Malaysian Traditional Frozen Food

Tadaaaa hihihi kemain tajuk entri omputeh
Baru-baru ni kan DS Najib ada lawatan rasmi selama 3 hari ke UAE
Dan yang paling best adalah 
promosi makanan tradisional Malaysia di Lulu Hypermarket
Ohhhh sangat la terujanya 
Majlis berlangsung di Mushriff Mall, Abu Dhabi
Eh aku tak pegi lagipun darling kije
Tu je aku nak gtau hahhahaa
Produk dari Felda Best iaitu Aloo Curry Puff, Sweet Potato Cake (cucur badak), 
Tapioca Cake ( Ubi Getuk), Sambal Fried Bun, 
Red Bean Fried Bun, Aloo Fried Bun, Doughnut, 
Yang aku borong buat stok kengkononnya 
pau kacang sebungkus, Pau sambal 2 bungkus, Donut 2 bungkus, 
cucur badak 3 bungkus & karipap sebungkus
Dalam banyak2 ni paling sedap karipap ngan cucuq badak
Ahhhh rugi beli karipap sebungkus je
Hahahaha 2-3 hari je stok pun licin
Kehkehkeh dah aku dgn darling bedal beria
Almaklum dah lama x makan kuih Malaysia
Nak buat aku x berapa le pandainya
Nampak tak donut yg paling senang korang2 sekalian buat pun 
aku siap beli 2 bungkus 
Nampak sangat aku x reti buat donut
Ehhh karipap pun aku failed tau utk buat kulitnya tu

Ok la maknanya darling offday nanti kena beli lg especially karipap la
Walaupun pedassss terbako tekak dengan lidah tp mmg mantap sedap kebabommm
Rasanya kena usulkan kat Felda la supaya kurangkan sket kepedasan tu
Kalau untuk tekak Malaysia mmg ok dah
Tapi tekak Arab ni mana makan pedas
Aku rasa kerjasama Felda & Lulu Group ni memang akan berjaya

Hah tak lama kat Malaysia pun ada Lulu kan!!!

Ketupat Periuk Kera

Penah dengar ke uollsssss
Selalunya ketupat sate, ketupat bawang, ketupat palas kan
Ni gara-gara tengok Upin Ipin la ni Najlaa mintak nak ketupat periuk kera
Celah mana aku nak cari kat sini
Post kat Instagram & FB nak tengok respon kengkawan
Uiiiii tu dia bff kata kat Mersing
Kengkawan kat fb pun kata Mersing, kat Perak pun ada
Papa lak kata nanti kita cari kat Segamat
Wakakaakkaa pape la asalkan dapat
Rupanya bukan Najlaa je yg ngidam 
Aiman kazen Najlaa pun dah lama mintak ketupat periuk kera ni
Hahahahaa macam-macam la bebudak ni

Blogger Diperlukan

Salam sejahtera 
Kalian blogger-blogger hebat kan hehhee
Meh la grab opportunity ni
Satu produk makanan akan launch 18 Jun 2014
Takleh gtau lagi la kan
Makanya blogger diperlukan dalam 4 orang 
untuk cover company yg akan launch produk
Insyaallah ada la bahagian yang kalian2 akan dapat nanti
Alangkah bestnya kalau aku ada kat Malaysia

Korang yang berminat sila tinggalkan add blog,  nama, FB & contact no
Shortlisted akan dihubungi segera

Couscous Pengganti Bubur

Sejak dah makan aku cuba yang terbaik untuk Najwaa
Seawal 6 bulan hanya puri buah-buahan yang disediakan
seperti epal, pear, avokado, prune, kurma
Untuk buah-buahan najwaa memang suka

Bubur dah sayuran pun dah makan
Tapi tak berapa memberangsangkan


Dan beralih arah la dari beras ke couscous
Couscous ni rasa cam lebih kurang je dengan pasta

