Puding Sedut Selembut Sutera

Tengah "in" sekarang ni puding sedut
Makanya teringin gak la nak buat kan
Terjah ke blog Kak Azlita Masam Manis
Cantik je tersusun puding sedut Kak Ita ni tau
Aku punya cantik gak la walaupun bercampur-aduk
Haishhh gagal dalam nak melapis puding sedut selembut sutera ni
Tapi sedap weiii lembut lembik je lalu dalam kerongkong
Sejukkkkkkk
Korang boleh buat ikut suka la perasa apa
Yang aku buat ni strawberi, blueberi, coklat dan mocha


Bahan-bahan
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa


Cara-caraSatukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata
Masak atas dapur hingga mendidih
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry

Sediakan botol kaca secukupnya
Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan
Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna
Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw

6 Gtau jek:

Malinda said...

cantiknye buat belang2 dalam botol tu...lembut je kaler nye...cantik2 camni cam sayang nak makan...hehehe

Lelord said...

Kann teruja tgk puding kak ita

norhidana miswan said...

dia mmg tak akan mengeras mcm agar2 biasa tuh ek kak... cantik nengok nk bt sndiri mmg tak kesampaian lah jwb nyer

Lelord said...

Aah lembik lembut je mcm dadid tp lg lembut

Ummialyaanas said...

kalau creamer or coffeemate or susu tepung tu skip ada efek x..

mei kiki said...

Berapa lame mase yg diambil ye kalau nk bg keras kak?? Lepas tu kalau pakai serbuk jelly boleh ke? Yg jenama konyaku tu

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in