Alahaiiii Najwaa

Assalamualaikum
Bertemu lagi kita
Asik pasal kakak aje kan
Meh pasal adik lak

Nak masuk 15 bulan makin panjang akalnya
Makin lasak
Sampai kakak tetiap malam sblm tido doa supaya adik najwaa tak lasak
Hahahaha yg ni mmg kelako
Nak gelak tak sampai hati
Bila dengar je dia berdoa cenggitu senyum simpul aje la
Car seat yg mmg dah berbulan tak guna
Mana muat dah kan
Memang selalu jadi mainan
Tengok le apa dia buat tu 
Boleh lak senyum-senyum sengih-sengih  bila kantoi dok dalam tu
Uwaaaa ni lagi tak menahan
Amboiii dik notebook tu mcm tak berharga hah
Jadi alas montot dia lak
Elok je panjat dok atas meja
Selain senyap-senyap masuk dapo mama
Najwaa berangan nak main beskal kakak
Oiiii dik kalau kena hempap tu
Menangis tak berlagu nanti
Bukan takat beskal, skuter kakak pun dia berkenan hah
Dok main pusing tayar
Ni pencapaian terbaik
Kejadian 12.11.14
Selama ni memang dia dok berdiri je kat rak tv sambil tgk katun
Dok berjoget kalau tgk chanel disney junior
Hamboiii kemain bersantai hah
Bahaya najwaa...bahaya tau tak
Kalau dok diam takpe jap kang melutut
Goyang gegar tv lagi
Memang le tv slim tapiiiiii....hmmmmm
Ada gak kena gantung tv ni sok
Kacau kakak ada saat paling happening pada dia kot
Ntah ape dia jaki sangat dengan kakak tatau le hahahaha
Pantang apa kakak pegang dia rampas
Walaupun suka nk gado2 dengan kakak tp ada masa nk gak manja2 huhuhu
Biasa la kan adik beradik
Orait lengkali ada stori kita citer lagi
Daaaaaaa

Dilanda Kebosanan

Huhuhu nak buat camne dapat cuti sakit mmg kena dok umah je
Najlaa dah bosan
Online homework dah siap
Selain ngadap tv dengan ipad
Keluar soping barang dapo belikan sekali menda alah ni
Untuk conteng muka xleh lagi 
tunggu dah ok dari chicken pox baru boleh touch up
Bagi t-shirt putih, fabric paint
Conteng la ikut suka
Hasilnya tapak tangan atas baju
Hi5 hehehehe
Boleh la najlaa janji terhibur

Ni hah lagi satu yg dibuat
Lekatkan beads
Mentang-mentang duduk Abu Dhabi...
Pasni kena soh buat Malaysia lak
Seminggu mc hari ni dah sekolah semula
Semalam pun ke hospital check kondisi chicken pox
Doc kata dah kering n boleh la sekolah
Fuhhh senyum lega kakak najlaa 
Pasni macam-macam aktiviti kat sekolah boleh buat

Kena Chicken Pox Pulak

Salam semua
Sabtu lepas si Najlaa g amik neb kat spital
Malamnya tu kokol batuk sampai le pagi
Pepagi sabtu bangun tido tu kempis-kempis perut batuk punya pasal
Nasib baik papa kat umah lagi
Sampai melengkung hahhahahaa
Dah pesan siap2 kat darling mintak unat ubat untuk nebuliser
Sok lusa senang aku kerjakan
Nah...macam balik soping ubatnya
Sebelum nak tido tu buatkan dulu sekali
Hehehehe lepas tengok JDT vs Pahang
Si Najwaa heran dan pelik nampak asap kuo dari mulut hidung kakak

Hari ahad sekolah seperti biasa
Hari isnin lepas mandi nak ke sekolah, najlaa cakap badan dia ada biji merah
Bila aku check tu dia banyak 
Kat bakang badan ada yg pecah
Pagi tu call teacher bagitau najlaa tak datang, maybe chicken pox ku kata
Hohohoho rupanya dalam kelas mmg ada 2 murid yg dah mc chicken pox

Makanya pagi tu makan aje la bento yang dah aku sediakan
Dalam pukul 8.50 pagi gegas le ke bawah angkut anak-anak naik teksi g hospital
Suami mana?
Kat site padang pasirun call x dapat la pulak
Takpe la kan bukan x reti naik cab pun
Harap memang x lama la tunggu pasal xde wat appointment kan
Masa nak register tu aku gtau sesiap najlaa chicken pox 
Doktor pun x sampai lagi
Kat Burjeel Hospital ni doc ada kul 9.30 pagi
Sementara menunggu bergumbira dulu si onteng-kinteng ni

Lepas doc check mmg confirm chicken pox
Dapat la calamine lotion dgn syrup allergy
Minum la air kelapa dalam keterpaksaan
Boleh la dari takde kan...walaupun air kelapa kotak
Hari ke-3 banyak gak yg keluar
Minum kelapa dalam tin lak yg ni siap ada isi sekali
Moga cepat la sembut
Cian kakak semalam ada sport day
Baju kaler merah dah beli tp nk war cane xleh join
Kita balik Malaysia nanti wat sport day dgn kazen-kazen aje la huhuhu

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in