Aduhaiii dah lama tak demam tetiba lak anak dara ni kena
Balik sekolah isnin baru ni cikgu gtau badan najlaa panas
Ajak g klinik tamo nak balik umah katanya
Ok la terus balik umah check temp 38.4'c
Bagi makan dulu pastu terus masuk ubat montot dan zzzZzz
Bangun tido petang tu badan dah x panas cuma ngokol batuk
Nampak lemah sangat
Demam on & off
Hari selasa siang tu mcm dah x demam skali time tengah bukak pose badan panas balik aku check suhu 38.5'c
Dalam kul 8 tu terus ke klinik
Alahaiii 8.30 lak baru bukak balik
So g watson dalam Aeon Big jap pasal nak beli kool fever
Budak demam mintak nugget mekdi
Iyer la ikutkan je wpun tau benonya mmg xkan makan sgt almaklum demam
Sampai klinik seb baik mmg xde pesakit doc check suhu naik lak 39.1'c
Masukkan lagi ubat montot
Doc bekalkan gak ubat2 lain
Hari rabu masih x kebah gak demam tu
Dah makan ubat lepak bilik sambil ber ipad
Jap je terus lelap
Alololo ciannya la kakak
Makan mmg xde selera kecuali bubur letak kicap
Tapi kang dok ngokol batuk keluar balik la yg dah diisi dalam perut tu
Hari khamis konon nak g bawak najlaa urut, skali offday lak
Hmmm balik la umah semula
So jumaat pagi booked kul 11 pagi
Meleleh airmata najlaa kena urut
Pujuk2 la cakap mmg la sakit kakak kan nak baik cepat
Angguk2 je la kepala dia bila cakap camtu
Lepas berurut mintak nak mkn kepci
Take away aje la
Petang tu nampak cam dah berseri la sket muka
Batuk masih berbaki
Sabtu pagi nak ke pos opis pos parcel customer
Memandangkan nampak mcm dah segar sket bawak le skali awek ni
Alhamdulillah nampak dah semakin sihat
Kesian lak hampir seminggu tak keluar umah
Destinasi dituju baby shop huhuu alah nak g beli NB Mamypoko je
Kat dalam Aeon Big dah tengok rega rm34.80, tapi kat baby shop baru rm28
Ada la beberapa item lagi yg aku angkut
Rasanya macam dah lengkap keperluan menyambut orang baru
Lepas tu zass ke BP Mall belikan najlaa baju raya huhuhuSeb baik la masa papa balik bulan 6 ritu dah beli beberapa helai jeans kat Sogo
Ni tinggal carikan t-shirt & blouse je
Kasut raya last week masa papa ada dah beli kat Jusco
So xyah pikir dah untuk raya semua setel
Skang dah x balik Melaka dah hahaha cam x larat lak nak drive
Tapi tatau gak kan tetiba gatal lak kaki ni nak balik Melaka muahahahaa
Ok daaa nanti kalau rajin n ada citer aku stori-mori lagi ye