Honey Golden Cornflakes

Apsal tajuk cenggitu?
Suka hati aje kannnn
Muahahhaa korang tengok gambo pun dah tau ape mende
1st time buat ni
Dulu aku xde la serajin ni
Ni kira isi masa terluang la
Lagipun seminggu sebelum raya kan baru balik Malaysia tanahairku
Kompom la x sempat nak buat
Ehhh jangan lak korang ingat aku buat ni utk raya
Hahahhaha takde maknanya uols
Ni sumer tuk mentekedarah depan tv je ni
Buat projek ni pun malam hari
Mana leh buat time najlaa ada
Karang makin lambat kije aku
Pehhhh buat cornflakes madu yg senang ni pun dulu aku x amik tau
Skang baru hegeh2 cari resepi
Seperti biasa skodeng umah Si Cantik Manis KakYatie
Tapi aku main agak2 je la masa campak bahan
Lagipun baki butter ms buat tat nenas ada lg 50g
So pepandai la ejas bahan lain

Bahan A 
  • 125 gm butter...50g butter
  • 1/2 cwn brown sugar...aku guna gula pasir je
  • 1 cawan madu...setengah cawan kot main agak2 je
Bahan B 
  • 1 kotak cornflakes Nestle (500gm)kat sini sekotak 375g so aku main agak je separuh kotak
  • 1 cwn kismis..setgh cawan je
  • 1 cwn badam cincang panggang/gajus..x bubuh pun
Hiasan 
  • Mangkuk kertas kecil
  • Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil
Cara-Cara 
  1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
  2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
  4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.
  5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

8 Gtau jek:

Sari Yusa Ibrahim said...

semangat nak raya jugak ni, LOrd. Practice ya, hihihi

Salina@IbuAqil said...

uishmak...
mama, bak mai pos sini skit..
hi3!!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

resepi ni mmg sedap..tp skrg dah kurang sedap sbb i takde butter almarai.sob2

Aisy Nasiha said...

sedapnya .... nak kena cari juga ni sebelum bersalin, nati tak boleh makan...

Lelord said...

@Sari Yusa Ibrahim balik raya nanti tunjuk aje kot x sempat nak buat haahaha

Lelord said...

@Salina@IbuAqil hehehehe ok ibu nanti kita pos

Lelord said...

@Lydia Miza(Aidyl Azim) alah yangg kat mesia kan ada butter yg gambo star tu sedap kan

Lelord said...

@Aisy Nasiha hehehe cari jgn x cari

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in