Jumaat yang indah
Masih dalam mood berpantang yek
Selepas puas mengoogle menu ape nak masak
Akhirnya kuokan ikan merah dalam esbok
Bahan x mencukupi yek puan-puan
Jadi pandai-pandai je la kan ejas
Ini hasilnya
Sedap kata darling...kembang semangkuk dah aku kena puji
Kat bawah kang aku boh resepi taram dari aku yek
Ikut ape yg ada dlm esbok je
Daun bawang xde lak nak kasi hijau2
Ni lak kerabu pegaga, kalau kat johor panggil urap pegaga
Beli 2 ikat tp wat kerabu seikat je
Hajat hati lg seikat tu nak wat jus pegaga
Elok untuk kesihatan hehhehee
Senang je kan wat kerabu ni
Hiris je bawang merah, cili api, aku hiris skali 2-3 kelopak bunga kantan
Jus lemon sket, garam gula
Campur kan semuanya
Pastu sangai kelapa parut jap kemudian masukkan bahan kat atas nun
Masukkan sekali pegaga
Panaskan jap atas api
Siap!!
Tu cara aku la kan
Resepi Steam Ikan Merah
Ikan merah
Lada sulah
Tepung jagung
*Halia - hiris
*Bawang Putih - hiris
*Bunga Kantan - hiris
*Daun Limau - hiris
*2 biji Lada Merah
*2 batang Serai
*Garam & gula
*Sos tiram
*Jus limau
*Sos Ikan
Cara-cara:
Ikan merah
Lada sulah
Tepung jagung
*Halia - hiris
*Bawang Putih - hiris
*Bunga Kantan - hiris
*Daun Limau - hiris
*2 biji Lada Merah
*2 batang Serai
*Garam & gula
*Sos tiram
*Jus limau
*Sos Ikan
Cara-cara:
- Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah.
- Satukan kesemua bahan yang bertanda * dan ketepikan.
- Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus sehingga masak atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat. Nyummmmm
10 Gtau jek:
Lauk dalam pantang mmg sedap ;)
wah lauk memang best habis..kenapa berpantang???
abaikan soalan di atas ye..salm takziah...
ala dik .. nmpk sedap sgt lauk pauk tu. ikan steam .. kerabu .. tak sedar bertambah nasik kang*kalau KC la*
yang...mood berpantang?
sihat tak ?
sedapnya lauk berpantang.tergoda dgn ikan stim tu,tp kalau ikut my mom dlm pantang x blh mkn bunga kantan,tajam..walkahualam
orang berpantang makan sedap ni ..tak aci kak ..huhu
salam ziarah...alahai lama tak Bw sini..huu~
sedapnya...tmbh2 kerabu tu..tergoda~
dlm berpantang blh msk sedap2 lg yek...
wah sedapnya orang berpantang masak ni...kena try resepi ni...jaga diri ye...
Post a Comment