orang
Kununnya kot la dapat sekor dua leh la aku masak
Lauk abis dh ni..
Nampak gayanya tapau aje la
Aku pun lenkali nak cuba gak le ikut g mancing
Cam best jek...Korang penah g mancing??
Nak Boboy Ke Nak Gegirl?
Mari..Mari..
Mode : Sedih, Geram, Sakit Ati...Ko Memang Kijammmm
Ni sumer gara2 member aku soh tengok Video yg dia share kat FB
Tapi kan aku x dapat nak paste ke blog...ke aku yg x reti
Kalau kat you-tube tu leh ler copy&paste
Tatau le korang penah tengok ke idak video
Pasal ade pompuan jahat tengah mandikan budak kecit
Pehhh mmg rasa sakit ati aku
Sedih sangat dia diperlakukan sebegitu
Budak kecik tu dibaringkan kat lantai...
Pompuan jahat ni lak guna kaki dia tuk gosok badan budak
Ciss kejam sungguh!!
Pastu dia amik gayung siram jek muke budak x berdosa tu
Siap curah air kat muka ngan mulut
Adehhh kalau lemas camne...
Aku ni pun nak mandikan najlaa punya la berhati2
Siap soh najlaa dongak kepala lagi pasal najlaa x nak air jatuh kat muka
Emosi aku mmg terganggu tengok video tu
Air mata ni cam empangan pecah laju jek mengalir
Aku penah tengok gak video pasal kucing yg kena kerat kaki pasal curik ikan
Aku nangis beria2 walaupun aku x suka kucing
Ni apatah lagi tengok video penderaan budak
Dah le aku baru jek support Unicef
Tetiba tengok lak video tu
SAYA SUKA BLOG AWAK LA !
Hehehehe good!
Macam2 idea BA
Ada gak sebelum ni join segmen Ben
Ni yang terbaru... SAYA SUKA BLOG AWAK LA !
Okey 5 Blog yang aku suka masuk setiap ari adalah....Ehehhee blog Ben mmg kompom la kan
❤ MamaZharfan - suke ngan blog suzie ni..lebih2 lagi kegigihan dia masuk contest-montest dan selalu sgt bertuah...bukan jeles tp jadi sumber inspirasi tuk join contest gak
❤ Marsha - ni lak jiran sebelah umah aku, aku dh nak terbang ke Doha ritu baru kutahu kewujudan blognya. Skang ni mmg aku rajin terjah pasal nak tau kesudahan episod "Sempena Ulangtahun Percintaan Kami Yg Ke-15" penat aku menanti ni x abis2 lagi.
❤ MamaHanim - kat sini slalu update news, so leh la baca. almaklum dok jauh x baca paper walaupun ade paper 0n9, tp still suke menjengah sini.
❤ Tiefazatie - lately suke singgah sini especially tips2 pasal nuff hehehehhee.
❤ IbuAqil - catatan harian dan luahan perasaan bergabung dlm blog ibu. Luahan perasaan yg terkadang meruntun jiwa aku yg kunun2 kebal ni.
Saya mengetahui segmen ini dari blog Ben pasal ari2 ke sini. Pastu ramai dah rakan2 yg join cam Ayu CitarasaRinduan ngan Izan Ishak so why not turut serta kan.
9 Wanita Yang Perlu Dijauhi Lelaki
LELAKI SERING DIGAMBARKAN SEBAGAI SEORANG YANG EGO, KERAS HATI DAN PEMBULI SEMENTARA WANITA PULA DIGAMBARKAN SEBAGAI MAKHLUK LEMAH LEMBUT DAN PERLUKAN PERHATIAN DARI LELAKI SEPENUHNYA.
Tetapi awas, bukan semua kejadian begitu sebaliknya 10 sikap ini perlu anda beri perhatian tentang wanita. Cuba semak, apa sikap wanita yang perlu lelaki jauhi!
1. Perasan cantik
Wanita ini, beranggapan amat mudah mencairkan hati lelaki dengan kecantikan yang mereka ada. Lebih malang, ada yang menjadikan wajah cantik sebagai aset dan bergelar pisau cukur dengan mengikis harta lelaki kaya yang begitu mendambakan layanan wanita cantik. Biasanya golongan cantik ini percaya, wajah mereka boleh memberikan mereka apa saja termasuklah cinta.
