Showing posts with label balik raya. Show all posts
Showing posts with label balik raya. Show all posts

Balik Kampung Ooohh Balik Kampung

29hb Jun 2014 memang hari yang ditunggu dinanti
Nak balik tanahair la katakan kemain eksaited macam x balik berpuluh tahun
Padahal br 6-7 bulan je x balik Malaysia
Kami naik MAS so kena dari Al-Maktoum Dubai Airport
Saja la naik dari Dubai lgpun murah sket
Hahahaha x kisah la kan janji dapat balik
Meh le berwelfie bagai dulu
Memandangkan departure jam 7.35pm waktu berbuka puasa lak 7.15pm dah tentu la dorang x serve makanan kan
Dah nak take off tu
Makanya aku goreng la dulu cucur badak
Pulak tu lupa nak beli air ekekeke seb bek x tercekik kan 
FA tanya gak puasa tak? Karang dorang anto jus
Memang terbaik la layanan
Ni pertama kali aku guna MAS
Bila dah diudara n ready untuk hidangan makan pramugara tu ckp makan ganti2 la yek 
Aku mmg suka bab yang ni almaklum dengan si najwaa lagi kan
Jadi darling makan dulu beriyani ayam
Dah setel baru pramugara hantar makanan utk aku
Bila dorang nak serve air panas lak dia cakap nanti lepas anak dah lelap dia hantar
Berbudi bahasa sungguh mereka
Bukan nak puji tapi aku suka cenggitu
Cabaran nak tidokan najwaa
Pehh cam nak nanges rasanya
Bergilir-gilir dengan darling nak mendodoi
Melalak aje lepas senyap anak passenger berdekatan lak sambung
Pastu berjemaah le dorang melalak
Menguji kesabaran sungguh
Akhirnya lelap la jugak si kecik boh aje dalam bassinet
Kakak pun aku paksa tido
Kang macam soklan dia tanya pasal langkah keselamatan yg dia belek dalam flight
Aku ngantuk dah wakakakaka
Kihkihkih nampak muka-muka tak puas hati
Lepas bertarung dengan najwaa la ni hahahahaa
Alhamdulillh selamat sampai 
Nak bergambar kat sini ada sandwich kata najlaa
Hah ni ada cupcake, cookies ngan lollipop
Aku layankan aje
Amik limo zasss balik Durian Tunggal umah mil
Lepak2 jap baru balik Klebang
Sonoknya dapat balik umah sendiri kan
Oh bazar ramadan hahahahaha



Excited!!!

Hai...hai..hai...
Meh la update sepantas mungkin
Wakakakaka sama la pantas keterujaan kami nak balik Malaysia
Macam berpuluh tahun padahal baru 6 bulan
Nah ni dia hampir penuh satu beg dengan chocodate, 
madu habatussauda & kacang bijak pandai
Ni belum setel lagi
Papadom beso pinggan tak packing
Kena betul-betul karang ada lak jadi debu
Balik 2 beg aje rasanya ni 1 beg yg penuh dengan macam-macam 
1 beg lagi beg baju la

Fuhhh dah terbayang suasana raya hahahaha
Gilos puasa pun tak lagi ni
Hmmm nanti aku update lagi ye
Hari pertama berpuasa berbuka dan bersahur dalam kapal terbang

