Peria Goreng Garing

Kembali bersiaran
Kejap ada, kejap tiada
Ok kali ni pasal Peria Katak
Nak makan sayur memang tidak le kan
Mendengarkan nama Peria je dah membayangkan PAHIT

Tapi orang kata yang pahit jadi ubat
Peria bagus untuk diebetis
Ehhh aku belum kot kategori tu
Tapi dalam nak beringat le ni
Almaklum masa bulan Mei aritu kan warded pasal gula dalam darah tinggi
Dah rezeki takde 7 Ramadan keguguran

Saja la beli peria katak hiris nipis dan rendam dalam air garam
Kemudian toskan dan gaul rata dengan tepung gandum, 
tepung beras, serbuk kari dan sedikit garam
Goreng dalam minyak panas
Eh sedap rupanya
Dah berbotol aku dgn pak inchek kunyah
Rangup!
Pahit!
Tapi SEDAP!!!
Nampak gaya kena beli peria katak lagi ni

Awal-awal percubaan beli 2 biji je
Kali ke-2 beli 6 biji
Kali ke-3 beli 10 biji lebih kurang sekilo ni
Hmmm agak mau kena beli 2-3kg 
Stok depan tv kena la ada
Resepi?
Tu kat atas dah cerita kan
Main agak-agak je xde sukat-sukat

2 Gtau jek:

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

Lelord said...

Sedap cuba la krupkrap je masuk mulut

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in