Buka Puasa di Sheikh Zayed Grand Mosque

Salam dari Si Perantau
Lamanya menyepi dari dunia blogger
Alahhh picisan aje pun kan muahahha
Hari ni merajinkan diri mencoret dengan tujuan mengabdikan kenangan
Bila darling cakap jom berbuka puasa kat masjid terus rasa teruja
Lebih-lebih lagi bila tengok youtube 
persiapan makanan untuk lebih 30,000 orang untuk berbuka puasa setiap hari
Anak-anak, kami hanya beritahu kita buka kat luar aje
Hehehe saja nak tengok reaksi diorang
Jam 6 petang kami bertolak dari rumah, 
masa lalu di kawasan masjid Najwaa dah cakap 
"later we'll go here ok"
Mama aahkan aje la hihihi
Nampak ramai orang parking di kawasan perumahan berhampiran jadi kami follow je
Hanya lintas jalan je sampai ke masjid
Anak-anak dah bersorak
Mulanya kami ingat nak duduk di kawasan rumput je 
memang ada disediakan tempat dan dibentang ala-ala kain saprah
Kami disambut staf bertugas dah ditunjukkan untuk ke khemah famili
Keterujaan terserlah di muka Najwaa
Najlaa teruja gak tapi agak cool berbanding Najwaa heheheh
Begini la keadaan dan susun atur di dalam khemah
Tuan tanah kena la ada gak dalam ni
Ni la "Iftar Box" setiap orang dapat
Air je sampai 4 jenis
Portion memang banyak tak habis pun makan
2 kotak kami bawa balik dan bagi pada security
Nasi Beriyani kambing, vegetable salona, buah epal dan dan kurma
Tengok ni besar lauknya
Susun atur di dalam khemah
Banyak khemah yang disediakan untuk menampung kira-kira 30,000 orang
Di bahagian luar pun ada disediakan ruang makan
Korang boleh tengok video ni untuk lebih detail
Penyediaan menu makanan untuk berbuka puasa setiap hari
Memerlukan kira-kira 350 chef, 160 pelayan, dan lebih 450 kakitangan sokongan


Luqaimat Versi Cucur Lemak Manis Adabi

Salam siaran, lama dah rasanya tinggalkan blog yg suram ni. Kali ni nak cerita pasal Cucur Lemak Manis Adabi. Alahhh korang sure dh biasa buat kan. Ada yg campur dengan jagung, pisang, coklat, durian la.

Yang ni ku buat versi Luqaimat a.k.a Arabic Sweet Dumpling, kiranya cam cucuq Arab la. Selalunya luqaimat ni disalut dengan dates syrup, ada gak yg salut dgn madu dan boleh juga dengan maple syrup. Kemudian ditaburkan dengan bijan.
Ikut je arahan kat belakang pek untuk bancuhan adunan.
Panaskan minyak kemudian boleh la boh adunan. Aku guna jari-jemari je, 
x suka boleh guna sudu.
Sedap! Lemak manis
Kalau luqaimat ni ada yang ditambah dengan cardamom powder. 
Tapi biasanya yg aku beli kat Abu Dhabi nun xde rasa rempah.
Ni luqaimat hasil google. Tak jumpa lak gambar luqaimat dalam phone.
Rindunya nak makan lagi selain kunafa






Seronok Di Kampung



Balik Malaysia memang syok! Sebelum kami terbang aritu anak-anak dah excited. Almaklum setahun sekali. Kali ni balik lama sket. Papa bagi green light jadi kami stay kat Batu Pahat aje la.
Banyak aktiviti Najlaa & Najwaa. Sepupu sepapat pun ramai bertambah seronok la
Kadang-kadang ikut Auntie Wawa g amik Nabila & Najihah balik sekolah. Kadang tu asyik hilang je terutamanya Onteng Kinteng. Rupanya dah melanguk kat umah depan cari geng.
Ankel Deen ada bleh bawak ronda naik motor. Kadang g dengan Mamyda. Mama bleh bawak nek kereta je, x pandai bawak moto huuuu
Gaduh-gaduh manja tu biasa la kan. Tapi kejap aje la pastu main semula. Takpe la enjoy the moments anak-anak! Esok dah balik Abu Dhabi mesti masing-masing rindu-rinduan
Bujang pun xmo kalah
Memang Harith bergembira
Letak je kat luar ni memang ke sana sini la dia tolong mop lantai nenek
Gigih la emak dia menyental seluar
Layan aje la gambar




Pepahat Masak Halia

Assalamualaikum
Cerita dari Abu Dhabi kembali bersiaran hihihi
Kat sini selain LuLu Hypermarket, aku suka gi Carrefour
Tengah dok melilau cari barang mata tertancap kat menda ahah ni
Macam kenal tp yang ni besar-besar
Kalau pegi makan kat Muara Sg. Duyong "Pepapat"ni kecik sket
Kami laki bini dok belek-belek confirm memang Pepahat 
atau sesetengah tempat sebut "Siput Buluh", "Ämbal"
Selepas dibasuh bersih tiba la masa untuk dimasak
Pak Inchik kata nak masak halia
Maka Mak Inchik pun ikutkan je la
Siap dah Pepahat Masak Halia bersama Kangkong Belacan

Resepi Pepahat Masak Halia
Bahan-bahan:
Sekilo pepahat
1 inch Halia dihiris
5 Bawang putih di ketuk
Cili api 1@2 biji diketuk
2sb sos tiram
Garam

Cara-cara:
Tumis halia dan bawang putih sehingga harum kemudian masukkan cili api.
Masukkan pepahat dan sos tiram..gaul sebati. Masukkan garam pika perlu.
Tutup kuali sebentar supaya isi pepahat masak sekata.
Buka pent-up kuala kacau rata dan boleh dihidang.
Selamat mencuba!