Ok daaaaaaa

Memaknakan Budaya Balik Kampung Di Aidilfitri


Menjelang 1 Syawal, ibarat satu kewajipan untuk umat Islam di negara ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Kala inilah mereka berpeluang bertemu ibu dan ayah serta sanak-saudara yang masih ada. Budaya sebegini sudah diterima pakai sejak dari dahulu lagi, malah ia semakin dinikmati bukan sahaja oleh umat Islam malah bangsa lain turut melakukannya.
Persoalannya adakah budaya balik kampung itu dapat menghidupkan roh Aidilfitri sebagaimana yang dituntut oleh agama? Atau kepulangan anak cucu itu sekadar memenuhi tuntutan bercuti panjang di Hari Raya.
Mencari makna di sebalik budaya pulang berhari raya perlu diperjelaskan dengan lebih mendalam, agar kepulangan itu bukan sekadar pulang kosong tanpa pengertian. Bagi mengupas isu yang diketengahkan ini MW berkesempatan menemu bual Prof. Madya Hj Mohd Nor Mamat dari Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beberapa pandangan dari orang ramai.
Jadi ikutan bangsa lain Menurut Prof. Madya Hj Mohd Nor, di kalangan umat Islam di Malaysia, budaya pulang ke kampung bermula dengan sambutan Aidilfi tri yang lama-kelamaan menjadi ikutan oleh bangsa lain. Ia menjadikan acara pulang ke kampung semasa cuti perayaan seperti satu budaya di negara ini.
Secara menyeluruhnya, ia bukanlah satu tuntutan agama kerana Islam tidak mengatakan perlu balik ke kampung apabila tiba Hari Raya. Tetapi Islam itu sendiri menyuruh umatnya mengamalkan konsep ziarah-menziarahi.
Ketika di zaman Rasulullah S.A.W, baginda keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid melalui jalan yang lain dan akan pulang ke rumahnya dengan menggunakan jalan yang lain.
Semasa dalam perjalanan pulang itulah baginda akan menziarahi rumah-rumah yang ada di sepanjang perjalanannya itu. Baginda tidak mengunjungi kediaman semasa perjalanan pergi ke masjid kerana mahu segera sampai ke sana, jadi semasa bertemu orang ramai di sepanjang jalan itulah baginda akan bertegur sapa. Amalan Rasulullah S.A.W yang pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan berlainan ini adalah sebahagian dari sunahnya.
Dalam konteks sekarang ini, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang bekerja di bandar malah ada sebahagiannya telah membawa ibu bapa berhijrah untuk menetap di bandar bersama mereka. Berkemungkinan trend pulang berhari raya di kampung akan berubah dan sambutannya berpindah di bandar. Namun, trend ini tidak akan berlaku dalam tempoh masa terdekat, ia mungkin akan memakan masa dari 5 ke 10 tahun lagi. Walau bagaimanapun, trend balik kampung ini masih kekal.
Budaya balik kampung di kalangan umat Islam ini juga disebabkan adanya faktor yang menarik untuk mereka pulang misalnya adanya ibu bapa yang masih menetap di kampung-kampung ataupun sesetengahnya menetap di bandar tetapi masih mempunyai rumah induk untuk mereka diami ketika berkumpul bersama adik-beradik atau ahli keluarga.
Menurutnya lagi, seharusnya roh Aidilfitri itu sentiasa subur di kalangan umat Islam. Budaya balik kampung perlu selaras dengan tuntutan agama yang menuntut anak-anak bermaaf-maafan dengan kedua ibu bapa, adik beradik malah sanak saudara yang berada di kampung.
