Showing posts with label Keguguran. Show all posts
Showing posts with label Keguguran. Show all posts

Pengalaman D&C

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Hmmm macam mana ek nak mulakan...
08/06/2012
Petang jumaat ni masa g toilet cam ada light brown spotting, xde lak rasa sakit ke ape tp mmg sket aje la. Agak risau tapi buat-buat cam biasa je. Darling pun cakap jangan stress

09/06/2012
Pagi-pagi pas bekpes tosei, roti canai, roti telur...hehee bukan la sumer aku yg melantak yek ni utk kami 3 beranak arr, terus la ke Al-Ahli Hospital. Jumpe doc panel pastu dia kuokan surat untuk jumpa OB & Gynaecology. Pehh lama giler menunggu...hari sabtu kan ramai la dengan perut memboyot nak jumpa doktor. Hmmm aku dah macam2 perasaan ada nih. 

Bila sampai dah turn aku doc pun soal selidik terus scan perut, pastu scan kat bawah lak...debaran kian terasa ok. Doc cakap dalam kes aku ni nampak sac membesar tp janin tu kecik dah 10wks tp besarnya mcm 5 wks. Aku dah resah gelisah rasanya toreh muka pun x kuo darah kot. Aku tya lagi any chances? Nampak cam doc senyum aje then dia kata buat official scan so dia kuokan surat refer ke bahagian radiologi.

Masa menunggu nama dipanggil berjujuran gak airmata ni...sedih sangat2. Rasanya mmg xde harapan. Dah lap2 airmata tetap gak meleleh...aduhai. Ya Allah aku terima dugaan ini dan redha. Nama dipanggil lagi skali kena buat transvaginal ultrasound. Kali ni agak lama doc menjelajah kat dalam. Doc ni senyap aje sepanjang ultrasound dijalankan. Aku lagi la tak berani nak bersuara, pas selesai dia kata report akan keluar so aku kena jumpa balik dengan Gynae Dr Sujatha.

Ok be strong Lela...

Dengan langkah dan perasaan macam-macam ni masuk lagi jumpa Dr Sujatha, so dia cakap mmg xde harapan dan kena D&C. Uwaaaaaa takutnya aku request nak telan pil aje biar jatuh snediri. Tp doc cakap takut tak kuo habis nanti kena gak buat D&C. Tapi dia kata balik dulu n set date bila nak cuci. Doc kata dia faham takut we'ol terkejut dengan berita ni kan. Doc kata kalau ok boleh buat monday pasal dia ada. So kami terus setuju...doc panggil staff kat admission isi ape yang patut pastu kena g amik darah lak.....adehhh abis lebam tangan pas kena sedut darah tu.
Pehhh seharian berkampung kat spital dari pagi sampai ke maghrib...seb baik sempat bekpes. Kuo je dari spital terus makan malam. Balik umah aku terus google berkaitan D&C aka cuci rahim


11/06/2012
Seawal 7.50 pagi dah ada kat Al-Ahli Hospital dok jap menanti tepat 8.00 pagi. Pastu ada one lady bawak ke wad duduk sementara tunggu nurse datang nonton tv huhuhu. Pas nurse datang bg gaun spital soh pass urine dia masukkan la ubat kat tuttttttt. Awwww hehehhe xde la sakit sangat terkezut je. Cucuk kat tangan ni masukkan ubat n air. Almaklum dr kul 12 malam kena puasa kan. Oh ya masuk ubat kat tuttt adalah untuk bukak serviks yek puan-puan sekalian. Pukul 9.30 am doktor Sujatha datang tanya ada rasa sakit tak...hmmm xde rasa pape pun. So dia kata dalam kul 11.30pagi nanti dah boleh masuk dalam bilik OT. Nurse memang sentiasa masuk dalam bilik check la kan...dia tanya rasa sakit tak aku cakap ada la rasa sket kat ari-ari. Dia bagi la aku telan 2 biji pil pastu air leh one sip aje muahahhaa mana cukup kan aku lak jenis kalau sebiji pil kena satu mug air. Dengan muka kesian aku mintak 2 teguk air ekekkeke
Najlaa la paling suka tengok plaster kat tangan ada gambo bear. Dia ingat la tu masa dia kena dok wad last year kan tampal gambo bear gak.
Empuk je katil ni hahahha suka gilos aku dok dalam wad sila la percaya hahahhaa. Senyum jangan tak senyum yek mata makin layu pas telan ubat masa ni aku soh darling bawak najlaa g cafe dulu ada dekat 2 jam lagi baru operasi dijalankan. Baik aku lelap sebentar kannnnnnnnnn
 
