Lama dah rasanya tak buat nasi ayam penyet
Dulu masa kat Qatar ni antara menu yg kerap diulang tayang
Masa 3rd Birthday Najlaa , 4th Birthday-Party Princess pun aku buat
Ni je menu leh pikir hhahahaa
Nak ikut kan nasi ni biasa je tp kesedapannya tentu lah kat sambal
Ayam tu lebih kurang je cam ayam rempah
Kalau dulu ayam aku perap je dengan segala bahan
Kali ni sebelum diperap ayam direbus separuh masak dengan bahan kisar
Resepi ada kat bawah hehehee
Ayam kasi rentung sket baru sedap untuk tekak aku muahahaha
Resepi Nasi Ayam Penyet
Bahan-bahan:
Ayam belah 8 bahagian
2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Halia
Lengkuas
2 sudu Jintan manis
2 sudu Jintan putih
2 sudu Ketumbar
Sebatang serai
Serbuk kunyit
Garam
Cara-cara:
~Kisar semua bahan di atas kecuali ayam
~ Bahagikan dua bahan kisar satu untuk rebus satu lagi untuk perapan
~Rebus ayam bersama bahan kisar dalam 10 minit atau separuh masak
~Toskan ayam kemudian lumurkan dengan bahan kisar dan garam secukupnya
~Lagi lama perap lagi sedap tau
~Goreng ayam dengan minyak secukupnya
~Bumbu atau bahan perap jgn dibuang ye...golekkan tauhu dan tempe kemudian goreng
Resepi Sambal Ayam Penyet
Bahan-bahan :
ikan bilis - digoreng
belacan - bakar
bawang merah
bawang putih
cili padi
lada merah
tomato
garam secukup rasa
gula
sedikit gula merah/gula melaka
jus limau
sedikit minyak
Cara-cara
~Masukkan sedikit minyak goreng bawang merah, bawang putih, tomato, cili padi,
cili merah, masak hingga layu..
~Tumbuk atau kisar bahan di atas perlahan2 hingga lumat,
~Masukkan bahan tumbuk dalam kuali dan masak dengan api perlahan,
masukkan garam, gula , gula merah/gula melaka dan jus limau secukup rasa
~Angkat dan siap untuk dimakan.
***bahan sampingan untuk dimakan bersama nasi ayam penyet ni
terpulang le kat korang nak boh salad, tomato, timun, kobis ke, kangkong celur ke kan
6 Gtau jek:
JOM TRY
Sila check-in dapo masing2 ye
Nyumm sedap. Sy antara yg pernah mkn nasik ayam penyet awk kan? Hehe
Hihihi cian awak kan linggg lauk dh tinggal sket je time tu
tokpokcu sukerlah sangat makan ayam penyet nii
X kisah la tu sbb yg penting pertemuan pertama dan ukhwah tu:)
Post a Comment