Steam Ikan Merah, Kerabu Pegaga MamaNajlaa

Jumaat yang indah
Masih dalam mood berpantang yek
Selepas puas mengoogle menu ape nak masak
Akhirnya kuokan ikan merah dalam esbok
Bahan x mencukupi yek puan-puan
Jadi pandai-pandai je la kan ejas
Ini hasilnya
Sedap kata darling...kembang semangkuk dah aku kena puji
Kat bawah kang aku boh resepi taram dari aku yek
Ikut ape yg ada dlm esbok je
Daun bawang xde lak nak kasi hijau2
 
Ni lak kerabu pegaga, kalau kat johor panggil urap pegaga
Beli 2 ikat tp wat kerabu seikat je
Hajat hati lg seikat tu nak wat jus pegaga
Elok untuk kesihatan hehhehee
Senang je kan wat kerabu ni
Hiris je bawang merah, cili api, aku hiris skali 2-3 kelopak bunga kantan
Jus lemon sket, garam gula
Campur kan semuanya
Pastu sangai kelapa parut jap kemudian masukkan bahan kat atas nun
Masukkan sekali pegaga
Panaskan jap atas api
Siap!!
Tu cara aku la kan

Resepi Steam Ikan Merah
Ikan merah
Lada sulah
Tepung jagung
*Halia - hiris
*Bawang Putih - hiris
*Bunga Kantan - hiris
*Daun Limau - hiris
*2 biji Lada Merah
*2 batang Serai
*Garam & gula
*Sos tiram
*Jus limau
*Sos Ikan


Cara-cara:

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. 
  2. Satukan kesemua bahan yang bertanda * dan ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus sehingga masak atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat. Nyummmmm

10 Gtau jek:

Ummi Iman said...

Lauk dalam pantang mmg sedap ;)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

wah lauk memang best habis..kenapa berpantang???

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

abaikan soalan di atas ye..salm takziah...

kakchik@ella said...

ala dik .. nmpk sedap sgt lauk pauk tu. ikan steam .. kerabu .. tak sedar bertambah nasik kang*kalau KC la*

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

yang...mood berpantang?

sihat tak ?

nieda said...

sedapnya lauk berpantang.tergoda dgn ikan stim tu,tp kalau ikut my mom dlm pantang x blh mkn bunga kantan,tajam..walkahualam

puanbee said...

orang berpantang makan sedap ni ..tak aci kak ..huhu

mamalieyna said...

salam ziarah...alahai lama tak Bw sini..huu~

sedapnya...tmbh2 kerabu tu..tergoda~

norhidana said...

dlm berpantang blh msk sedap2 lg yek...

shahdiana said...

wah sedapnya orang berpantang masak ni...kena try resepi ni...jaga diri ye...

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in