Batuk : Alahai Cian Najlaa

Kat sini dah start la winter manja-manja
Kadang-kadang rasa sejuk sampai tulang...grrr siap berheater lagi
Kengkadang tu x pulak rasa sejuk kena la on balik ac

Rabu malam khamis tu najlaa dh start batuk
Bagi ubat batuk dengan harapan lena la tido
Tapi mmg x lena pun
Non-stop batuknya
Kul 6 pagi dia bangun nak kencing katanya
Badan dah start panas...bagi paracetamol ngan ubat batuk
Pastu muntah lak...banyak kahak lendir kuo

Pagi sblm papa balik kije dlm kul 8 pagi tu muntah lg
Pas bekpes kami ke Al-Ahli memandangkan tengok najlaa bernafas kempis2 perut
 Dalam keta siap berstokin n sarung tangan...sejuk katanya
Muka pun layu
Bila sampai spital najlaa ckp tanak kena injek huhuhu takut kena tahan lg cam kat SINI
Bila dah bersoal-siasat dengan doc dia kata buat neb dulu
Neb dlm 10-15 min pastu rest dlm 20 mins sambung balik
Mula2 kena buat 3 session..setiap session doc check dada
Kalau x ok mmg kena tahan

Alhamdulillah better pas buat 2 session
Pas amik ubat kat farmasi doc tunjuk cara nak guna inhaler
 Dalam keta lena...cian anak mama
Ni ubat najlaa Ventolin & Flixotide
Ubat batuk pun ada dapat sebotol
Mudah-mudahan cepat le sembuh
Bangun tido pagi ni tengok ok dah tp still continue la ubat2an

Jenahak Tiga Rasa Punya Pasal

Huhuhu nak makan sedap tp x suka siang ikan
Bukan x suka tapi aku ni mmg jenis meloya part siang-menyiang ni
3 hari lepas siang ikan pari...dua tiga kali gak le berehat ekekeke
Kalau beli ikan kat Lulu mmg soh dorang bersihkan
Tapi ni pasal beli kat fish market...
Bukan x boleh soh dorang bersihkan
Dah pas beli ikan terus g amik ayam lak
Terlupa sudaaaaaa
Amik ko mabuk jap
Bunyik cam mengada kan..kan...kan..
Itu le kekdahnya
Bukan takat ikan je, ayam sekor nk belah2 tu pun leh mabuk
Nampak jek cam gagah aku ni huhuhu

Dan kerja keras berjaya menghasilkan Jenahak Tiga Rasa
Main campak-campak je
Lumur garam & tepung jagung kat ikan pastu goreng garing
Cincang bawang putih, bawang merah, hiris halia, hiris cili api dan tumis
Masuk sos tiram, sos tomato, sos cili
Boh air sket...masuk garam sket
Potong dadu nenas dan tomato
Lada benggala?? takyah xde pun dlm esbok
Sedap!! darling yg cakap
Diakan juri tetap
Disebabkan jenahak ni aku boh nenas
Ada la belen kan...sebijik tu beli QR7 bukan byk mana pun letak kat ikan
Ritu jumpa pelam muda beli 4 bijik
Dah 2x wat sambal belacan
Dah tumbuk pelam dlm sambal belacan racik-racik sket
Nyummm pedas masam2 sedap
Ada balance lg 2 bijik
Untuk memeriahkan lg suasana potong pelam campur nenas
Ada sambal kicap ada rojak mak bee
Pehhhhh mabeles


Pavlova oh Pavlela

Yuhuuuuuuu kembali Dari Dapur Lelord
Orang buat pavlova aku pun ngada nak buat gak
Orang lain dah terer aku baru hegeh-hegeh
Kalau tak coba tak tau kan cemana rasanya
Google je cari resepi
Carian menuju ke Dapur Tanpa Sempadan
Aku menjelajah gak ke blog IrmaDiLondon
Sambil-sambil tu belek gak gambo2 kat google
Akhirnya terhasil la pavlova lep-lep, ada gak aku buat bentuk bolat
Muahahhaha senget benget rupa parasnya
Rasa sedap untuk tekak aku orang lain tatau le kan
Hehehhehe juri jemputan dapat le sorang sekeping
Juri tetap x rasa pun lagi ekekkee
Masuk dalam mulut cam kejap je lesap hahahha
Macam makan biskut bangkit ada gak
Tapi kuih bangkit cam padat sangat
Aku tatau le camne rasa sebenar pavlova ni
Sapa penah mkn cerr gtau camne rasanya
Hahhahah ne tau aku yg salah buat
Tak manis sangat pasal aku kurangkan sket gula
Boh fresh fruits...kiwi, anggur, oren malas nak kupas, stoberi xde dlm esbok
blueberri balance wat cistat ritu
Tapikannnnnnnn whipping cream aku x jadi
Pukul ala kadar je...lengkali beli whipping cream dh siap senang spray aje

BAHAN-BAHANNYA :-)
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
1 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla (kalau nak pavlova puteh, omit esen vanilla)
Whipping cream secukupnya (mat pakai yang sedia guna dalam tin)
Strawberry, Raspberry, Blueberry dan Mangga segar secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan berdiameter 6 cm sebanyak 18 bulatan menggunakan pensel, kemudian terbalikkan kertas tadi dan guna bahagian ini untuk membentuk pavlova (ini pavlova jenis comel2).Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi, tapi jangan terlebih gaul(mat gaul guna spatula). Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang no.9 atau jenis bulat pun boleh...(sila rujuk ke blog Rima di sini.). Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti dalam gambar. Lakukan sekali lagi seperti. Buat sama untuk baki adunan.
  3. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengahnya dan susun buah2an segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera..



 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in