Salam dari Si Perantau
Lamanya menyepi dari dunia blogger
Alahhh picisan aje pun kan muahahha
Hari ni merajinkan diri mencoret dengan tujuan mengabdikan kenangan
Bila darling cakap jom berbuka puasa kat masjid terus rasa teruja
Lebih-lebih lagi bila tengok youtube
persiapan makanan untuk lebih 30,000 orang untuk berbuka puasa setiap hari
Anak-anak, kami hanya beritahu kita buka kat luar aje
Hehehe saja nak tengok reaksi diorang
Jam 6 petang kami bertolak dari rumah,
masa lalu di kawasan masjid Najwaa dah cakap
"later we'll go here ok"
Mama aahkan aje la hihihi
Nampak ramai orang parking di kawasan perumahan berhampiran jadi kami follow je
Hanya lintas jalan je sampai ke masjid
Anak-anak dah bersorak
Mulanya kami ingat nak duduk di kawasan rumput je
memang ada disediakan tempat dan dibentang ala-ala kain saprah
Kami disambut staf bertugas dah ditunjukkan untuk ke khemah famili
Keterujaan terserlah di muka Najwaa
Najlaa teruja gak tapi agak cool berbanding Najwaa heheheh
Begini la keadaan dan susun atur di dalam khemah
Tuan tanah kena la ada gak dalam ni
Ni la "Iftar Box" setiap orang dapat
Air je sampai 4 jenis
Portion memang banyak tak habis pun makan
2 kotak kami bawa balik dan bagi pada security
Nasi Beriyani kambing, vegetable salona, buah epal dan dan kurma
Tengok ni besar lauknya
Susun atur di dalam khemah
Banyak khemah yang disediakan untuk menampung kira-kira 30,000 orang
Di bahagian luar pun ada disediakan ruang makan
Korang boleh tengok video ni untuk lebih detail
Penyediaan menu makanan untuk berbuka puasa setiap hari
Memerlukan kira-kira 350 chef, 160 pelayan, dan lebih 450 kakitangan sokongan