Suka-suki Pakai Henna

Cenggini la bila takde menda nak buat
Huhh padahal banyak lagi kat umah ni kerja
Tangan gumok ni tau dah kan kepunyaan sapa ahahahaa
Najlaa kata nak flower dengan butterfly
Wakakakaa xde rupa sangat pun
Boleh la tu
Sebelah tangan lagi buatkan flower
Tangan chumil tu Najwaa 
Ehh pandai lak dia dok diam
Bab melaram memang no. 1
Tapi setengah jam je
Sian lak tangan kejung atas meje
Heheheheheee suka dia
"Paaaa antekkkkk"
Tunggu le papa balik dr site rabu nanti baru leh tunjuk
Terkini!!!
Wahhhh dah merah la

Aidil Adha Di Perantauan

Eid Mubarak
Untuk kesekian kalinya Hari Raya Qurban di perantauan
Takpe la kan lagipun Hari Raya Aidilfitri kan tiap tahun kat Malaysia

Ni je juadah kami
Gigih gugel hahahaha almaklum la 
Nasi Hujan Panas Ribut Petir hehehe seb baik jadi
Ayam masak merah, pajeri nenas, papadom, kek marble
Sedap gak lauk cenggini
Kombinasi mantap haahahaha angkat bakul
Hajat hati nak ke embassy
Tapi nak buat camne anak2 bangun kul 8 pagi
Dah lepas makan juadah terhebat air tangan sendiri tetiba darling kata jom jalan Dubai
Ehhh boleh saja
Singgah jap National Mosque, Sheikh Zayed Mosque
Tapi tak dapat nak masuk pun
Pintu pagar tutup, siap ada askar lagi jaga
Ku tengok ramai gak orang datang makanya ambil aje gambo kat luar
Lengkali la kita pegi
Boleh la kan dari takde gambo
Ke Dubai tu memang tujuan JJCM
Mula tu kami ke Maraheb tp tutup untuk lak
Gugel la kat mana lagi ada yemeni cuisine
Makanya menjelajah la ke Turath Almandi kat Jumeirah Beach
Haishhhh pesal lak mata mandang ke lain tu
Teruja kakak dengan air biru
Dah 3 tempat kami g makan yemeni cuisine
Lengkali aku up pasal makanan yaman ek
Selesai makan kita putar-putar keliling kota hehehehe
Memang xde g mall pun
Lepas pusing-pusing kembali la ke Abu Dhabi
Singgah jap kat Yas Island
Dah sampai Abu Dhabi pun ni, Sarayat Beach kot tempat ni
Ingat nak ke tempat yg ada layang-layang beso tu tapi tutup lak ada ntah nk buat apa
Lagipun tatau celah mana nk masuk situ
Hahahahaa bergambo aje la kejap
Ada la pengunjung yg wat bbq, tengah mancing, terjun tiruk
Kami posing je lalalalalaa
Subhanallah
Cantik sangat


Roti Beruang Untuk Najlaa

Ehh rajin pulak sekarang ni buat roti
Anak-anak suka layankan aje
Lagipun kat sini bukan ada bun macam kat Malaysian nun
Gigih la buat bentuk bear ni
Najlaa dan Najwaa teruja
Ni roti gula untuk anak tekakku
Bento najlaa hari ni ada 4 ekor bear
Najlaa makan 2 je rasanya
2 lagi mesti ada kawan yang nak rasa

Resepi Roti Bear
2 cawan tepung
3/4 cawan air suam atau susu suam
2st yis
2sb gula
4st mentega
1 biji kuning telur
2sb Serbuk koko

Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 8 bebola kecil setiap satu doh 35g dan bulat-bulatkan, 16 bebola kecil setiap satu 2g untuk telinga bear di atas dulang pembakar, untuk lekatkan telingan sapukan susu pekat. Biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Kemudian gliss dengan butter. Pipekan coklat yang dicairkan untuk melukis mata, hidung dan mulut

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Puding Sedut Selembut Sutera

Tengah "in" sekarang ni puding sedut
Makanya teringin gak la nak buat kan
Terjah ke blog Kak Azlita Masam Manis
Cantik je tersusun puding sedut Kak Ita ni tau
Aku punya cantik gak la walaupun bercampur-aduk
Haishhh gagal dalam nak melapis puding sedut selembut sutera ni
Tapi sedap weiii lembut lembik je lalu dalam kerongkong
Sejukkkkkkk
Korang boleh buat ikut suka la perasa apa
Yang aku buat ni strawberi, blueberi, coklat dan mocha


Bahan-bahan
1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ strawberry paste / emulco , pandan paste / emulco atau lain-lain perisa


Cara-caraSatukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk
Kacau rata
Masak atas dapur hingga mendidih
Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa
Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan paste pandan, warna kuning dengan pineapple dan pink dengan strawberry

Sediakan botol kaca secukupnya
Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan
Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan
Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna
Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw

Jom Meroti

Salam siaran dari Abu Dhabi
Assalamualaikum
Timbul tenggelam aje kan
Bila sekolah nak mula ni asik la memikirkan bekal untuk Najlaa
Kat facebook dengan instagram 
asik la roti-roti sedap cantik menawan lalulalang
Kalau la dekat order je

Bermula la operasi meroti
Tak banyak pun buat 250g je dptla 9 ketul roti
Cukup la kan bukan ramai ahli pun

Ni yang memula buat
Roti sardin, roti sosej, roti coklat dgn roti keju
Ni batch kedua esok harinya la
Ooo ni bukan uli tangan tau
Mana kuat nk hempuk2 doh tu
Semuanya humban dalam Bread maker
Senang kan boleh jadi bekal najlaa g sekolah
Haaaaa nampak ni
Masih dalam proses belajar
Kena rajin meroti lagi ni
Setakat ni boleh la kan buat makan anak beranak
Nk order???
Eh takyah la korang order dengan bakery sudaaaa

Kembali Ke Sekolah

Maka berakhirlah cuti musim panas berbulan-bulan
Kembali la ke sekolah walaupun masih panas
Tak sabar lak nak tunggu musim sejuk walaupun tiada salji yang turun
Sempat berposing tepi bas hahahahaa
Dalam Lulu Hypermarket menyoping barang sekolah
Ni antara supply list yg sekolah soh beli
Tu buku kulit tebal A4 size
Zaman aku sekolah dulu KH je guna ni tu pun dah tingkatan
Buku nota single line dengan 4 line ada memacam gambo
Pilih saja
Kihkihkih puas membelek najlaa jerit 
"mama ni Malaysia punya"
Bahek la meh la beli barangan buatan Malaysia
Satu pack ada 3 buah buku rega 22 dirham x silap
Hohoho yang mahal benonya gambo tu je....
Sopeah the First dengan Doc Mc' Stuffin
Lagi barang lain A4 satu reem, A4 kaler, glue stick, gam biasa, 
fail kekaler, krayon,  tanah liat, tissue, bacterial tissue, zipper plastic bag
Nak sangat kan tulis kat sticker
Hah tulis cecantik sket ye!!
Tayangan Back To School Bento
๐Ÿ“– Egg Sandwich
✏️ Cheese Stick
๐Ÿช Oreo
๐ŸŽ Apple
๐Ÿน Mix Fruit Drink


 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in