Ramai wanita menganggap beg tangan adalah aksesori yang tidak perlu diberi perhatian jika dibandingkan dengan pakaian dan solekan. Walhal ia turut memainkan peranan penting kerana kesilapan memilih beg tangan mampu menjejaskan penampilan diri.
Dengan kata lain, ia sama pentingnya dengan pakaian yang anda pakai. Bagi mengelakkan kesilapan memilih beg, perhatikan tip-tip di bawah ini :
Fikir Tentang Kegunaan
Sebelum memilih dan membeli beg tangan, anda harus memikirkan apakah kegunaan beg tersebut. Adakah sebagai aksesori ataupun sebagai tempat menyimpan barang-barang tertentu. Jika hanya sekadar aksesori, sebaiknya pilih beg tangan yang berukuran kecil dengan rekaan yang menarik dan cantik bergaya.

Ukuran dan gaya beg tangan yang dipakai akan menjadi perhatian selain penting untuk kesesuaian menyimpan barangan yang dibawa. Tetapi jika untuk menyimpan barangan seperti alat solek, duit dan barang keperluan lain yang penting pilihlah beg yang berukuran besar dengan rekaan ringkas dan selesa untuk digunakan.
Sesuaikan Dengan Gaya Pakaian Pastikan juga setiap beg tangan yang menjadi pilihan sesuai dengan gaya pakaian yang dipakai. Contohnya, bagi yang gemar gaya elegan, pilihlah beg dengan ukuran sederhana dengan warna-warna natural dan diperbuat dari kulit. Pakaian yang sempurna ditambah dengan aksesori yang sesuai membuatkan penampilan kian menyerlah.
Selain itu, anda juga perlu memilih warna dominan pada koleksi pakaian sebelum membeli beg tangan kerana ia akan digunakan setiap hari kecuali anda punya banyak beg. Sebaiknya pilih beg tangan yang sesuai dengan warna baju dan kasut. Jika pakaian anda tidak memiliki satu warna khusus yang mendominasi, pilihan beg tangan yang warna-warni juga sesuaikan digayakan.
Perlu Beli Setahun Sekali
Penting untuk anda ketahui adalah beg tangan juga mempunyai tarikh luput atau dengan kata lain boleh ketinggalan zaman. Justeru, untuk tampil dengan gaya trendy, beli beg tangan model terbaru sekurang-kurangnya setahun sekali.

Tidak kira apa pun gaya anda, percayalah bahawa anda pasti akan menemui beg tangan yang sesuai dengan selera dan cita rasa anda.
Pilih Yang Kecil
Perlu juga diketahui, semakin kecil beg tangan tersebut, semakin elok terutama jika digayakan sebagai aksesori. Sebagai contoh, pilihan beg tangan kecil (terutama yang berwarna hitam) dengan sedikit perhiasan di permukaannya membantu si pemakainya terlihat lebih elegan dan mewah.

Pilihan Ikut Bentuk Tubuh
Selama ini ramai yang berfikir pemilihan beg tangan sekadar berasaskan reka bentuk dan warna tapi tahukah anda, pilihan beg tangan perlu juga mengambil kira bentuk tubuh.
Selama ini ramai yang berfikir pemilihan beg tangan sekadar berasaskan reka bentuk dan warna tapi tahukah anda, pilihan beg tangan perlu juga mengambil kira bentuk tubuh.
Bagi anda yang memiliki tubuh yang besar dari pinggang ke bawah, kaedah terbaik untuk menutupinya adalah dengan memilih beg kecil dengan tali yang pendek.
Ia sesuai digayakan dengan diletakkan di bawah lengan supaya setiap mata memandang ke bahagian atas tubuh anda.
Jika anda memiliki bentuk tubuh yang besar di bahagian atas, pilih beg tangan yang lebih besar dengan tali panjang. Untuk tubuh kurus dan ramping, jenis beg floopy besar akan menambahkan sentuhan untuk penampilan anda. Bahkan, ia juga akan membantu menambahkan suatu dimensi baru pada penampilan diri.
Jika anda memiliki bentuk tubuh langsing yang sempurna, anda sangat beruntung untuk tidak pening kepala dalam membuat keputusan memandangkan banyak pilihan tersedia untuk tubuh sebegini.
Beg Untuk Lelaki
Tidak hanya wanita yang perlu menitikberatkan soal pemilihan beg tangan, bahkan lelaki juga perlu berbuat demikian. Keutamaan untuk pemilihan beg untuk kaum lelaki adalah tujuan penggunaan beg tersebut.

Dompet untuk kegunaan kaum lelaki juga boleh dipilih mengikut gaya kesukaan baik untuk gaya sporty, saggy atau elegan.
Jika anda tidak pandai memilih, jalan paling selamat adalah memilih beg rona hitam ukuran sederhana dengan satu tali yang disandang di bahu kerana gaya sebegini sesuai untuk semua jenis keperluan dan juga gaya.
5 Gtau jek:
beg tgn ada tarikh luput?? baru tahu...
good tips
seyes ada tarikh luput? hehe~ beli tak penah tau luput dia.
bagus tips ni.. thanks for sharing!!
saya beli beg setahun sekali gak kot , lepas tu byk pakai yg bertali tuk jalan2
Post a Comment