Majlis Akikah Dan Kesyukuran Amni Najwaa & Qaleef Najmi

Assalamualaikum
Lama dah rasanya tak update blog
Nampak je macam sibuk aku ni muahhhaa

3 November lepas kami buat majlis akikah Najwaa & Qaleef
Lebih kurang seminggu lebih je preparation
Takde la ape sangat pun
Aku call aje orang yg buat kambing golek
Bagitau details untuk akikah najwaa

Enab lak call aje tukang masak untuk nasi beriyani
Kambing tu kena la anto kan
Ayam sambal mak aje yang masak
Acar buah pun
Ayam order je gtau soh potong bape ketul, pagi dia anto
bergegas la nenek basuh
tukang goreng ayam ada dah hahahhaa
Bukan aku le.....
Ni untuk tetamu
Surah Yaasin, tasbih, chocodates
Beli gak air mineral kiranya buat air yaasin la
Sebelum majlis cukur jambul tu ada bacaan yaasin dan doa selamat

Hmmm nak ikutkan patutnya Si Najwaa ngan Qaleef baring je kat bean bag
Huhuhu xde la katil cantik2 siap hiasan bagai tu
Tapi ada la bunga telur kiri kanan kaler pink ngan turquoise
Tak sempat lak nak snap huhuhu
Ni sumer geng yaasin kawasan kejiranan kami
 
 Najwaa dalam dakapan papa..meronta kepanasan
Hahahahha gara-gara mama dia ler over nak gak pakaikan baju kurung muahahaa
Nenek Arah time ni tengah nak sudukan madu ke mulut
Uishhh tercopong mulut Qaleef...
Wan Sally tengah nak potongkan jambul
Giliran nenek ucu lak


 Maniskan mulut dengan madu
 
Nommm...nommmm kamben golek
Masa tetamu nak makan brader ni akan masak sekali lagi 
hirisan daging kambing dengan bawang dan lada benggala
kemudian baru disiram dengan sos lada hitam
Menu lain beriyani kambing, ayam sambal., acar buah, kari ayam, pulut kuning
nasi putih, ikan masin bulu ayam, masak lemak labu & kacang panjang
Kuih tepung gomak, koci, pulut panggang, kuih bakar, tapai pulut, tembikai dan oren
Aku sempat makan tepung gomak je huhuhu
Apapun terima kasih kepada yang hadir, maaf pada yg x dijemput kot ada terlupa nak ajak kan
Maaf jika ada kekurangan
Doakan yang baik-baik untuk Nurul Amni Najwaa & Muhammad Qaleef Najmi



4 Gtau jek:

NEKCIK said...

semuga mnjadi anak anak yg soleh dan solehah bila dewasa nnti...insyaallah...waa seronok.meriaah....

Lelord said...

Insyaallah amin...tq nekcik

mama lieyna said...

Meriah majlis.. menu2 pun best... :-)
Moga membesar jd anak yg soleh dan solehah..amin...

cikpuanhady said...

moga jadi anak yang soleh & solehah.. menarikny ada kambing golek..

oh ya, dear menang double GA.. http://www.ceritaindahkami.com/2013/12/attention-pemenang-double-giveaway.html

tahniah..

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in