Apam Kampung Di Rantauan

Salam hujung minggu
Begini la nasib anak rantau
Ewahhh ada yg tekak teringin nak makan
Sila la buat dengan kadar segera
Kalau tangguh makin la kemalasan melanda
Ni tekak dah lama nak baham apam
Tapi malas bertingkek-tingkek
Kang kalau amik kira soal malas bagai memang kempunan la
Lepas tidokan najwaa gigih la buat bancuhan

Ada beberapa blog ku terjah resepi
Tapi dari umah Che Mat Gebu jadi pilihan
Sebabbbbbbb
Guna brown sugar
Ada resepi guna gula merah...tapi aku xde stok
Ada yang guna gula melaka...walaupun aku ada je gula melaka tu tapi malas lak nak masak2 gula sampai cair
Walaupun rupamu tiada tapi rasa mmg terbaek
Golek-golekkan atas kelapa parut
Aduhhhh lemak masin

1st time aku buat apam
Dalam masa sejam proses perap apam
Bebetapa kali gak le aku jengah nak tengok kembang ke tidak
Bila dah kukus cucuk lidi
Wallah puas hati

Najlaa balik sekolah saja la tanya nak makan apam tak
Oh anak ni cuma tau apam polkadot je
Makan dengan kelapa kompom la dia tamo
Ehh takpe kita buat dia kan
Prett kan aje coklat hersheys
Tabur choc rice
Hahahah 2 keping najlaa makan

Sapa lom cuba sila la...
Memang takkan menegecewakan
TQ CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras
1 1/4 cawan air
1 camca besar instant yeast (mauripan)
75 gram gula perang @ soft brown sugar
Kelapa parut putih *
Sedikit garam*(*digaul rata dan kukus sekejap)
CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali kelapa dan garam. Kacau rata dengan whisk hingga semua rata dan tidak berbintil2. Sementara itu sapu loyang bulat 8 atau 9 inci dengan sedikit minyak atau majerin, tuang adunan apam dan perap 1 jam atau hingga adunan kembang.
  2. Sementara itu, 20 minit sebelum adunan kembang, panaskan kukus, balut penutup kukus dengan kitchen towel bersih dan kukus loyang berisi adunan apam tadi selama 40 - 45 minit atau hingga masak (bila cucuk apam dengan lidi sate dan keluar bersih, tu tanda apam dah ok). Sejukkan dan boleh dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut atau sambal tumis.

15 Gtau jek:

NEKCIK said...

peberet nekcik ni..tapi nekcik suka potong besar besar..biar tebal..besst

Nurzakiah Hanum said...

sedap kan

Eda Ejai said...

sedapnyeee apammmm kalau balik kg mak selalu buat.. rindu makkk..

ummi aqilah (LM) said...

Tu dia.. Sedapnyaaaa

Lelord said...

Hhehehe sedapkan...lela pun suka apam cenggini.

Lelord said...

Sedap..sedap..sedap... Hahahaa mmg sedap suka sgt

Lelord said...

Hehehehe kena balik kg la kan

Lelord said...

Tu diaaaaaaa, buat la yunk

norhidana miswan said...

walaupun ko diperantauan kak tp masakan2 yg ko bt selalu bt aku terliur, aku yg dok melesia pun kadang tak mampu nk bt heheheh

Salina@IbuAqil said...

Menarik sis...
Rajin kak lela bt kuih...
Ina x rajin...
Huwaaaaaa!!

Lelord said...

Hahahhahaa nk wat camne dana, kalau ku dok mesia pun kompom x buat pya

Lelord said...

Hehehe tima kasih, rajin pasal dok luo, cerr ada msia mesti malas gak

Marsha~ said...

sedap pulak aku tgk gambau kau ni.......

Mrs.aisheiteru said...

Assalammualaikum.
Pertama kali saya tinggalkan jejak di blog ini. Saya Faeza.

saya nak bertanyakan tentang Abu Dhabi. boleh sy dapatkan email tak?

email saya aisheiteru@gmail.com
http://brideinmaking.blogspot.com

Lelord said...

Boleh... lelalayla@yahoo.com

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in