CIUM ANAK DAPAT PAHALA


Rasanya ramai yg dah baca pasal ni, tapi nak jugak share kat sini.

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam

Kontest Menang Duit Raya

{sticky post}


Berita baik untuk semua
Sapa nak hadiah???
Hahahhaha soklan aku kemain lagi kan
Meh la join

Kontest Menang Duit Raya

Tamat 25 Ogos 2011
Berbaloi-baloi tau!!!
Kontest anjuran Puan Bee

Sapa nak cantik? Jom guna VCO


Bekal Ramadan

Seperti biasa kalau kije malam kena la bawak bekal
Huhuhu x selera ahh dengan lauk cafe
Miahahahhaa aku ke darling yg g kije ni

Oleh kerana kul 3.15 ptg cenggitu bas datang amik
Makanya kena la check-in dapo awal
Kul 1 lebih dah bertapa

Menu rini Kung Pao Ciken, Stir fry Chinese Cabbage+Mushroom versi aku
Buah semangka sebekas
Cipon Kek skali
Kul 11 td baru membaking ni
Tetiba rajin lak huhuh
Cukup la ni untuk buka pose
Sahur nanti pepandai arr darling..makan roti ke..maggi ke

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in