Showing posts with label Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Hikmah. Show all posts

Hikmah Berdiam Diri

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh kerana itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.


Kelebihan berdiam diri :
  • Ia menjadi ibadah yang mendapat pahala tanpa susah payah.
  • Ia umpama perhiasan tanpa berhias.
  • Ia umpama kehebatan tanpa kerajaan.
  • Ia umpama benteng tanpa pagar.
  • Ia umpama kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
  • Ia membolehkan istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
  • Ia menutupi segala aib.
  • Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau DIAM”. (Riwayat Bukhari & Muslim)
“Barangsiapa DIAM maka ia terlepas dari bahaya”. (Riwayat At-Tarmizi)
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih, yang mana ianya bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia itu sendiri.


Puasa Memiliki Hikmah Yang Luar Biasa


Di sebalik ujian menahan lapar, dahaga dan hawa nafsu selama kita berpuasa di bulan Ramadhan, ternyata tersirat beberapa manfaat yang luar biasa untuk kesihatan.

Haris bin Kaldah, salah satu doktor yang terkenal dari negara Arab mengatakan, “Menjaga makan adalah ubat daripada penyakit kerana perut adalah punca segala penyakit”.

Dengan berpuasa kandungan perut terkawal dari asakan makanan yang berlebihan yang boleh membahayakan tubuh dan kesihatan.

Tahukah Anda bahawa puasa mampu:

1. Mengurangkan berat badan

Berkurangnya kemasukkan energi atau tenaga kepada orang yang berpuasa, membuat tubuh mencari sumber energi yang tersimpan di di dalam tubuh, iaitu lemak yang tersimpan dalam tubuh untuk dijadikan sumber energi atau tenaga. Tidaklah menghairankan bila setelah 29 atau 30 hari berpuasa, tubuh akan berubah bentuknya dan berkurang berat badan sehingga 4 kg.

2. Mencegah berlaku strok

Puasa juga dapat mengurangi risiko strok kerana dapat memperbaiki kandunag kolesterol dalam darah. Beberapa penelitian yang dilakukan menunjukkan bahawa puasa dapat meningkatkan HDL (high density lipoprotein) dan menurunkan lemak (pembentuk kolesterol LDL -low density lipoprotein- yang merosakan kesihatan).

3. Menurunkan tekanan darah

Pada mereka yang memiliki tekanan darah yang tinggi atau memiliki berat badan yang berlebihan , puasa dapat membantu menurunkan tekanan darah. Namun pemerikasaan dengan doktor berkaitan harus dilakukan untuk penyesuaian penggunaan ubat.

4. Membentuk sel-sel baru

Puasa juga berfungsi untuk menghilangkan sel-sel yang rosak dalam tubuh kita . Rasa lapar pada mereka yang berpuasa menggerakan organ-organ dalaman dalam tubuh kita dan “memakan” sel-sel yang rosak untuk menutupi rasa lapar. pada masa yang sama badan akan menggantikannya dengan sel-sel baru, sehingga boleh kembali berfungsi dan lebih aktiv.

5. Mengurangi risiko kencing manis

Bagi orang sihat, berpuasa dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kencing manis jenis kedua . Hal ini terjadi kerana pengurangan kadar pemakanan secara fisiologi akan mengurangi kitaran hormon insulin dan kadar gula dalam darah. Dengan puasa dapat mengawal kandungan gula dalam darah dengan baik, dapat mencegah penyakit kencing manis yang disebabkan harmon insulin tidak sensitif lagi mengawal kandungan gula darah.

Selama Anda sehat dan mampu berpuasa, lakukan ibadah ini dengan sepenuh hati karena selain pahala yang berlipat ganda manfaat kesehatan pun akan Anda dapatkan. Selamat berpuasa .

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in