Kentang Bakar Berinti Daging Dan Kambing Bakar

Assalamualaikum semua
Menu makan-makan lagi yek huhuhu
Dah tak lalu nak makan ikan
Makanya bakor la kambing...atas pan aje senang
Yang penting kena hitam-hitam manje baru sedap kan
Resepi kambing korang tengok SINI la yek

Selain lamb chop tu ada gak Kentang Bakar Berinti Daging
Mula-mula tengok kat fb Huda Ahsin
Kat blog Lady Ell pun ada hehehehe
Dorang masukkan isi kentang dan daging dlm kulit kentang
Huhuhu memandangkan aku nak cepat
Keruk punya keruk isi kentang habis pecah
Makanya boh dlm cup foil aje
Cuma aku punya kentang bakar ni aku olah sket


Resepi Kentang Bakar Berinti Daging
2 biji kentang
Daging cincang...aku guna sekeping daging burger huhuhu
1/2 biji bawang besar dicincang... aku suka guna bawang holland
2 ulas bawang putih dicincang
garam, serbuk lada hitam, serbuk lada putih
slice cheese.... ni je yg ada kat umah aku hiris je (korang leh guna mozarella & cheddar)

Kentang dibasuh bersih dan direbus dengan sedikit garam.
Sejukkan dan kentang dipotong dua. Keruk keluar isinya.
Tumis bawang besar dan bawang putih kemudia masukkan daging cincang.
Masukkan isi kentang, garam, serbuk lada hitam dan lada putih. Ketepikan.

Letak sedikit cheese dlm cup foil
Sudukan inti dan taburkan cheese, aji shio dan chilli powder jika mahu.
Bakar dalam oven 180C hingga keju cair.
Sedap beb memang terangkat

2 Gtau jek:

Huda Ahsin said...

Patulah masuk cup, terlebih gali rupanya...

p/s Orang sekampung rupanya ek?

Unknown said...

wahhh....terus lapor perut tgk kentang tu...nak pi cari kat tesco kentang yg besar2 n isi lembut...mesti sedap. nak cuba lah.... :)

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in