Colek Buah, Rojak Buah...Mana-mana Aje la

Fuhhh tekak oiiii
Terbayang nk mkn rojak buah
Dapat lak pelam muda
Cari nenas
Cari sengkuang tak jumpa lak
Ehh cukup la tu kan janji ada buah
Cari resepi colek buah
Dannnnn
Meleleh air liur sapa yg tengok ni
Hahahahaha
Nah sapa nak resepi, aku skodeng kat blog Kak DJ
Semua bahan aku ikut kecuali bijan je yg takde
Pastu sukatan aku agak-agak je
Yang penting memang sedappp

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)

bahan-bahan : 
  • 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
  • 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
  • gula pasir secukupnya jika perlu
  • 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
  • 1/2 botol kecil sos cili
  • 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
  • bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
  • 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)
Cara-cara :
  • Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin. 
  • Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
  • Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  • Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!


  • 2 Gtau jek:

    norhidana said...

    pagi2 udah tunjuk rojak buah... ish23

    Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

    mmmm...dapnye rojak buah..

     
    Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in