Berurut Segar Dan Cerdaskan Badan

Bestnya...

Petang tadi aku g berurut...dah lama x urut badan nih. Rasanya last aku urut tahun lepas tu pun pasal nak naikkan peranakkan. Almaklum la dulu salinkan najlaa caesarean. Masa urut dalam pantang dulu mana ae sentuh2 perut kan.

Sessi urut dimulakan dengan dak kenit.. heheheh dak kenit aku pun berurut. Ok jek dia sampai makcik urut cakap x penah ade budak yang tak melalak kalau dia urutkan. Alhamdulillah najlaa ok je mmg x nangis pun cuma nampak la dia keraskan kaki kat mana bahagian yg sakit biler kena urut.

Rasa tersangat la ringan badan pas urut tadi. Tapi paling ketara kat bahu ngan pinggang. Pasal aku rasa cam tegang sgt2 2 bahagian tu. Biler dah kena urut mmg sgt best. Banyak tul aku kuar angin tadi heheheh sedawa n kentut2 manja lagi. Makcik tu siap sound lagi najlaa dah nak masuk 3 tahun, biler mau tambah.. Ekekeke malu lah i....kena tanya papa najlaa ni


Sedikit Info:

Berurut merupakan amalan penting dalam berpantang selepas bersalin. Paling baik ia dilakukan pada setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan ia dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Berurut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama 3 hari berturut-turut. Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan lebih 1 jam. Tujuannya untuk memulihkan kesegaran tubuh, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah kotor. Gunakan minyak yang bercampur herba seperti minyak serai wangi.

7 Gtau jek:

Nur Hawa Mohd Zin said...

pasni leh buka umah urut..hheheh

Unknown said...

hai mama najwa...

ayu tak suka berurut,,sakitnya..ayoyo...kikikiik

Lelord said...

Wawe: meh arrr dtg urut
Ayu: best tau x sakit pun heheh

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe selalu gak urut..tp belum ag urut bhgn peranakan..cume urut badan n kaki jerk...

Lelord said...

heheheheh akak kan dh beranak satu. dalam percubaan nak tambah lagi ekekeke

Nur Hawa Mohd Zin said...

chaiyuk kak...usaha tangga kejayaan, pasni kena wat blog satu ag lah..
mama......punya. semoga medapat rezeki murah kak

LYaFRINA said...

selamat hari ibu..
semoga kt menjadi ibu y terbaik dunia & akhirat buat ank2 kita..
amin..

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in