Korang Pandai Gubah Sirih Junjung?

Ni sirih junjung yg aku buat ms kazen aku tunang 25 dec lepas

Ade sesapa yg pandai wat sirih junjung? heheheh aku xde la terer sgt tp boleh la yg simple2 jek. Heheheh pesal lak tetiba jek nak citer pasal sirih junjung. Al-maklum le bulan depan kan dh start coti skolah, kompom ramai tg wat kije kawen kan..

Biasanya, kalau kita pergi ke mana-mana majlis perkahwinan ataupun pertunangan, mata kita pasti akan manatap susunan barang-barang hantaran perkahwinan yang tersusun indah daripada kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. Dan kalau kita perasan, barang hantaran yang biasanya terletak di depan sekali ialah sirih junjung. Jom kite kupas serba sedikit mengenai sirih junjung dan kenapa ia biasanya dijadikan sebagai ‘penghulu’ atau ‘kepala’ hantaran, sementara barang-barang yang lain dianggap sebagai ‘pengiring’hantaran.

Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung ni adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia juga membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami isteri. Ini kerana hidup setiap pasangan suami isteri tidak dapat ‘lari’ daripada segala duka dan duka. Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin.

Seperti yang disebut di atas, terdapat beberapa bahan lain yang biasanya dimasukkan sekali ke dalam gubahan sirih junjung. Jom kita lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik bahan-bahan yang digunakan itu:

Daun sirih yang segar

Daun sirih – membawa maksud mulia hatinya, berani, tidak mudah berputus asa dan rendah diri

(kalau ikut arwah umi kena pilih sirih bertemu urat, aku lupe nak tya ape maksud)

Gambir

Gambir – rasa pahitnya menggambarkan keteguhan hati seseorang

Kapur di atas daun sirih

Kapur – memberi rasa yang payau, pahit serta hangat jika dimakan bersama dengan sirih. Ia membawa maksud hati yang suci tetapi boleh memberontak jika dicabar

Pinang

Pinang – melambangkan keturunan yang baik dan berhati mulia

tembakauTembakau – membawa maksud seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua hal

CengkihCengkih – rasanya yang pedas memberi gambaran seseorang yang berpegang kuat pada prinsip

Jika ingin menggubah sendiri sirih junjung, anda hendaklah memilih daun sirih yang segar dan pelbagai saiz Kemudian daun sirih itu akan disusun dan dibentuk mengikut citarasa penggubahnya. Setelah siap, bahan-bahan lain seperti pinang, gambir, cengkih dan kapur pula akan diletakkan di celah-celah susunan daun sirih. Selain tu, penggunaan bunga-bunga segar seperti bunga kekwa dan bunga mawar juga memainkan peranan dengan diletakkan di celah lipatan daun sirih. Sebagai ‘final touch’, anda bolehlah merenjis sedikit wangian seperti air mawar untuk membangkitkan lagi aroma sirih junjung.

Walau bagaimana sekalipun bentuknya, gubahan sirih junjung akan tetap menjadi penghulu segala hantaran dan pelengkap kepada suatu majlis perkahwinan. Hehehehe pasni kalau ada anak-anak dara korang yang bertanyakan tentang perihal sirih junjung ini, jangan lupa untuk menceritakan segala kepentingan dan maksud sirih ini kepada mereka, yer? Moga-moga mereka akan terus membawa warisan Melayu yang indah ini hinggalah ke akhir zaman.

7 Gtau jek:

Nur Hawa Mohd Zin said...

tak tau plak aa maksd pada semua ni...tq kak...hehehe..waktu nak hntr rombngn kena bgtau ni...lalala

Nia said...

wah...good info dear!

Hizami Li said...

wow.
ingatkan dah memang asal kena buat macam tu.
rupa rupanya ada sebab.
;)

Lelord said...

muahahhaa macam negeri johor setakat ni yg akak tau mmg kena ade sirih junjung tp ade gak negeri yg cuma guna tepak sirih tp brg cam gambir, kapur,tembakau. Tp akak mmg suke tgk gubahan sirih junjung mmg cantik

AYU said...

good info..ayu x tahu pun maksud khusus setip elemen dlm sirih junjung tu..pandai gak lela buat sirih junjung ye...ayu cuma tahu buat 1 jenis je..tu pun masa ayu tunang ngan kahwin...

Lelord said...

heheheh lela tau yg cam gambo tu jek. Arwah Umi(makcik) yg ajor. Kalau umi kapur, buah pinang tu sumer dia gubah jd bentuk bunga. yg tu x sempat blajo. Tp sgt suke ngan bunga "Birds of Paradise" tu

liennasts said...

yup.. sama pun ada pengalaman buat sireh junjung.. pertama, masa saya bertunang dan yang kedua, untuk abang saya lak. Saya memang minat gubah2 ni.. tambahan, menurut mak mertua saya, sireh junjung mesti lagi tinggi dari hantaran2 yang lain. Mungkin sebab apa yang awak cakap tu kan.. penghulu hantaran.. Thank u for sharing this info ye.. sebelum ni main buat je. Mak mertua suruh letak pinang, gambir, kapur, tembakau.. kita pun letak la.. Tak tahu plak maksud di sebaliknya..

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in