Tuesday, May 25, 2010

Tips Untuk Jadi Suami / Isteri Romantik

Tips yang boleh diamalkan oleh suami/isteri dalam usaha untuk mengecapi rumahtangga yang romatik, ceria dan bahagia selamanya.

Berikut adalah 6 tips yang dimaksudkan. Sama-samalah kita cuba untuk mengamalkannya :

  1. Isteri hendaklah bijak mengemas bilik tidur untuk mewujudkan suasana romatik. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romatik yang ada dapat disuburkan.
  2. Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik dan bau-bauan yang menyenangkan suami.
  3. Jangan malu menggunakan ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti lazimnya ungkapan cinta banyak diungkapkan pasangan yang hangat bercinta.
  4. Di celah kesibukan dengan kerjaya dan urusan rumahtangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan tanpa gangguan anak.
  5. Pada ketika tertentu, layangkan kad ucapan mengandungi kata-kata romatik yang penuh kasih sayang kepada pasangan.
  6. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah itu. Usah biarkan masalah berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.

3 comments:

  1. tq lela for the info...~i like!

    ReplyDelete
  2. tetibe je rase macam nak kembali ke zaman romantik2 mcm dolu2 lepas bace n3 nie.. heheh

    ReplyDelete
  3. Izan : i loike oso

    Ena : huhuhu suke tgk couple mat salleh..dh tuo tp still in romatic mode

    ReplyDelete