Showing posts with label Telemovie. Show all posts
Showing posts with label Telemovie. Show all posts

Runtuhnya Sebuah Dosa

Tragedi tanah runtuh telah menjadi titik baru di dalam kehidupan dua keluarga yang menjalani kehidupan yang berbeza. Shahdan mengahwini Manisa dan mempunyai dua anak iaitu Emelda dan Daniel. Mereka menjalani kehidupan yang sosial manakala Mansur berkahwin dengan Cempaka dan dikurniakan dua anak iaitu Rashidi dan Amira.

Cempaka begitu tabah menghadapi kematian Mansur akibat tragedi itu namun Manisa tidak dapat menghadapi kematian Shahdan. Setelah terjaga dari koma Emelda menginsafi segala perbuatannya dan dia mula rapat dengan Rashidi yang membantunya ke jalan yang benar. Namun Danial tidak dapat menerima perubahan dalam diri Emelda tetapi segalanya berubah setelah dia mendapat bayangan arwah bapanya.

Antara pelakon hebat yang membintangi telefilem arahan Erma Fatima ini antaranya Tiz Zaqyah, Puteri Fatin, Beto Kusyairy, Remy Ishak, Aziz Singah, Azizah Mahzan, Datuk Rahim Razali, Liza Zain.

Sinopsis Telefilem Jangan Hantar Aku Ke Neraka

Emo aku tengok citer ni
Semua pelakon mmg mantap
Rugi sapa tak tengok


Sinopsis Telefilem Jangan Hantar Aku Ke Neraka

Jangan Hantar Aku Ke Neraka adalah telefilem yang emosional menceritakan tentang Mak Jah yang sudah kematian suami.

Dia mempunyai tiga orang anak iaitu Ita, Hamzi dan Zai. Kakak dan abangnya adalah tempat untuk Mak Jah berpaut dan untuk meneruskan hidup.

Anak bongsunya, Zai, sungguh manja dan sejak dari kecil lagi, dia sudah menunjukkan tanda-tanda memiliki sifat-sifat kewanitaan.

Kelemahan dan kecacatan batin Zai membuatkan dia begitu jauh dengan abang dan kakaknya. Niat Rozi ingin menjalinkan hubungan dengan Hamzi juga terkubur kerana bimbang Hamzi membawa baka seperti Zai.


Bagi Ita dan Hamzi, Zai umpama membawa sial dalam hidup dan keluarganya. Mereka tidak tahan lagi menerima cemuhan dari orang kampung yang berpunca dari adiknya.

Ita dan Hamzi mengugut sekiranya Mak Jah tidak menghalau Zai dari rumah, segala duit belanja yang diberikan oleh mereka selama ini akan ditarik balik.

Zai akhirnya membuat keputusan untuk keluar dari rumah tersebut dan mengikut jejak langkah rakannya, Sal, ke Kuala Lumpur.

Di kampung, hati Mak Jah tidak tenteram mengenangkan anaknya setiap hari. Penderitaan yang ditanggung oleh Mak Jah itu menyebabkan dia jatuh sakit dan sentiasa menyebut nama Zai membuatkan Hamzi dan Ita meluat dengan ibu mereka.


Al-fatihah untuk Allahyarham Faizal Yusup

Mak Pengantin Tak Popular

Lalalallalallaa...
Memalam buta ni skang kul 10.22pm @ Doha
Aku layan Mak Pengantin Tak Popular
Ekekekkeke bleh la kan
Ade gak aktiviti
:nggaya:


:nggaya:

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in