Riang Ria Gembira Bersama Di Global Village

Bila dah nak masuk musim sejuk ni
Terbina la segala bangunan di Global Village, Dubai
Memacam ada kat sini dari makanan, pakaian, tempat hiburan ala fun fair 
Ramai ooo datang lagi malam lagi la ramai
Najlaa dan Najwaa kat pintu masuk sementara tunggu papa g beli tiket
Sorang AED15, onteng kinteng Najwaa je free
Masuk-masuk je nampak bas beso
Chakkkk
Amboiii kakak...ni kalau pakai dress kompom feeling princess
Tomyam sedappp
Tiap kali pegi Global Village mmg nak pekena tomyam thai ni
Pak arab mak arab pun suka tau
Anak-anak layan eskem turki
Video kena main dgn tukang eskem ada kat fb heheheh
Lepak santai sambil minum Karak Tea
Nampak tu KLCC ada kat Dubai
Ohhh rindu Malaysia
Eiffel Tower pun adooo
Seronok Najlaa nampak perkataan Malaysia
Masuk gak la nak tengok apa yang dijual
Mm sama je mcm dulu kit kilat keta, biskut oat apa tah jenamanya tu x perasan
Seb baik ada satu kiosk jual barangan kraftangan Malaysia cam wau bulan, batik, congkak
Baru la Truly Malaysia kan

Lainkali dah betul sejuk nak pegi lagi heheeheh

Kemenangan Di Bulan November

Salam siaran
Rajin pulak sekarang join contest
Lebih-lebih lagi bila menang
Macam nak lompat bintang
Kalau syarat-syarat senang semestinya ku join
Cuma bab votes je x berapa gemar hehehehe

#CimbMovember @CIMB Malaysia

#NatyMoments @Choitrams


@Watsons Malaysia

@Bossini UAE

#LelaMenangHadiah

Lepas ni makin gigih la hakak join segala Contest/Giveaway


Musim Sejuk Akan Kembali....Berangin

Sekarang best je bila turun tunggu bas
Sang angin menyapa kulit muka
Dan rambut kinteng Najwaa semakin mengerbang kalau tak diikat
Hahahahaaaa

Ini bermakna musin sejuk akan menjengah tak lama lagi
Bermula la nanti dengan segala stokin dan baju sejuk

Bila dah x berapa panas ni boleh la layankan sekejap najwaa kat park bawah umah ni 
lepas anto kakak naik bas sekolah
Jengah-jengah tengok pokok
Seronok aje si Najwaa bila turun ke bawah



Roti Tembikai

Untuk yang tak makan tembikai macam aku boleh la makan tembikai ni
Hehehehe
Roti Tembikai...roti semangka..watermelon bread
Excited uiiii aku nak membako watermelon bread ni
Kalau tak jadi kena la humban dalam tong sampah
Selepas proses mengembangkan roti
Masuk dalam oven bersauna
Tiap saat tiap detik mata tak lekang memandang oven
Bila dah bunyik "ting" laju je nak tengok hasilnya
Keluarkan dari loyang
Sejukkan di redai
Ayuhhh kita potong
Alhamdulillah kejadiannya cantik, lembut, 
cuma di lain waktu kaler kena terang sedikit kot

Resepi Roti Tembikai
2 cawan tepung
3/4 cawan air suam atau susu suam
2st yis
2sb gula
4st mentega
1 biji kuning telur


Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagikan 200g doh dah warnakan merah, 100g doh warna hijau, dan 100g doh biasa. Canaikan doh warna merah dan sama panjang ukuran loyang taburkan kismis kemudian gulung. Canai doh asas, letakkan doh merah dan gulung. Canai doh warna hijau kemudian letak doh merah dan doh asas kemudian gulung. Masukkan dalam loaf tin dan tunggu doh naik 40 minit. Bakar pada suhu 180'c dan bakar lebih kurang 20-25minit

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in