2. Punya ‘sugar daddy’
Dalam kehidupan di kota yang serba-serbi memerlukan wang ada wanita yang sanggup mendampingi lelaki kaya demi kesenangan hidup. Mereka sanggup menyerahkan tubuh badan memberikan layanan seks demi wang biar pun haram di sisi agama. Lelaki yang merasakan ia satu peluang yang sukar dilepaskan pula sanggup menabur wang untuk kepuasan nafsu mereka.
3. Pandai ambil kesempatan
Bagi mereka, setiap peluang perlu direbut dengan pantas tanpa mengambil kira sama ada ia hak orang lain atau tidak. Kalau tidak, masakan muncul kisah tunang dirampas, suami diambil wanita lain dan sebagainya.
4. Suka mengongkong
‘Queen control’ inilah gelaran paling sinonim dengan wanita sedemikian. Mereka suka mengawal semua pergerakan pasangannya, dengan siapa suami keluar, balik jam berapa dan macam-macam lagi. Suami yang mendapat isteri begini dikatakan sering menjadi bahan jenaka jika sanak saudara berkumpul.
Cuba bayangkan, ketika sedang minum di kedai mamak bersama rakan lelaki, isteri menelefon menyuruh anda balik segera sedangkan teh tarik baru saja terhidang. Suami mana yang tidak stres. Wanita ini bersikap demikian kerana cemburu dan tidak mahu suami mempunyai wanita lain.
5. Mahu Sempurna
Sikap wanita yang mahukan kesempurnaan juga merimaskan. Bagi mereka, setiap perbuatan orang lain adalah salah dan hanya mereka saja yang betul. Malah bagi mereka, tiada orang lain yang sempurna kecuali mereka. Bayangkan jika anda mempunyai isteri begini, alamatnya makan hatilah selama bersama.
6. Selekeh
Jangan ingat lelaki saja yang selekeh tetapi ada juga wanita yang tidak tahu menjaga penampilan diri. Bagi mereka, cukup berkain batik saja bila di rumah atau memakai baju kaftan seharian walau pun suami ada di rumah. Sebaiknya, biar tidak cantik tetapi pandai menjaga penampilan diri.
Begitu juga halnya dengan wanita yang tidak mempedulikan apa kata-kata orang tentang penampilannya itu, ia juga bahaya. Mereka tidak dapat membuat penilaian tentang diri sendiri selain mengabaikan cakap-cakap orang tentang mereka juga.
7. Suka mengharap
Ada sesetengah wanita yang tidak mampu membuat sebarang keputusan untuk diri mereka dan terlalu mengharapkan orang lain memberikan jawapan bagi diri mereka. Biasanya wanita begini kalau ditinggalkan suami, hidup mereka lebih merana kerana terlalu mengharap.
8. Terlalu cemburu
Lebih teruk lagi jika cemburu buta. Wanita ini biasanya akan menyerang pasangan sebelum sempat memberi penjelasan. Cemburu ini biasanya akan menjadi perosak kepada sebuah perhubungan. Malah ada yang sanggup memutuskan perhubungan kerana tidak sanggup berdepan dengan kerenah wanita cemburu.
9. Tidak berhati-hati
Bayangkan, apabila anda tidak berhati-hati dalam setiap perbuatan dan kata-kata, ia tentu saja akan melukakan hati orang lain.
Cara Tangani Kulit Bermasalah
Tidak semua bernasib baik dikurniakan kulit wajah yang cantik, licin dan sempurna. Ramai yang berhadapan dengan kulit bermasalah hingga kadang-kadang menyebabkan hilang rasa keyakinan diri. Namun setiap masalah tentu ada penyelesaiannya. Bagai mereka yang memiliki kulit seperti ini tidaklah perlu bimbang kerana ia mampu ditangani jika kena dengan caranya.
Kulit berjerawat
Berlaku disebabkan oleh liang-liang roma tersumbat oleh kotoran serta bakteria. Selain itu, pengeluaran minyak yang berlebihan juga boleh menyebabkan liang-liang roma tersumbat. Ini sering berlaku pada mereka yang memiliki kulit jenis berminyak.
Untuk mencegah jerawat, cuci bahagian yang berpotensi timbul jerawat dua kali sehari. Selain itu, bersihkan mekap dengan sempurna setiap hari. Pilih pencuci wajah yang bebas minyak. Ia bukan sahaja membersihkan wajah, malah turut membantu membuang mekap serta kotoran yang melekat pada wajah sekali gus menyebabkan liang-liang roma tersumbat.