***Couscous (/ˈkʊskʊs/ or /ˈksks/Berber: ⵙⴽⵙⵓ, seksu) is a traditional Berber[1][2][3][4][5] dish of semolina(granules of durum wheat) which is cooked by steaming. It is traditionally served with a meat or vegetable stew spooned over it. Couscous is a staple food throughout the North African cuisines of MoroccoAlgeriaTunisia,Mauritania and Libya.
Couscous served with fish is also a staple food in Western Sicily, and is featured as a traditional food productofficially recognized by the Italian Ministry of Agricultural, Food and Forestry Policies.
Couscous was voted as the third favourite dish of French people in 2011 in a study by TNS Sofres for magazine Vie Pratique Gourmand, and the first in east of France.[6][7]
Nampak tu 4 minit je huhuhu
Rendam je dalam air panas kang kembang la cik couscous ni
Menu simple untuk Najwaa couscous+mango
Couscous tu x banyak pun aku boh satu sudu besar je
Rendam kasi kembang 5-10 minit
Zerrrrr blend je dengan buah mangga thailand hehhe
Kat Malaysia tengah hot dengan mangga harum wangi perlis kan
Mangga siam ni pun manis sedap
Sebiji je dah 16 dhs
Hari berikutnya menu couscous lagi
Tapi tuko la isi lain
Kengkonon nak buat ala-ala mashed potato la
Bahannya adalah couscous, potato, chicken stock, unsalted butter
extra virgin olive oil
Aku rasa sedap dah miahahaha sekali Najwaa tamo makan lak
Ok meh campur dengan mangga
Shedapppp kata dak kecik onteng-kinteng ni
Setakat ini couscous bertakhta di hati
Kiranya pengganti bubur nasi le


Sembelit : Puas Hati Aku

Ekekekek tajuk di atas bukan hakak yg sembelit tau
Anak dara kecik onteng-kinteng ni la
Najwaa minum susu cap gantung campo dgn susu tin
Bukan le aku tamo bagi susu badan
Nak wat camne kan dah macam2 dibuat
Makan supplement, petua dedulu, urut 
tapi memang tak meriah cam yg ada tayang kat fb penuh satu fridge tu
Takpe la itu je rejeki Najwaa
Masa Najlaa dulu lagi la susu tin sepenuhnya...sian kan

Najwaa minum S26 Gold, memang itu yg Mahkota Medical Centre bagi 
sesuai dengan dia dan sambung aje la
Bila masuk 6 bulan beli la yg untuk 6-12 bulan
Time ni dah start solid food
Tapi yang x bestnya najwaa x membuang
Nak poopoo mesti nangis
Makanya ke hospital la dan doc bagi ubat minum untuk lembutkan stool
Memang le berak tapi masih lagi nangis
Makan pun aku on off pasal kot la sebab dh makan tu yg jadi sembelit

Macam-macam dah cuba
Bagi prune, jus prune, pear masih tak berkesan
Tak sanggup rasanya tengok tiap kali meneran menangis
Kadang-kadang meleleh gak airmata mmg x sampai hati tengok najwaa sakit
Jadi rasanya maybe susu yg stage tu x sesuai kot
Tukarkan Aptamil susu khas untuk sembelit
Dah guna 2 tin tapi nampaknya masih tak berkesan

Google gak ape susu sesuai untuk masalah sembelit
Rata-rata kat Malaysia mummy suggest Novalac IT
Aritu sebelum beli Aptamil memang cari gak Novalac ni tapi xde lak jumpa
Masa lalu kat lobi nampak lak booklet Coop
Wahhh ada susu Novalac Genio
Maknanya ada la kot kan Novalac IT 
Yesss akhirnya 
Beli yg kecit aje dulu karang amik yg tin beso sembelit gak rugi dah huu
Lepas maghrib kami kuo g beli
Sebelum tido najwaa minum novalac it
Sepanjang malam tu bangun 2x untuk susu
Esoknya sebelum nak mandi najwaa nangis tp xde la beria sangat
Tengok2 rupanya berak selambak muahahaha
Nangis geli la kot..mmg najis semata xde dah darah
Kalau x sebelum ni bila sembelit mesti ada darah sket

Ohhh betapa leganya perasaan
Tatau macam mana nk ekpress tp memang fuhhh hahahahaa
Alhamdulillah 3 hari ni mmg sesi pembuangan amat bagusssss
Harap bila dah ok lepas ni takyah la bergantung sepenuhnya dengan susu sembelit ni
Tapi setakat ni aku selang2 Novalac IT dengan S26 Gold

Shish Shawerma

Lokasi dekat je dengan rumah
Jalan kaki je hehehhee
Nama Kedai Shish Shawerma
Kalau malam dah tatau nak makan ape
Ni la antara yg dibeli... SHAWARMA
Tunggu papa tapau
Duduk la dulu kat bench depan kedai
Kat laluan ni kereta banyak je berhenti dorang order je tepi jalan
Ada la pekerja yg mmg amik order tepi jalan
Kami pun penah gak kalau kuo malam balik tu tapau order je 
Pastu buat satu pusingan baru leh amik shawarma
Nampak tu roti dia beso
Roti ni memang kedai ni buat sendiri
Bergulung-gulung ayam, daging
Yang dine-in ramai, yg tapau kat kaunter ramai, 
yg tunggu kat kereta pun ramai hehehe
Selalu memang beli beef shawarma
Tapi takmo boh sayur, bawang & pickles
Tomato dimaafkan hehehehe





 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in