Apam Mini Cornetto

Fuhhh cubaan pertama membuat apam
Buat dalam keadaan gesa-gesa
Najwaa dah mabuk nak duduk
Jap-jap kang kena jengah dia
Ni gara-gara nampak kat FB ada yg share apam cornetto
Memandangkan bahan semua mmg ada je kat umah
Ayuh la kita
Ikut resepi Kak Ita Masam Manis guna air aiskrim soda
Kat umah aku ni mmg ada air soda tp xde rasa
Tawar hebeh..eskem soda kat Malaysia manis sedap hehhe
Jadinya aku gantikan dengan sprite
Hhehehe pastu coklat masak xde lak tu
Yang ada cadburry kudapan depan tv
Try aje...hahahhaaa
Kon ni guna baking paper je..aku buat 12 keping je

Resepi Apam Mini Cornetto
3 cawan tepung gandum ~ diayak (guna 1 cawan je)
4 biji telur (2 biji telur pasal kecit )
2 cawan gula kastor (3/4 cawan)
3/4 cawan air ice cream soda (1/2 caw an sprite)
1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna 
(i guna blueberri paste & choc emulco)
Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan 
(i pun guna kaler2...coklat, kuning, pepel)
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus 
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

Cara-cara
Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
* tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut  
Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda/sprite dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati

Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. 
Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas. 
Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye.. Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. 
Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu.

Adunan tu tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. 
Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli. 

Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.

Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak.
Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk
Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.

Kalau ada yg kurang paham boleh terjah blog Kak Ita untuk cara-cara bergambar SINI

6 Gtau jek:

Lydia Miza said...

Oooo cocok dlm lobang tu rupanya. Br paham . Alaaa xde air soda la pulak:(

Lelord said...

Hehehehe kiut aje tau...kita pun xde soda guna sprite je

norhidana miswan said...

omel banget apam tuh kak.... bkn bdk2 org tua pun suke

Lelord said...

Hehehhe kan x sangka lak buat jd

hasyani said...

Tak bercampur ke kaler bila tuang selang seli tu

Lelord said...

yup tak bercampur...lpun bancuhan tu agak likat bukan cair

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in