Gunakan solekan dari bahan berasaskan air serta tidak mengandungi banyak bahan berminyak. Selain itu, pilihan pakaian juga mempengaruhi, sebaiknya pilih pakaian dari jenis fabrik yang menyerap peluh dan nyaman bagi menghindari berlakunya jerawat pada bahagian dada mahupun punggung.
Kulit kering dan bersisik
Antara punca yang menyebabkan masalah ini adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin A, pengaruh cuaca yang bertukar-tukar secara ekstrem, pengambilan ubat tertentu dalam jangka masa yang lama serta pola hidup yang tidak sihat. Apabila kulit mengalami masalah kekeringan, ia memberi impak kepada wajah yang kelihatan tua.
Oleh itu sebaiknya gunakan pelembap yang mengandungi AHA, Vitamin C dan E. Sapukan minimum dua kali sehari terutama selepas mencuci wajah atau mandi. Mandilah menggunakan air sejuk berbanding air panas. Terlalu lama mandi menggunakan air panas akan menyebabkan kulit mudah kering dan berlaku iritasi.
Hindari berada terlalu lama dalam ruang yang berhawa dingin atau anda boleh mengatur suhu penyaman udara supaya tidak terlalu sejuk. Sesekali, lakukan urutan pada kulit wajah dan tubuh dengan menggunakan minyak zaitun dengan memberi penekanan pada titik-titik akupresur. Selain untuk merangsang pengeluaran kelenjar minyak ia juga boleh membantu melancarkan perjalanan darah.
Kulit sensitif
Kulit sebegini mudah memberi reaksi terhadap produk tertentu seperti bahan kimia, cuaca panas atau keadaan sekeliling. Merawat kulit jenis sensitif tidak boleh sembarangan kerana tidak semua produk sesuai dengan kulit jenis ini. Jika tersilap memilih produk rawatan boleh menyebabkan kulit mengalami masalah seperti berjerawat, kemerahan, iritasi sekali gus merosakkan penampilan seseorang.
Justeru, anda perlu bijak memilih produk rawatan wajah. Pilih produk yang mengandungi herba semula jadi seperti chammomile dan aloe vera yang berfungsi untuk antiiritasi. Bersihkan mekap dengan pembersih wajah yang lembut dan bebas sabun.
Hindari memilih penyegar wajah yang mengandungi alkohol kerana ia sangat reaktif terhadap kulit jenis ini. Pilih krim pelindung matahari yang mengandungi titanium dioksida untuk membantu mencegah iritasi pada kulit wajah akibat terdedah pada sinaran matahari.
Jika kulit mengalami masalah atau iritasi, gunakan air dan pembersih mekap berbentuk tisu. Hindari menggunakan air sejuk atau air suam kerana suhu ekstrem dapat mempercepatkan iritasi pada kulit. Sebaiknya, gunakan air pada suhu normal.
Kulit kendur
Proses kehamilan, bersalin, diet ketat, pembedahan mahupun penurunan berat badan secara mendadak boleh menyebabkan kulit mengalami masalah kekenduran. Justeru, beberapa kaedah yang boleh dilakukan termasuklah memakai serum anti-kedutan, diikuti dengan krim siang dan krim pelindung matahari SPF 15 atau 20.
Manakala untuk malam hari, gunakan krim malam yang mengandungi antipenuaan. Lakukan rutin ini setiap hari bagi mendapatkan kulit yang segar sekali gus menghindari proses penuaan berlaku lebih cepat. Olahraga juga penting supaya kulit tidak mudah mengendur.
Air adalah sahabat kulit kendur. Selain minum 8 gelas air putih sehari, mencuci wajah menggunakan ais antara kaedah atau rawatan anti - penuaan semula jadi.
Cantik di hati :
Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.
FRUST...Pesal X Jadik
Aku td ngan penuh semangat
Kununnya nak wat Pau Goreng Inti Kelapa
Alah yg cam roti sambal tu jek..tapi roti sambal pun aku x penah wat...???!!!!
Tapi boh la inti kelapa manis
Saja nak coba
Uli doh lembut dah
Tapi bile goreng keras
Pesal ek???
Carik kat google