Gara-gara Asam Pedas Untuk Dia

Salam semua
Lama hakak menyepikan
Kemalasan ni ntah le tatau dah nak cakap apa
Bukan la tak menjengah ke blog
Tapi bila hajat nak up entry terus terkubur

Hah sapa tengok drama 
Asam Pedas Untuk Dia
Huihhh senyum-senyum aku tengok drama 
setiap sabtu dan ahad jam 7 malam 
Gara-gara citer in le aku terliur dengan kuih koci
Kalu kat kg halaman boleh je beli dengan MakWok sblh umah
Pehh memang mantap kuih koci MakWok selain kuih tepung gomak

Makanya gigih la gugel resepi
Rata-rata blogger buat kuih koci guna pulut hitam dan putih
Alahai aku takde la plak pulut hitam
Kedai Indonesia kat sini tengah renovate lak
Kalau tak boleh dah beli tepung ketan hitam

Tengah menyelak satu-satu blog nampak resepi kuih koci pandan KakYatie
Yeaaaaa guna tepung pulut biasa
Cuma guna air pandan nak kasi kaler hijau
Aku tak guna daun pandan

Dan ini la hasilnya
Oh!!!! sedapnya la haiiiii
Habis dah mengidam kihkihkih



Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 2 1/2 cwn tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat (kisar dngn 3 helai daun pandan dan tapiskan)
  • pewarna hijau dan perisa pandan 
BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa parut putih, yg muda lagi sedap
  • 1 ketul gula Melaka
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cwn isi durian (kita tak letak pun)
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
Cara-cara

UNTUK INTI:-
  1. Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
  2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Masukkan daun pandan, isi durian dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
  4. Angkat dan sejukkan.
UNTUK DOH:-
  1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum.
  2. Tuang santan yg di campur dngn sedikit garam sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Jika kurang santan tambah sedikit lagi. Ketepikan dulu.
UNTUK MEMBUAT KUIH KOCI:-
  1. Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
  2. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  3. Tutup inti dgn doh dan celupkan dngn sedikit minyak.
  4. Kemudian lipat daun seperti biasa.
  5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kuih masing2
Selamat mencuba!!

6 Gtau jek:

norhidana miswan said...

rajin nyer ko kak, dana tak penah bt koci... kuih2 manis dana mmg tak berapa pandai bt... mmg fail selalu bt...

Nurzakiah Hanum said...

rajinya

Lelord said...

Seb baik jadi hahahah pestaim buat, cuma dadih santan tu darling kata kena masin kan sket. Miahahaha dh dia kuat masin kan

Lelord said...

Hanum teringin pya pasal la ni

Kniedaz said...

wah..sedapnya kuih koci..lama gak tak makan...dulu2 selalu buat ngan mak kat kampung..nak kena buat juga ni

Lelord said...

Heheeh ayuhhhh

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in