Nampak tu kepala dah diserkup...dah pindah katil nak kena tolak masuk dalam bilik OT. Senyum lagi dalam hati sapa yang tau. Macam-macam ayat aku baca ni huhuhu seremmmm uols. Dalam bilik tu kemain sejuk lagi. Nampak lak ada 2 besi yg cam nak letakkan kan kaki...hadoiii kena kangkang la nanti ni. Tak pernah menghadapi situasi camni, masa beranak najlaa dulu belah je perut. Seb baik la nurse sekalian buat lawak terhibur gak le aku. Masa tu aku nmpak dalam kul 11.50 am, walaupun samar-samar iyer la kan spek dh kena bukak tp aku pun dengar nurse sebut kul 11.50am dorang kan nak kena rekod kan. ada 2 orang nurse pegang kaki...sorang dah nak masukkan ubat kat tangan. Aku dengar sore dia kata u will sleep... masuk satu dos..pastu satu dos lagi masih sedar...kali ketiga nampak ubat kaler putih beso lak shringe tu bila nurse masukkan ubat ada rasa sakit bila ubat menjalar kat tangan dan ZZZzzzzzzzz

Tetiba rasa ada orang tepuk-tepuk pipi pastu dia cakap dah siap. Jap lagi nak anto masuk bilik dan aku nampak jam kat dinding tepat kul 1.00pm. Okey la korang cakap la ape pun aku nak tido ni mata punya la berat cam ada gam. Masa sampai kat bilik aku dengar nurse cakap ngan darling. Aku lebih selesa tido ni hahahhaa tilam empuk dan zzzzzzzZZZzz lagi. Ntah kul bape nurse datang bilik aku cam dengar sore dia kata nanti pukul 3.00 petang baru leh makan. Iyer la...iyer la aku nak tido dulu muahahaha. So dengan rasminya sedar diri pukul 3.00 petang tu la baru makan. Lupa lak nak snap gambo makanan. Punya la lapar kan....nasi ape tah kaler kuning nak kata beriyani cam xde lak rasa. Pastu ayam grilled kot cucuk je kat lidi ala2 sate gitu dengan bawang n tomato, Ada sup sweet & corn...erkkk x sedap, buah2an, wedges n salad. Ok la alas perut dulu ye.
Pas melantak tu doc datang check... aku cakap la rasa sakit kat ari-ari cam sakit period tu tp very light la. Doc tekan-tekan perut dia kata normal je ni, kan pg tadi masuk ubat utk bukak serviks pastu kena godek2 nak kuokan ape yg ada kat dalam tu n skang proses nak menguncup semula. Doc check gak tengok darah kat pad so dia kata akan kuo darah 3-4 hari. Nurse bagi telan panadol untuk kurangkan rasa sakit. Doc kata buleh discaj pas dia siapkan report. Alhamdulillah takyah la tido spital...kiranya daycare aje
Ni la kekuatan aku...thanks darling n lovely doter. Cian najlaa seharian dok spital tunggu mama. Tapi dia ok je happy huhuhu bawak ipad so macam2 dia leh layan dgn wifi spital. Kejapkan duduk, baring la melompat macam-macam aktiviti.

Pukul 5 lebih dah discaj g pharmacy amik ubat terus la balik umah. Hehehehe kena la berpantang kan. Pas mandi terus la sapu losyen...Seb baik kat umah mmg ada losyen mustajab pati halia, satu badan aku lumur kasi panas pastu pakai stokin. 

12/06/2012
Hari pertama berpantang menu sup ikan merah, boh kentang n carrot halia kasi lebih. Ehh ada lagi ikan tenggiri goreng asam. Senang je pun goreng je ikan cam biasa pastu tumis halia, bawang putih ngan bawang besar sampai harum dan layu, pastu masukkan air asam jawa boh garam dan masukkan ikan biarkan seketika...angkat dan makan dengan nasi panas2. Nyaman!! Huhuhu ape la lagi ek menu sedap..ayam bakar lada hitam nanti la cari ayam pastu steam veggie. Kat dalam esbok ada burung puyuh nanti la google nak masak ape. Bubur dengan bilis goreng sedap gak ni. Bestnya kalau dapat cencaru bakar, tp kat sini cam x penah lak jumpe ikan caru.

Korang yang berpantang makan ape je ek? Sila share 




 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in