Showing posts with label Botok Tenggiri. Show all posts
Showing posts with label Botok Tenggiri. Show all posts

Botok Kali Ke-2

Salam Jumaat yang damai
Iyer kengkawan arini aku buat botok lagi
Botok kali ke-2...bukan botox kali ke-2 lak
Kalau BOTOX agak2 bahagian mana nak ejas ek ekeekekke

Daun pisang ada balance tu yg buat botok
Atas permintaan ok...
Kerana kasih hamba turutkan ekekekkee
Tapi botok aku ni tanpa daun2 ulam
Huhuhu mana nak cari
Masa 1st time buat ritu mmg la ada daun2 yg bawak dari Mesia kat SINI
So aku boh aje la hirisan daun kunyit, daun limau & bunga kantan
Huhuhu inilah hasilnya....
Mmmmmmm sedap tak tipu

Botok-botok Tenggiri

Permulaan yang baik
Ekekekkekee 1 Hari 1 Resepi
Dah lama tengok kat blog Mamamya pasal Botok-botok
Korang pernah dengar kan pasal Botok-botok Ikan
Cam aku penah la dengar cuma x pernah makan jek

Makanya sebelum balik Doha g pasar jap nak cari daun2
Huhuhuhu dah la bijak x tengok resepi
So main taram aje daun
Aku g beli daun kaduk ngan daun salam

Rini check-in dapo buat pertama kalinya
Pehhh sejak balik Mesia mmg gantung periuk uols
Ekekekkee ni la botok-botok Tenggiri aku
Sedap...btul x tipu
Kalau tak xde la darling sampai menjilat daun pisang
Seb baik daun pisang xleh makan
Walaupun daun2 aku cam lari tajuk
Tapi boleh la janji ada daun
Wakakaka lom lagi nak membungkus...mencabar betul
Nak tengok cara-caranya meh SINI



Botok-Botok


Bahan A
Lada kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah kari
Kerisik
Asam jawa
Bahan-bahan tersebut dikisar halus, dan masak tanpa menggunakan minyak

Bahan B
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Garam, gula secukup rasa
Masukkan bahan B ke dalam A dan masaklah sehingga terbit minyak

Ulam-ulaman
Pucuk ubi
Daun mengkudu
Daun kunyit
Daun betik
Daun pisang untuk membungkus
Bila bahan-bahan rempah itu sudah masak asingkan ke dalam mangkuk. Ulam-ulaman disusun, letakkan ikan di atasnya dan bubuh bahan rempah tersebut. Bungkus dengan daun pisang dan kukus sehingga masak.

Get paid RM1000 to be in Busco's Music Video profile image

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in