Showing posts with label Mutiara hati. Show all posts
Showing posts with label Mutiara hati. Show all posts

Cantik Di Hati

"Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, 
membuat orang tidak percaya menjadi percaya, 
dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan."

Cantik Di Hati

"Rebutlah kesempatan lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu,waktu lapangmu sebelum sibukmu, masa mudamu sebelum waktu tuamu dan masa kayamu sebelum masa fakirmu."


- HR al-Baihaqi

"Sabar"

Ketahuilah bahawa sabar,

Jika dipandang dalam permasalahan seseorang

adalah ibarat kepala

pada suatu tubuh.


Jika kepalanya hilang

maka keseluruhan tubuh itu

akan membusuk.


Sama halnya

jika kesabaran hilang,

maka keseluruhan permasalahan

akan bertambah buruk

-Saidina 'Ali bin Abi Talib-




Tiga Jenis Kawan



Kawan itu ada tiga jenis:

  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya bermanfaat serta menguntungkan
  2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan
  3. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.

Selamat Hari Jumaat kengkawan

Keistimewaan Hari Jumaat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik dan semulia-mulia hari terbit matahari padanya ialah hari Jumaat.” (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud)

Tidak diragui lagi bahawa sebaik-baik hari bagi orang Islam adalah Jumaat. Pada Jumaat, Allah menciptakan Adam sebagai manusia pertama di muka bumi dan Allah menurunkannya ke bumi juga pada Jumaat.

Pada hari itu jugalah Allah terima taubat Adam yang melanggar larangan-Nya ketika di syurga. Adam wafat pada Jumaat.

Berdasarkan banyak keterangan hadis sahih, diyakini kiamat akan terjadi pada Jumaat. Itulah hari kita bertanggungjawab atas segala amal baik dan buruk yang selama ini kita perlihatkan atau sembunyikan ketika hidup di dunia.

Pada hari itu juga kita akan sengsara dan menyesal untuk selamanya atau sangat bahagia untuk sepanjang masa.

Selain itu, banyak lagi peristiwa penting yang berlaku pada Jumaat yang meninggalkan sejarah untuk kaum Muslimin antaranya kemenangan Nabi Muhammad SAW dalam perang Badar dan sekali gus dapat memasuki kota Makkah.

Sementara pasukan Salahuddin Al-Ayyubi beroleh kemenangan dalam pertempuran Hittin dan berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada cengkaman orang Kristian. Peristiwa lain tidak kurang penting untuk diingati ialah berhasilnya Umar Al-Khattab menyelamatkan kota Palestin.

Kemuncak kepada kemuliaan, keagungan dan kebesaran Jumaat ialah apabila Allah mewajibkan solat fardu Jumaat bagi lelaki sementara hari lain mereka diwajibkan menunaikan solat Zuhur.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Solat Jumaat wajib bagi setiap Muslim, dilaksanakan secara berjemaah kecuali empat golongan iaitu hamba sahaya, orang perempuan, anak kecil dan orang yang sakit.” (Hadis riwayat Abu Dawud dan Al-Hakim)


 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in