Roti Tembikai

Untuk yang tak makan tembikai macam aku boleh la makan tembikai ni
Hehehehe
Roti Tembikai...roti semangka..watermelon bread
Excited uiiii aku nak membako watermelon bread ni
Kalau tak jadi kena la humban dalam tong sampah
Selepas proses mengembangkan roti
Masuk dalam oven bersauna
Tiap saat tiap detik mata tak lekang memandang oven
Bila dah bunyik "ting" laju je nak tengok hasilnya
Keluarkan dari loyang
Sejukkan di redai
Ayuhhh kita potong
Alhamdulillah kejadiannya cantik, lembut, 
cuma di lain waktu kaler kena terang sedikit kot

Resepi Roti Tembikai
2 cawan tepung
3/4 cawan air suam atau susu suam
2st yis
2sb gula
4st mentega
1 biji kuning telur


Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagikan 200g doh dah warnakan merah, 100g doh warna hijau, dan 100g doh biasa. Canaikan doh warna merah dan sama panjang ukuran loyang taburkan kismis kemudian gulung. Canai doh asas, letakkan doh merah dan gulung. Canai doh warna hijau kemudian letak doh merah dan doh asas kemudian gulung. Masukkan dalam loaf tin dan tunggu doh naik 40 minit. Bakar pada suhu 180'c dan bakar lebih kurang 20-25minit

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

4 Gtau jek:

norhidana miswan said...

cantik kejadian nya kak...kalu dana mmapu tgk je lah... nk bt mmg takde kemampuan akibat kemalasan

Lelord said...

Hehehhee saja mencoba

seraa rose said...

cantiknya..boleh cuba buat ni. tq..:)

Lelord said...

Cuba la lembut rotinya

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in