Dugaan Ramadan

Salam 25 Ramadan
Hampir ke penghujung dah Ramadan 2014/1435
Pagi ni sejuk aje kan
Hujan lebat, guruh berdentum, kilat sabung-menyabung masa sahur tadi
Tempat korang hujan tak
Tengah sedap santap sahur ketupat rendang
Tetiba dengar bunyi jatuh kuat
Tu dia hah
Plaster ceiling menyembah porch
Aku lak sedap je semalam lepas ukur jalan park keta betul-betul kat depan pintu
Dah bape hari ni kalau darling yg drive dia akan boh keta belakang sket
Sebabnya dia ada nampak musang rajin jengah kawasan main panjat-panjat
Rasanya salah satu sebab runtuh oun gaknya kije si musang berjanggut ni
Pasalnya aku cakap cenggitu siling umah ni xde lak basah ke hapa 
kot la kan atap genting beralih, air ujan masuk dalam meresap 
Takpe la ni lah namanya dugaan
Kira ok la kami ada kat sini, kang dah balik Abu Dhabi mende2 cenggini jadi leceh lak
Pulak tu pagi darling bawak Wira pasal nak g JB 
abah ada appointment kat HSA
Subuh tu memang hujan 
Huhuhu langgar lopak dah tu keta xleh hidup
Spark plug basah
Setengah jam gak katanya tersadai sementara tunggu pakcik datang
Rompong sudaaaaa

Dan menurut wasap group taman aku ni mmg banyak pokok menyembah bumi
Kuat betul hujan siap dengan angin
Tadi Mak mertua gtau kat Durian Tunggal pun teruk
Ni lak aku nampak kat FB...kat umah kazen darling 
Adesss pecah cermin belakang 

Keranamu Katira Abu Bakar

Hujung minggu kami di Johor Bahru
Khamis, tengahari bertolak dari Melaka
Lagipun dah Angkel Boboi dah berjanji dengan Eisya nak g umah baru dia
Janji ditepati la kononnya
Dalam perjalanan darling dah cakap nak cari Katira
Almaklum banyak kali dah minum tapi tak ori macam kat JB katanya

Sampai umah Enab dalam kul 2 lebih 
Lepak-lepak dulu, Najlaa ngan Eisya wat sesi jejak kasih
Dalam pukul 4.30 petang aku gerak g bazar ramadan Larkin

Nah sebelum tu singgah kat Jalan Dato Muthuthambi berdepan dengan Angsana
Darling beli 2 botol, sebotol RM11
Sebotol beso tu dia minum sensorang je wakakakakaa

Kami balik ke Melaka hari Sabtu
Dan semestinya la tapau air katira
Aku tatau le tang mana sedapnya
Lagipun aku mmg x suka
Darling beli 2 botol, sebotol anto umah MIL
Kepuasan orang2 kat umah mertua
Almaklum la dorang semua kan membesar kat JB
Bila dah pindah ke Melaka tidak le dapat merasa lagi kenikmatannya
Hehehehehe
MIL cakap masih sedap macam dulu

Bergembira Walaupun Tak Sihat

Alahai cian anak dara ni
Balik Malaysia demam pulak
Elok dah kebah dari demam kena ngokol batuk 
Lemah gemalai dah
Minum susu dah kurang apatah lagi makan
Kalau yg lepas pun setakat buah aje
Walaupun x berapa sihat kaki najwaa "bengkak"
Ni memang menurun mama dia wakakakaa
Pantang nampak pintu bertutup heboh najwaa ke pintu ajak keluar
Papa pun ikutkan aje kehendak anak
Bila papa kata "yanggg jom kita g jusco nak tak?"
Laju aje la kan hakak kata iyer
Alahhh walaupun setakat g jusco aku tetap bergumbira janji dapat keluar
Bawak budak ni g playland ke hape tempat ni
Memang seronok le takde orang lain kecuali mereka berdua
Si adik gigih manjat gelung ni
Laju je dia merangkak 
Mula tu soh kakak najlaa jaga sebelah hujung nun
Takkan aku lak nak bergolek merangkak atas gelung ni nak mendapatkan najwaa
Pandai lak tu bila kakak dok kat belah hujung dia terus stop
Gi ke tengah berdiri nak meggolekkan gelung
Kakak dah saspen
Nampak tu muka kakak najlaa
Lepas puas bergolek berguling main kereta lak
Ewahhh kemain pulas stereng sebelah tangan je
Eksen betul
Ok la anak2 lengkali kita g melepak sini tau

