Sup Tulang Merah Yang Pertama

Walllah sedap bangat Sup Tulang Merah ni
Semalam beli daging skali dengan tulang temulang
Google aje terus la cam nak cuba Sup Tulang Merah resepi MyR@As75
Sangat x mengecewakan ok
Memang sedap sangat ni
Kalau x takkan la juri tetap darling & najlaa makan bersungguh2
Muahahhaa puas hati
Makan dengan roti keping ke
Lengkali leh buat lagi ni
Kalau letak mee kuning dah boleh jadi mee racun
Tak caya meh tengok SINI

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

1kg tulang kambing @ tulang lembu***1/2kg je
  • 1 senduk cili kering/ cili boh***stok cili boh aku mmg dah siap2 blend dgn bawang segala
  • *5 Biji Bawang besar
  • *4 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1/2 tin tomato pure (440gm) ***aku blend 2 biji tomato
  • 1/2 botol sos tomato (435gm)*** agak2 je xde dlm 3 sudu
  • 2 Biji telur- di kocok guna garfu pun ok
  • 2 sdb tepung gandum*** 1 sb tepung
  • 2 sup bunjut tulang Adabi***xde sup bunjut masuk je 4 beradik tu
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu gula (kemanisan ikut suka)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Bahan2 utk hiasan: Hirisan kobis, carrot, lada hijau & bawang goreng***daun sup & daun bawang
  • Cara-cara

    1. Tulang dicuci bersih dan direbus bersama 2 sup bunjut hingga empuk dan ketepikan
    2. Tumiskan bahan2 yang dikisar,cili kering,***tambah sedikit jintan manis & jintan putih setelah naik minyak masukkan tomato pure garam dan gula
    3. Masukkan tulang yang telah direbus dan air rebusan tadi, biarkan mendidih
    4. Masukkan bancuhan tepung gandum anggaran 1/2 cawan, kacau rata..
    5. Masukkan sos tomato dan akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok tadi..
    6. Ketika menghidang bolehlah taburkan hirisan cili hijau, kobis, dan bawang goreng..
    7. ::Selamat Mecuba::


9 Gtau jek:

dieya said...

selalu tgk kak jaja tayang menu ni kat blog dia.. skrg kak lela pun dah layan sup tulang merah yer

Bionic women said...

me siyesly akan mencuba...

JaJa'Z said...

@dieyadieya..teringin nak try version ni plak lepas ni..hehheh

Sha@Mama Tina said...

memang mcm sedap je nengoknya :)

Lelord said...

@dieya ekekekekee tu arr asik ce'gu jaja je kan

Lelord said...

@Bionic women cuba linggg mmg sedap

Lelord said...

@JaJa'Z hehehehe try la..mmg xkan kuciwa

Lelord said...

@Sha@Mama Tina memang sedap along hahhaa bukan macam sedap

norhidana said...

tgk gaya mcm senang... nk try la gini kak... msti rasa dia sedap lemak2 manis2 msm skit pekat2 kan... sedapnyer... terliur rasanyer

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in