Seandainya di kampung itu sendiri tiada elemen yang dapat memanggil kepulangan individu misalnya ketiadaan ibu bapa, tiada rumah induk dan sebagainya, budaya balik kampung boleh terhakis sedikit demi sedikit.
Tiadanya elemen yang menarik inilah membuatkan sesetengahnya membuat keputusan untuk melancong di Hari Raya. Sudahnya cuti Aidilfi tri itu tidak lagi memberi makna sebaliknya sekadar cuti biasa sahaja.
Isi Dengan Aktiviti Bermanfaat
Bagi menghidupkan pengisian budaya pulang ke kampung ini kata Prof. Madya Hj Mohd Nor disarankan agar masyarakat bandar yang pulang perlu membuat perancangan atau program khusus yang dapat mengumpulkan adik-beradik dan sanak saudara.
Kesibukan kerja membuatkan adik beradik sukar untuk berkumpul dengan adanya cuti panjang itu mereka boleh memilih satu tarikh di Hari Raya untuk menganjurkan satu program perjumpaan adik-beradik. Dalam program itu perlulah diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Jika di bandar, program sebegini dinamakan Hari Keluarga. Tidak salah program seumpama itu dianjurkan semasa Hari Raya dengan cara yang lebih profesional.
Jika dahulu, masyarakat kampung akan berjalan beramai-ramai menziarahi dari satu rumah ke satu rumah. Sekarang ini ia tidak lagi menjadi amalan yang wajib. Program perkumpulan adik-beradik dilihat dapat meneruskan tradisi itu. Walaupun caranya berbeza ia tetap mempunyai objektif yang sama.
Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membawa anak-anak menziarahi saudara mara di kampung. Dengan itu, silaturahim tidak akan terputus dan anak-anak dapat berjumpa dengan saudara mara mereka. Jadi tali persaudaraan akan terus dijalinkan. Seharusnya roh Aidilfi tri itu tidak dihilangkan dari dalam diri setiap umat Islam.
PANDANGAN ORANG RAMAI
Cara Gembirakan Hati Ibu Bapa
Bagi Mahani Sulaiman, acara balik kampung amat digalakkan terutamanya untuk bertemu dengan ibu bapa kerana kedua insan ini selalu mengharapkan kepulangan anak-anak mereka.
“Selagi ibu bapa masih ada, eloklah anak-anak sentiasa balik kampung bila berkesempatan. Gembirakanlah hati ibu bapa sementara mereka masih lagi hidup. Saya sebagai seorang ibu juga sentiasa mengharapkan anak-anak akan balik kampung bila tiba hari raya.
“Saya akan sedih kalau anak-anak saya tidak balik ke kampung kerana biasanya pada hari tersebut saya akan masak banyak makanan yang menjadi kesukaan mereka. Saya sendiri, sewaktu ibu bapa masih ada, akan pulang ke kampung pada hari raya.
“ Tetapi sekarang ini apabila mereka telah tidak ada, saya hanya balik ke kampung mentua yang terletak di Perak. Saya jarang balik ke kampung saya sendiri kerana perasaan seronok itu tidak ada apabila orang tua sudah tiada.
“Kadang-kadang ada sesetengah anak enggan balik kerana tidak ada duit. Tapi sebenarnya ibu bapa bukan mahukan duit anak-anak tetapi hendak berjumpa dengan anak-anak bagi melepaskan rindu.”
“Apabila balik kampung juga, kita dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga dan sanak saudara. Biasanya sewaktu balik kampung ini juga, saya akan mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan ahli-ahli baru dalam keluarga kepada sanak-saudara. Selain itu saya juga akan pastikan anak dan cucu mengenali sanak saudara mereka.”

