Ramadhan Bersama

Salam Ramadhan...
Sekejap aje kan dah Ramadhan ke-6
Walaupun dapat berpuasa dan berbuka dengan chenta hati sekejap je janji puas
Hehehehhee 1 ramadhan seawal 7 pagi aku dah bergegas ke KLIA 
Darling sampai 8.50 pagi gedebak gedebuk amik luggage sumer on time la kiranya aku sampai
Terus zasss balik umah klebang tido muahahahhaa
Ngantuk uollsss 4.30 pagi aku dh bangun sahur dgn najlaa ringkas aje la menu
Baring2 jap tunggu subuh mandi bersiap terus ke airport
Ni menu sahur aku yek gardenia coklat dgn chocodate 

Petang kami ke bazar Peringgit fuhh ramainya manusia
Almaklum hari pertama puasa kan
1Malaysia ada kat bazar, beli ape yg dapat aje la
Terus ke umah MIL kat Durian Tunggal
Berbuka sana pastu balik la Batu Pahat lak

Ramadhan ke-2 misi memborong makanan kat bazar Pesta
Muahahhahaa almaklum laki i kan mmg suka makan
Dapat balik Msia beberapa hari mmg kena pulun habis la
Pehhh menu kat bazar batu pahat mmg mantap la
Napsu makan aku mencanak naik
Hadoiii abis la kalau kena g check up nanti
Roti Kacang Pool, Karipap gergasi inti sardin, inti ayam, inti kambing, kuih seri muka....muahahahaa
Ada lagi aku nak tp sabo...esok masih ada kan

Hari berikutnya...ramadhan ke-3 
Nasi Ambeng, pelbagai jenis kuih talam..talam keladi, talam jagung, talam banjar, talam labu dan seri muka
Iyerr mmg banyak tp pasal nak bawak umah MIL
Meriah makan kannnnnn
Dan kerana kemeriahan ini la bawah dada aku rasa semacam
Puas ku gugel tanda2 heartburn hehehe
Katanya rasa terbakar cenggitu tp xde lak aku rasa terbakar
Cuma rasa x selesa macam ada angin n rasa nak muntah
Darling belikan gaviscon penah la aku tgk iklan kat tv ada bomba sembur air tu
Alhamdulillah berjaya gak rasa ketidakselesaan tu hilang
Destinasi berikutnya g mkn roti canai
Najlaa ckp nak mkn..aku x order pun pasal baru pas telan gaviscon kan
Takut lak terlebih makan
So jamah aje la roti canai najlaa sket
Tadaaaaa g bazar kat Jalan Hang Tuah
Saja cuci mata bersama yang tersayang ewahhhh
Xde beli ape pun darling je beli kurta ngan capal
Almaklum x balik raya nanti kan
Beli aje la buat syarat huhuhu
Hmmm darling dah pun balik Abu Dhabi 6.30 pagi smlm cab amik
Jumpa lagi la kami nanti seminggu sebelum due date bersalin
Tahun ni tahun ke-2 raya tanpa somi
Uwaaaaaa
Takpe la kena berkorban untuk masa depan keluarga 

10 Gtau jek:

JunAina said...

Bersabarlah. Insyaallah sabar tu akan terbayar jugak akhirnya.

ibuayu said...

Syoknya baca gi bazar ramadhan..tang nasi ambeng tu akak suka

Kniedaz said...

seronoknya dapat jumpa yang tersayang walaupun sekejap... ^_^

Lelord said...

Terima kasih, insyaallah mudah2an sabar ini akan berbalas

Lelord said...

Mmg best kan g bazar, bab nasi ambeng mmg mabelesss

Lelord said...

Tu la pasal kejap pun kejap la janji dapat berkumpul sama

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

seronoknya bila dapat berkumpul sekeluarga, takpelah.. kat sini Lord ada ramai family yg sudi menemani...

Lelord said...

Tu la kak seb baik la memasing dekat je ni kalau x kompom sayu

Chekgu Azrine said...

Its..ok..lelama ntu bersama jgak..selamat berpose

Anonymous said...

Hello Lelord,

Saya terjumpa blog anda dimana kamu bercakap tentang Gaviscon dalam post kamu mengenai bulan ramadan.

Pedih ulu hati dan senak boleh menjadi dua masalah yang amat serious kepada kesihatan anda, tetapi blogger ini ada beberapa tips mudah tentang bagaiman untuk mengelakkan isu pedih ulu hati dan senak: ApplesOnSticks – Gaviscon to the rescue. Semoga tips-tips ini boleh membantu anda juga!

Saya bekerja untuk Agensi Digital Lion&Lion, dan kami sedang bekerja bersama-sama dengan Gaviscon dalam usaha untuk memberitahu orang ramai tentang penggunaan Gaviscon, memberikan tips tentang bagaima untuk mengelakkan pedih ulu hati dan sneak, dan juga bagaimana untuk mempunyai kehidupan yang lebih sihat. Banyak orang juga menghadapi isu-isu tersebut, dan menganggap masalah ini normal ataupun tidak tahu cara untuk membantu mereka sendiri.

Saya ingin tanya jika anda boleh tolong menghubungkan perkataan “Gaviscon” kepada laman web Gaviscon Malaysia supaya mereka boleh mendapat informasi tentang produk ini?

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Edith

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in