Tat Nenas Sedap

Salam siaran
Tayang tat nenas muahahahaa
Tahun Baru Cina dah lepas
Aidilfitri lom sampai lagi
Ngehngeh hakak buat je la kuit tat ni
Tekak yg macam-macam kan
Tak susah mana pun kan
Bolat-bolatkan leper jap isi inti nenas bolatkan semula
Kelar aje dengan pisau
Sapu kuning telur
Ni tat nenas munger Najlaa
Takde acu tat xpe
Kita tekap je pakai cutter bentuk bunga
Masuk je dlm silicon mould 
tekan sket tengah tu boh la inti gemok mana nak


  • 250 GM BUTTER (SEBUKU BUTTER)
  • 3 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS
  • ½ SUDU KECIL ESEN VANILA
  • 1 BIJI KUNING TELUR
  • 40 GM TEPUNG JAGUNG DIAYAK
  • 370 GM TEPUNG GANDUM DIAYAK
  • SECUKUP INTI NENAS 

UNTUK SAPUAN ATAS TART
  • 1 BIJI KUNING TELUR YG KECIL + 1 SUDU BESAR SUSU SEGA

CARA2NYA

1. SATUKAN BUTTER, SUSU, ESEN DAN KUNING TELUR. PUKUL DENGAN KELAJUAN TINGGI HINGGA KEMBANG BERSATU. (Aku godak dengan senduk kayu je)

2. MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT2 DAN ULI HINGGA MENJADI SATU DOH LEMBUT. BENTUKKAN BULAT2 ATAU NAK TERAP SUKA HATI LAA YERR HUHU. 

3. KALAU BUAT MCM DALAM GAMBAR DIATAS MASUKAN INTI KEMUDIAN BULATKAN DOH, KELAE_KELAR JE DENGAN PISAU. BUAT SAMPAI HABIS DAN SAPU KUNING TELUR DIATASNYA.

4. BAKAR PADA SUHU 170C SELAMA 20 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. 

SELAMAT MENCUBA!!!

SUMBER : BLOG ADY
OLAHAN : PUTERI MANJA

Happy Chinese New Year - Gong Xi Fa Cai

Selamat Tahun Baru Cina
Happy Chinese New Year
Gong Xi Fa Cai
Xin Nian Kuai Le

Wish all Chinese friends & family a very happy 
and prosperous The Year of Goat/Sheep
Makanya bento Najlaa arini temanya kambing ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Roti sapu nutella je
Yang bergulung tu ala-ala tanduk kambing la
Ke sekolah arini dengan cheongsam biru
Ni bento minggu-mingu lepas
Tema kambin gak
Shaun The Sheep heehhee

Bento Najlaa Di Awal 2015


Kempen jom bawa bekal ke sekolah
Hehehehe mula terjebak dengan bento-bento ni September 2014
Bermakna sejak Najlaa sekolah
Bekal biasa-biasa je
Najlaa jarang bawa nasi, 
bukannya aku tanak masak tp dah najlaa x makan 
Bekal selalunya roti, bihun, spaghetti,
 pasta cecantik berbentuk bagai, beger, pizza
Fuhhh selera tekak dia

Ada gak la tutorial camne nk menggubah meh SINI
Lengkali mamanajlaa buat tuto lagi yek
Meh skodeng ig hakak LelaLelord

Gara-gara Asam Pedas Untuk Dia

Salam semua
Lama hakak menyepikan
Kemalasan ni ntah le tatau dah nak cakap apa
Bukan la tak menjengah ke blog
Tapi bila hajat nak up entry terus terkubur

Hah sapa tengok drama 
Asam Pedas Untuk Dia
Huihhh senyum-senyum aku tengok drama 
setiap sabtu dan ahad jam 7 malam 
Gara-gara citer in le aku terliur dengan kuih koci
Kalu kat kg halaman boleh je beli dengan MakWok sblh umah
Pehh memang mantap kuih koci MakWok selain kuih tepung gomak

Makanya gigih la gugel resepi
Rata-rata blogger buat kuih koci guna pulut hitam dan putih
Alahai aku takde la plak pulut hitam
Kedai Indonesia kat sini tengah renovate lak
Kalau tak boleh dah beli tepung ketan hitam

Tengah menyelak satu-satu blog nampak resepi kuih koci pandan KakYatie
Yeaaaaa guna tepung pulut biasa
Cuma guna air pandan nak kasi kaler hijau
Aku tak guna daun pandan

Dan ini la hasilnya
Oh!!!! sedapnya la haiiiii
Habis dah mengidam kihkihkih



Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
  • 2 1/2 cwn tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 1/2 cawan santan sederhana pekat (kisar dngn 3 helai daun pandan dan tapiskan)
  • pewarna hijau dan perisa pandan 
BAHAN2 UNTUK INTI:-
  • 1 biji kelapa parut putih, yg muda lagi sedap
  • 1 ketul gula Melaka
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cwn isi durian (kita tak letak pun)
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
  • Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
  • Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
Cara-cara

UNTUK INTI:-
  1. Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
  2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Masukkan daun pandan, isi durian dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
  4. Angkat dan sejukkan.
UNTUK DOH:-
  1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum.
  2. Tuang santan yg di campur dngn sedikit garam sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  3. Jika kurang santan tambah sedikit lagi. Ketepikan dulu.
UNTUK MEMBUAT KUIH KOCI:-
  1. Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi.
  2. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
  3. Tutup inti dgn doh dan celupkan dngn sedikit minyak.
  4. Kemudian lipat daun seperti biasa.
  5. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kuih koci bergantung pada saiz kuih masing2
Selamat mencuba!!

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in