Mee Rebus Ala Haji Wahid

Vavavavavavaa nak jugak boh nama cenggitu
Kira kena tempias gak le sapa yang google Mee Rebus Hj Wahid 
sure masuk dalam blog ahkak 
1st time ni buat mee rebus
Selalu beli aje paling senang
Seperti biasa kalau dah dok jauuhhhhh.... jauuhhhhh.... 
Wajib la masak sendiri kan
Ni pun gara-gara BFF upload gambo mee rebus
Pengaruh rakan sebaya memang kuat hahahaha

Resepi Mee Rebus Haji Wahid
Bahan-bahannya 
2kg mee kuning, dicelur (aku buat 1/2kg je)
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel (beli packed tulang ada la daging sket2)
4 biji keledek, direbus dan dikisar (guna sebiji je keledek)
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar (taucu agak2 je)
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging (3 sudu je)
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering (agak2) 
1/2 cawan udang kering, dikisar
80 gm tepung gandum
¼ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
Tahu yang digoreng, dipotong kecil
Daun sup, dimayang
Bawang goreng
Telur rebus, dibelah dua
Lada hijau, dipotong bulat
Taugeh, dicelur
Limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan 

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. 

Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

8 Gtau jek:

Nad MamaZN said...

vavavavaava, nak try! :)

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

nurul andeliana said...

sedapnyaaa nampak!

ayu Ismail said...

Sedap.....hehe

Lelord said...

Try la serius mmg sedap pekat terangkat..sayangnya xde limau kasturi huhu

Lelord said...

Alhamdulillah sedap

Lelord said...

Hihihi

Lelord said...

Sedap kak ayu

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in