Nak Main Snow Boleh Ke?

Hehehhehheee ayat seperti tajuk di atas slalu sgt keluar dr mulut dak kenit
Almaklum wpun kat Qatar ada musim sejuk tp snow xde yek
Pulak tu kalau tgk citer kartun, tgk movie nampak lak snow
So najlaa mmg slalu la request nak main snow
Blom lagi dia ajak g umah mikimos
Huhuhuhu banyak dah janji2 manis papa
Harapnya termakbul la satu hari nanti

Semalam kitorang g Shah Alam
Dh tengahari gak le gerak dari Melaka
Memang tujuan nak g cari snow
Tempat lain tidak akan dituju memandangkan kami kesuntukan masa
Najlaa mmg tatau dan saja kitorang nak wat suprise
Masuk dalam keta x sampai 5 minit dah lelap
Sampai ke Shah Alam mmg x bergerak
Nyenyak btul tido, aku kejut dak kenit pun ms sampai kat Jusco Bukit Raja
Papehal kena la makan dulu kan
Dah isi perut...melantak kan Kenny Rogers je terus ke I-City

Muahahhahhaha masa kat kaunter tiket najlaa dh nampak 
"Mama kita nak pegi snow ke?"
Pastu g amik jaket, sewa kasut Pua Chu Kang, stokin mmg bawak
Riang gumbira najlaa kat dalam esbok
Walaupun xde la nampak cam snow sgt...tp sejuk la kan
Xde amik gambo banyak sgt pun..pakai enpon je
2-3 kali gak le aku terpeleot...kasut PCK bertemu salji yg licin ekekkee
Najlaa pun ada gak berdebuk jatuh masa main bola

Meh la layan gambo x seberapa ni
 
 Main bola sepak jap
 
 Cian dak kenit tergelincir ms main kat sini
Dan sempat la mengabadikan gambo kami bertiga kat mug ekekkekee

Malang Tak Terduga

Salam uols
Amacam raya??
Hehehehe malang tak terduga
Pesal ek??
Selalunya malang tak berbau kan..kan..
Semalam balik melaka kul 11 dh gerak dari BP
Keta kat jalan mmg banyak yek
Darling cakap tamo la drive laju
Kalau eksiden takde la teruk sangat... Aisehhh

Sampai kat area peserai kot dah jam
Ada eksiden rupanya
Teruskan perjalanan sambil layan boboi boy kuasa 3 ahahahahha
Sampai je kat pt yusof keta banyak gak le dh dekat ngan trafic light
Keta depan berhenti mengejut maybe yg depan pun mengejut gak
Keta kitorang pun hampir mengejut gak
Dannnnn
Dummmmm keta terhenjut ke depan sket cium wira
Keta belakang dengan rakusnya cium montot GL
Abanggggg tu jek yg mampu keluar dr mulut
Menggeletar gak le aku
Alhamdulillah kami mmg xde pape la cuma keta je cedera


Ni la hasilnya....



Ni keta bro yg tercium GL

Keta wira tu xde pape so dia kata nanti dia touch up sendiri
Selepas berdiskusi kat balai pt yusof g bengkel igt nak wat nilaian loss
Tp bengkel kata cam susah nk wat anggaran takut ada organ dalaman yg parah better claim insurans

Maka perjalanan diteruskan ke Pejabat Trafik Daerah Muar
Setel report tinggal nk ngantar ke bengkel je
Lenjan dulu keta dh nak balik doha baru masuk woksyop

- Posted using BlogPress from my iPhone

Haluuuu Malaysia

Hai semua!
Alhamdulillah aku selamat dh mendarat di tanah air.... 
Ekekeke rasa cam perwira lak
Sampai KLIA kul 2.45ptg terus amik limo zassss ke Melaka
G umah MIL huhuhu siap g bazar ramadhan yek
Pas magrib tu zoom ke Klebang yg indah permai
Hahhhahaa kemas umah uols
Ala kadar jek sapu dan mop
Lepak2 jap pas mandi kul 11 mlm sesi JJCM bermula
Hehehehhee melantak asam pedas claypot dulu



Sempat snap sblm mendarat
Hah nanti aku nak share ngan korang ape yg berlaku di awan biru....aduh ngeri

- Posted using BlogPress from my iPhone

Selamat Tinggal Doha....Malaysia Menanti Kami




Hmmm ni N3 autopublish

Kami tiga beranak berlepas jam 9.00pagi waktu Qatar bersamaan 2.00petang waktu M'sia

Insyaallah kalau xde pape halangan sampai KLIA 9.30 malam

Kawan2 doakan kami yek

Hehehhehe x sabo nak g Jusco...Bazaar Ramadan...

Lagi...aku nak makan mee gian..sesapa org Melaka mesti tau kat Tengkera nun

Huhuhuhu bulan pose ni kedai bukak malam

Yabedabeduuuu


Riang Ria Raya


Mahapkan le yek...
Aku mmg over excited nak balik ni
Baru pas on9 check in






 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in