Setelah Sekian Lama Bercuti

Memang begitulah kalau dah balik Mesia
Memang gantung periuk dengan jayanya
Dah beberapa hari balik Qatar ni semalam la baru berjaya check-in dapo
Seb baik pas siap semua baru la ngada nak melepek sampai ke petang
Hadoiiiii dugaan sementara
Masak yg simple aje sudah la kan
Ayam Kicap Berlada Hitam...resepi ni aku amik kat blog Kak DJ
Ekekekeke terkering lak ayam kicap ni
Yang penting sedap hahahhaha
Dan juga Sambal Petai Bilis
Ahahahhaha yg ni pun cam terkering tp takde la makan sampai tercekik 
Makan bertambah-tambah ada la

Ayam Kicap Berlada Hitam
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit hirisan daun sup
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
bahan-bahan kisar :
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan. 
  7. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!




15 Gtau jek:

Chekgu Azrine said...

terliur tengok sambal tumis petai tuh..hehehe

Salina@IbuAqil said...

Mama, terliur tgk sambal petai tu..
Mantopppppp!!!

Saya Disini said...

sedpnye petai tttttttttuuuuuuuuuuu

Izan Ishak said...

akak.. izan kalau sambal petai rasa cam teringin nak makan. tapi daku tak makan petai... camna tu?

Lelord said...

@Chekgu Azrine hehehe makan sedap aje kan yg x bestnya kat bilir air hahahaha

Lelord said...

@Salina@IbuAqil heheheh g carik petai cepat

Lelord said...

@Saya Disini alhamdulillah sedap...jom cari petai

Lelord said...

@Izan Ishak ehh akak pun sblm ni x makan tau...ada la dlm 2 thn sblm ni kot baru berjaya mencuba. tu pun kalau petai yg masak sebijik2 tu x reti kalau hiris halus akak leh la telan huhuhu

norhidana said...

balik qatar jd chef semula ye kak... hehhehe

~ Lady ell ~ said...

vavavava.....semua angkut naik kapal terbang ke kak...petai pun.

Lelord said...

@norhidana hahaha almaklum dah dekat sebulan darling tak rasa air tangan isteri

Lelord said...

@~ Lady ell ~ ishh x la petai mmg ada jual sini

Citarasa Rinduan said...

tu diaaaaaaaaaaaaaa
sekali buat, terus daku tergoda

♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ said...

pheeeewwww, syok wooo..
sambal bilis petai tu, mabelesss!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh nmpk sedap resepi DJ tu

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in