Salam Lebaran
Masih mood raya ni kan
Hehehhehe ni citer sebelum raya menjelma
Isnin 5hb Ogos ada check up kat KK Tongkang Pechah
Seawal 8 pagi dah terpacak kat sana ingatkan ramai rupanya x pun
Ok la xde la lama menunggu kalau x selalu rasa cam nak berjanggut dah
Biasa la check up kan dah 36 minggu
Dengar jantung baby, pegang2 perut
Sebelum tu g kencing dulu kat stripe tu ok je, bacaan HB pun cantik
Skali doktor tengok bacaan BSP last week agak tinggi 9.0mml
Tapi kan kul 5 lebih tu baru sahur, 8 pagi g cucuk kat jari
Doc kata tinggi so dia soh g Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
Kiranya admit la untuk cucuk insulin
Hadoiii dah le kita nak balik Melaka kan nak raya dah hari khamis
Mmg aku refused untuk ditahan tp dah kena paksa gak xde pilihan bila doc ckp nanti baby bleh meninggal la, bb beso la mau x ngeri
Jadi dalam keterpaksaan serah diri untuk menginap kat hospital
Masih berpuasa tau..pada hari kejadian misi amik darah kat jari bacaan pagi tu baru 4.8mml, pastu dalam kul 4 tu amik lagi bacaan cantik je 4.0mml
Dah petang sket ada la pharmacist datang tunjuk cara nak suntik insulin
Memandangkan aku puasa kena amik 8 unit sebelum buka puasa dan sebelum sahur, kemudian 6 unit sebelum tidur
Dibekalkan sekali pen dan jarum
Tapi 2 jarum aje la pastu kena g beli sendiri hehehee
Penah ke korang tengok pen untuk suntik insulin?
Hehehee aku pestaim la tengok ni
Oh ya ada beberapa tempat tau untuk disuntik, peha, perut dan kat bahu
Aku pilih peha la senang sket nk jd doktor leh nmpak
Nak kat bahu susah lak
Halus je jarum ni tp ketar gak le aku nak cucuk masa mula2 tu
Skang dh terer la muahahahaha walaupun x sukaUntuk musim raya ni aku kena suntik 3 kali pagi, tghari dan petang
Setiap suntikan 6 unit, setengah jam lepas suntik mmg kena makan
WAJIB tp aku pas suntik mmg pun terus je melahap
Kalau tahan2 atau tangguh makan takut lak hypoglycemia
Antara tanda hypoglycemia berpeluh, menggeletar, pucat, kabur penglihatan
Doc pun ada pesan dalam beg pastikan ada gula-gula
Kot la ada tanda2 hypo tu terus makan sebiji gula-gula
Serammmm dok spital
Jap2 pesakit ni jerit nak beranak, air ketuban pecah hehehe
Almaklum aku lom sampai masa lagi kan
Doakan yang terbaik yek
Hah aku dok spital sehari je selasa 6hb dah discaj pastu terus la balik Melaka
Sebelum tu doc dah bg surat 19hb wajib masuk wad yek katanya
Ok yang ni nanti aku sambung.....
Daaaaaa
12 Gtau jek:
take care
Dugaan raya tuh..inshAllah..semoga dipermudahkan..
sy pernah cucuk insulin masa anak kedua... kira hebatlah jd doctor kat diri sendiri..
aduihai sampai kena insulin ke,
lps ni kena lebih berjaga2 lg la ye..
moga dipermudahkan segalanya..
mesti kes makan tak pantang ..take care ya
take care...
kecik jer jarum dia...tapi menakutkan ...
Tq hanum
Tu la dugaan, insyaallah mudah2an
Ekekeke tu la la pasal pasan jap jd doc
Aah wpun refused benonya, mmg tamo amik la pasal rasa leh control lg tp ikut aje la ckp doc
Makan sedap je kak ayu ikut tekak hahahaha
Aah cikjue kemain halus jarum tp ayoooo
Post a Comment