Peria Goreng Garing

Kembali bersiaran
Kejap ada, kejap tiada
Ok kali ni pasal Peria Katak
Nak makan sayur memang tidak le kan
Mendengarkan nama Peria je dah membayangkan PAHIT

Tapi orang kata yang pahit jadi ubat
Peria bagus untuk diebetis
Ehhh aku belum kot kategori tu
Tapi dalam nak beringat le ni
Almaklum masa bulan Mei aritu kan warded pasal gula dalam darah tinggi
Dah rezeki takde 7 Ramadan keguguran

Saja la beli peria katak hiris nipis dan rendam dalam air garam
Kemudian toskan dan gaul rata dengan tepung gandum, 
tepung beras, serbuk kari dan sedikit garam
Goreng dalam minyak panas
Eh sedap rupanya
Dah berbotol aku dgn pak inchek kunyah
Rangup!
Pahit!
Tapi SEDAP!!!
Nampak gaya kena beli peria katak lagi ni

Awal-awal percubaan beli 2 biji je
Kali ke-2 beli 6 biji
Kali ke-3 beli 10 biji lebih kurang sekilo ni
Hmmm agak mau kena beli 2-3kg 
Stok depan tv kena la ada
Resepi?
Tu kat atas dah cerita kan
Main agak-agak je xde sukat-sukat

Alhamdulillah Rezeki

Assalamualaikum kembali bersiaran selepas lama menyepi
Pehhh bersawang blog hakak ni
Kemain malas update

Lepas ni nak cuba la merajinkan diri
Tu pun KALAU la hahahaha

Ok meh nak story ni, memandangkan sekarang rajin join contest dan giveaway 
tak kira la Malaysia punya ataupun UAE punya kan
Alaaaa join suka-suka je dan yang penting t&c senang
Seronok tau bila tau menang 
Terbaru ni join contest kat FB bukan susah pun soh bergambo kat booth Masafi Water sempena Masafi 40th Anniversary
Satu penyertaan guna atas nama sendiri
Yang ni lak guna nama pak inchik

Alhamdulillah memang rezeki kami
Dannnnnn
40 cartons mineral water 1.5liter
Sekotak tu ada 12 botol
Masa hadiah pertama sampai kami xde kat umah
Org Masafi call gtau dah de depan pintu
Hhehehhee malam tu bila balik umah....tu dia berderet kotak

Ehh bukan tu je 2 hari lepas hadiah pertama sampai
Taraaaaaaaaaa
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Nah 40 kotak lak untuk diriku
Hahahhaha mandi air mineral la pasni
Ehh taklah rezeki perlu dikongsi
Jiran selantai kami dah agihkan, security dengan maintenance pun dapat
Kawan sekerja pak inchik pun kami bagi
Yang penting kena datang amik la
Mau patah pinggang angkat huhu sekotak je gross weight 19kg

Moga ada lagi rezeki kami sekeluarga dari suka-suka terus jadi habit

Masterchef

Bertemu kembali
Sesi menjadi "baker" buat anak-anak teruja
Emak apatah lagi
Selalunya dua beradik ni main masak kat dapo menan je
Belum bersedia bagi bahan real
Kang berterabur bersepah dah mengamuk
Bertempat di Khalidiya Mall
"Cinnabon Live Cooking Workshop"

Eksaited dua beradik ni
Layan gambar aje la yek
Bebaik Najwaa ada lak hancur doh king
Dapat simile tau hehehehe

Minggu Kitar Semula MamaNajlaa

Kembali bersiaran!
Assalamualaikum semua..
Amboi tajuk bukan main lagi kan
Kat rumah ni mmg la banyak botol
Almaklum botol minyak memang guna yg 5liter
Botol mineral lagi, botol air tenaga, botol air gas hehehee
Kalau ada yang baca entri terdahulu ada cerita pasal daun kesum
Dah tumbuh akar, tanam ke tanah, hidup hanya sementara dan menemui ajal
Ada yang bagitau kalau boleh pasu jangan berlubang 
sebab pokok kesum ni suka hidup terendam basah kuyup dengan air
Nak beli pasu lain dah x kuasa
Marilah kita cuba dengan botol minyak ni
Basuh bersih, kerat dua dan belah muncung masukkan kedalam bekas
Isi tanah, lubangkan dan masukkan batang2 kesum
Siram yek dengan air huhu
Memandangkat dok umah bertingkat letak botol tepi tingkap je untuk cahaya mentari
Ni macam self-watering la
Alhamdulillah menjadi dan hidup pokok kesum

Ni botol air lak ku jadikan tabung
Macam botol coke tu belah dan potong la sket kasi pendek.
Kalau x macam panjang sangat dah x cun
Balut la ikut suka korang nak warna apa
Tebuk lak tengah-tengah tu agak le untuk duit bleh masuk
Lekatkan wiggly eyes
Siap!!!
Piggy Bank najwaa guna botol mineral kecik, takyah potong..
Balut je dengan manila kad, pastu lekat le double sided
Excited bebudak ni dengan tabung baru
Hmmm pasni apa lagi nak buat ek.

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in