Sayur Asam Jakarta

Sayur asam/asem, adalah masakan berjenis sayur-sayuran khas masyarakat Indonesia. Terdapat banyak variasi; sayur asam Jakarta (variasi orang Betawi), sayur asem Jawa Timur, sayur asem Sunda, sayur asam kangkung, sayur asam ikan asin, sayur asem bening dll.

Aku penah makan sayur asam ni kat Melaka...nun kat Restoren Ayam Penyet API dalam Tesco. Memang kena dengan tekak aku yg suka pedas dan masam2. Tapi kan dalam Tesco Bandar je yg sedap, penah g makan sayur asam Restoren Ayam Penyet API kat Tesco Cheng...hmmm kuciwaaaa

Dan kerana itu mencuba la cari-cari resepi....hohohoho mmg ada kat Blog RirinBogor

Resepi Sayur Asam Jakarta
Bahan-bahan:
  • 10 tangkai kacang panjang (dihiris)
  • 3 bh jagung muda (dihiris serong)
  • daun dan buah melinjo muda secukupnya.***xde...mana nak cari ni
  • 1 bh terung (dipotong dadu)***x letak pun
  • 100gm kacang tanah 
  • 2 bh jagung manis  (dipotong)
  • 1 biji buah labu siam (dipotong dadu)***x letak gak..labu siam ni ape ek labu air ke?
  • 1/2 liter air
  • 1 biji cili merah (dihiris serong)
  • 1 biji cili hijau (dihiris serong)
  • 2 lbr daun salam***x letak
  • 1 ruas lengkuas (diketuk)
  • 2 sdm asam jawa (boleh juga ditukar dengan asam keping/asam gelugur)
  • gula melaka/merah secukupnya
  • perasa secukup rasa
Bahan Kisar (dihaluskan):
  • 6 biji bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji buah keras/kemiri
  • 1 sdt belacan (terasi)
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:  
  1. Bersihkan semua bahan sayur, rebus air dalam periuk hingga mendidih.
  2. Masukkan bahan kisar, daun salam, lengkuas, asam jawa/asam keping, gula melaka/merah, aduk sehingga rata.
  3. Kemudian masukkan bahan sayuran yang keras seperti jagung manis, kacang tanah, dan labu siam, masak sampai setengah matang.
  4. Setelah itu masukkan sayuran selebihnya; terung, jagung muda, kacang panjang, dan daun melinjo.
  5. Masukkan bahan perasa dan garam secukup rasa, kacau hingga sebati dan masak hingga matang, angkat.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba !!!



4 Gtau jek:

Chekgu Azrine said...

nampak sedap.. penah makan kat Jakarta,,tp takdela sedap sangat kat sana..huhu

Lelord said...

@Chekgu Azrine kat doha ni pun ada satu kedai jakarta jual sayur asam, tp darling kata x berapa sedap huhuhu mama buat kg sedap...wahh kembang kuncup

Saya Disini said...

cam mana rasanye eh..awatnye jagug seketul2 tu eh..

Lelord said...

@Saya Disini masam2 pedas..sedap, mmg kena boh jagung camtu kerat2 je

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in