Kuih Tepung Gomak

Begini la keadaannya kalau tekak teragak
Kalau tak senang je main order
Tapi dah merantau ni pepandai ko le
Maka menggoogle la tuan tanah
Macam-macam resepi ada pilih je
Resepi piliham aku di blog RESEPI RAIDAH
Sumer bahan ada tapi aku main agak2 je berat bahan
Bukan le takde penimbang tapi kang banyak lak buat pastu x jadi dah membazir
Walaupun agak2 je dapat la 10 keping
Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan
Huhuhuhu abuk-abuk aku agak kasar
Zerrrr je kat blender kering tak sempat halus Najwaa dah bumyi
Yessss lengkali bleh la buat
Pasni ntah ape lak tekak ni berkenan nak makan

Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:
1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.
4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:
1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:
1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:
500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:
1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

2 Gtau jek:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

senang jer ropenyer nak membuat kuih kegemaranku ini... tapi banyak keroje ek..!

Lelord said...

Ekekeke ko x penah buat rupanya

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in