5 Perkara Jejas Keindahan Bibir

Pesona bibir cukup berperanan dalam penampilan sesorang. Sebab itulah, lipstik antara alat kosmetik yang takkan dilupakan oleh wanita malah sentiasa ada bersama mereka.

Dalam hal ini juga bibir juga memerlukan penjagaan, kerana ia mudah saja terjejas. Ini kerana lapisan bibir sangat tipis berbanding bahagian kulit yang lain. Pada bahagian bibir tidak terdapat kelenjar lemak dan tidak ditumbuhi rambut-rambut halus yang dapat melindunginya.

Berikut ini beberapa perkara yang perlu diperhatikan kerana boleh menyebabkan bibir rosak.
1. Lipstik tidak sesuai
Lipstik atau kosmetik lain untuk bibir yang tidak sesuai atau tamat tempoh akan mudah menyebabkan bibir mengalami masalah seperti gatal-gatal, kemerahan dan sebagainya. Sebaiknya, sebelum membeli barangan kosmetik, perhatikan kandungan yang terdapat di dalamnya. Lihat sama ada sudah tamat tempoh atau jika nampak kandungan sudah berubah warna misalnya, buang atau jangan di guna.
2. Alat kosmetik tercemar
Jaga selalu kebersihan kosmetik agar tidak menjadi tempat pembiakan bakteria, simpan di tempat yang sepatutnya dan bersihkan bibir sebelum menggunakan lipstik agar kotoran yang ada pada bibir tidak berpindah pada lipstik berkenaan.
3. Menggigit bibir
Kebiasaan menggigit bibir, membuka sesuatu menggunakan gigi atau membasahi bibir dengan air liur harus dihindari. Tabiat ini boleh menyebabkan bibir menjadi pecah-pecah dan luka. Sebaiknya, hentikan tabiat ini segera.
4. Gaya hidup tidak sihat
Seiring bertambahnya umur, kandungan kolagen pada bibir ikut menurun sehingga bibir tidak lagi kenyal. Sekali gus menyebabkan munculnya garis-garis halus, kedutan pada bahagian bibir. Ditambah dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan makanan dan minuman tidak seimbang dan sebagainya lagi. Oleh itu, kurangkan mengambil makanan tidak sihat terutama makanan segera, bergoreng atau pengambilan kafein. Selain itu, hentikan tabiat merokok dan banyakkan mengambil buah-buahan dan sayuran terutama yang banyak mengandungi vitamin B dan C yang sangat baik agar bibir terlihat segar.
5. Sinar ultra ungu
Sinar ultra ungu yang terdapat pada sinar matahari ini boleh merosakkan bibir terutama menyebabkan pecah-pecah terbakar, bengkak atau timbul bintik-bintik kecoklatan. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan kolagen yang terhasil turut musnah.

Justeru, mudah berlakunya kedutan terutama pada bibir. Sapukan pelembap bibir yang mengandungi SPF 15 jika hendak keluar rumah. Pastikan anda kerap menyapu pelembap terutama bagi yang banyak aktiviti luar.

****aku jarang pakai gincu2 ni...tetiap hari mmg tenyeh lip defense sebamed, takpun lip conditioner MAC


Seni Ciuman Lebih Indah Dari Kata-kata

Hahahahhaha mesti laju-laju korang belek belog aku kan..kan...
Ni hah mcm2 masuk dlm email
Tak nampak ek???
Takpe....kasi beso sket

Tadaaaaaaaaaaaaaaaa
Lebih detail korang klik aje la link yg diberi tu  
Seni Ciuman Lebih Indah Dari Kata-kata
Ketahui bagaimana pasangan yang
hampir bercerai menyemarakkan kembali
asmara yang telah pudar dan menyelamatkan
rumahtangga mereka hanya dengan mempelajari
dan memantapkan teknik ciuman !!
 
Biar Betik?
 
Lagi info menarik:
 





2012....Bermula Episod Baru

Selamat Tahun Baru uols
Apa azam korang?
Azam 2011 terlaksana ke?
Mudah-mudahan di tahun 2012 ni episod baru bermula dengan baik insyaallah
Apa yang korang buat di ambang wati hehehhee

Kami kat Handasaa buat bacaan yassin
Hehhehee bukan ramai pun 
Iyer la dah selalu petang2 pas maghrib asik melepak kat taman astakona kan
Pas bacaan yassin...sessi makan2 je
Tuan umah sediakan lontong
Aku bawak English Cake...beli jek hahhaha x sempat uols nak membaking
Pas makan-makan layan Ombak Rindu lak
Huhuhu tengok ramai2 x fokus
Seb baik dah tengok kelmarin ngan darling
 
Huhuhu mak yong sampai melunjur kaki nonton

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in