***lokasi kami anak beranak sekarang kat BP, onteng kinteng masih lagi batuk
Siang tadi muntah dah siap lendir 
Bagusla kan kuranv sket gatal kat tekak
Get well soon Najwaa, rindu nak tgk dia melasak

Demam Pulak

Balik umah nenek Batu Pahat 3 hari
Kena sengat nyamuk huhuhu
Abis bintat-bintat muka kaki tangan
Paling sadis kat kelopak mata kena sedasss
Dah cemei mata 
Bila balik Klebang dah start merengek
Badan panas
Alamak saspen lak ye la kan denggi berleluasa
Kul 12 lebih check temperature 38.4'c
Tido bukak kan aje baju
Letak gak tuala basah tapi jap2 kang dia buang
Sentiasa pantau suhu ok la dh turun sket
Hah dah pagi tu naik balik jadi 38.5'c
Rendam jap najwaa dalam besen
Zasss g klinik
Memandangkan hari ahad klinik pakar kanak-kanak kat Malim tutup
Tak pegi pun pasal dulu2 mmg tutup jd takyah le buang masa ke sana kan
Pegi je Klinik Habsah tu je paling dekat
Nasib baik la bukak
Doc check suhu turun sket la 37.5'c
Aku req ubat montot walaupun selalunya kan suhu 38'c baru bleh masuk
Tapi doc bagi gak le lgpun aku x bg lg najwaa ubat demam
Dapat ubat deman, ubat montot n ubat titis dalam mulut pas tekak merah ada ulser
Cian onteng kinteng mama 
Tido pun nak pangku je sampai cramp tangan huhuhu
Takpe la dik janji cepat sembuh
Ni latest gambo semalam(isnin)
Badan dah kebah sket
Dah boleh la nak memain n melasak
Rupanya demam nak tumbuh gigi ke-3
Najwaa dah ada 2 batang gigi bawah
Masa tumbuh dulu xde demam lak
Ni nampak dah gigi atas yg keluar
Air liur pun banyak sangat
Patut la asik nak menggigit menan yg keras-keras
Gusi gatal rupanya
Nanti mama belikan teether

Balik Kampung Ooohh Balik Kampung

29hb Jun 2014 memang hari yang ditunggu dinanti
Nak balik tanahair la katakan kemain eksaited macam x balik berpuluh tahun
Padahal br 6-7 bulan je x balik Malaysia
Kami naik MAS so kena dari Al-Maktoum Dubai Airport
Saja la naik dari Dubai lgpun murah sket
Hahahaha x kisah la kan janji dapat balik
Meh le berwelfie bagai dulu
Memandangkan departure jam 7.35pm waktu berbuka puasa lak 7.15pm dah tentu la dorang x serve makanan kan
Dah nak take off tu
Makanya aku goreng la dulu cucur badak
Pulak tu lupa nak beli air ekekeke seb bek x tercekik kan 
FA tanya gak puasa tak? Karang dorang anto jus
Memang terbaik la layanan
Ni pertama kali aku guna MAS
Bila dah diudara n ready untuk hidangan makan pramugara tu ckp makan ganti2 la yek 
Aku mmg suka bab yang ni almaklum dengan si najwaa lagi kan
Jadi darling makan dulu beriyani ayam
Dah setel baru pramugara hantar makanan utk aku
Bila dorang nak serve air panas lak dia cakap nanti lepas anak dah lelap dia hantar
Berbudi bahasa sungguh mereka
Bukan nak puji tapi aku suka cenggitu
Cabaran nak tidokan najwaa
Pehh cam nak nanges rasanya
Bergilir-gilir dengan darling nak mendodoi
Melalak aje lepas senyap anak passenger berdekatan lak sambung
Pastu berjemaah le dorang melalak
Menguji kesabaran sungguh
Akhirnya lelap la jugak si kecik boh aje dalam bassinet
Kakak pun aku paksa tido
Kang macam soklan dia tanya pasal langkah keselamatan yg dia belek dalam flight
Aku ngantuk dah wakakakaka
Kihkihkih nampak muka-muka tak puas hati
Lepas bertarung dengan najwaa la ni hahahahaa
Alhamdulillh selamat sampai 
Nak bergambar kat sini ada sandwich kata najlaa
Hah ni ada cupcake, cookies ngan lollipop
Aku layankan aje
Amik limo zasss balik Durian Tunggal umah mil
Lepak2 jap baru balik Klebang
Sonoknya dapat balik umah sendiri kan
Oh bazar ramadan hahahahaha



 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in