Colek Buah, Rojak Buah...Mana-mana Aje la

Fuhhh tekak oiiii
Terbayang nk mkn rojak buah
Dapat lak pelam muda
Cari nenas
Cari sengkuang tak jumpa lak
Ehh cukup la tu kan janji ada buah
Cari resepi colek buah
Dannnnn
Meleleh air liur sapa yg tengok ni
Hahahahaha
Nah sapa nak resepi, aku skodeng kat blog Kak DJ
Semua bahan aku ikut kecuali bijan je yg takde
Pastu sukatan aku agak-agak je
Yang penting memang sedappp

Sos Kuah Rojak/Rojak Petis(homemade)

bahan-bahan : 
  • 1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)
  • 300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
  • gula pasir secukupnya jika perlu
  • 1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
  • 1/2 botol kecil sos cili
  • 3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - DJ menggunakan cili asli Walfood
  • bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
  • 125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)
Cara-cara :
  • Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
  • Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin. 
  • Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
  • Tutupkan api. Biar ia sejuk.
  • Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit. Selamat mencuba!


  • MH370...Doa Buat Mereka

    ﺍﻧﺎ ﻟﻠﻪ ﻭﺍﻧﺎ ﺍﻟﻴﻪ ﺭﺍﺟﻌﻮﻥ .
    ﺑِﺴْﻢِ ﭐﻟﻠَّﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ
    ﭐﻟْﺤَﻤْﺪُ ﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِّ ﭐﻟْﻌَـﻠَﻤِﻴﻦ۞
    ﭐﻟﺮَّﺣْﻤَـﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِﻴﻢ۞
    ﻣَـﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﭐﻟﺪِّﻳﻦ۞
    ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﺪُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴﻦُ۞
    ﭐﻫْﺪِﻧَﺎ ﭐﻟﺼِّﺮَﻁَ ﭐﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴﻢَ۞
    ﺻِﺮَﻁَ ﭐﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ۞
    ﻏَﻴْﺮِ ﭐﻟْﻤَﻐْﻀُﻮﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢْ ﻭَﻻَ ﭐﻟﻀَّﺎۤﻟِّﻴﻦَ۞
    Al-fatihah dan takziah
    Pusara di lautan
    Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul
    Semoga diberi kekuatan dan ketabahan buat semua

    #moment of sadness
    #MH370 remains in our heart

    Najwaa Melebarkan Sayap

    Fuhhh gegirl sorang ni kemain lasak lagi
    Memang beza la dengan kakak najlaa
    Walaupun cuma berguling meniarap aje
    Rata dah najwaa meronda huhuhu
    Kawasan jajahan ada bawah sofa
    Tatau le apa yg best sangat
    Seronok agaknya berguling bawah sofa
    Tersangkut pastu menjerit melalak
    Hahahahaha adalag satu kepuasan pada dia
    Amboii dah macam wrestler dah dik 
    Mula elok je ngadap ipad dengan kakak
    Tetiba dengar kakak dah jerit
    Adik hempap kakak wakakakakaa
    Tarikh 14/3/14 tu ada kali ke-4 berguling masuk sofa
    Kali pertama memang x sempat nak snap
    Huhuhu panic uolllsss
    Dengar je dah jerit kepala sangkut sofa hihihihi
    Selain dari berguling bawah sofa, kawasan jajahan lain adalah rak tv
    Sedap aje dia lap rak dengan mulut n lidah
    Adoiii dikk tolong la jangan buat lagi
    Cobaan nak amik remote tv
    Skang dah x boleh nak letak merata dah
    Kalau tak ada yg jd bahan kunyahan

    Nak Bertindik Pulak

    Hah sapa la lagi kan opkos la Najlaa takkan si Najwaa kot
    Dari minggu lepas Najlaa dah bunyik cakap nak pakai earing
    Aku soh bawak bersabor dulu x dilayannya
    Lagipun kan bulan 6 nak balik mesia kan

    Puas dah pujuk
    Merajuk
    Ewahhh ngada betul
    Aku bukan ape takut dia melalak aje
    Aku dulu masa baby kot rasanya bidan kampung tindik
    Pastu bila dah beso sket aku g tambah lg satu..x silap masa zaman blajo kat ITM Segamat
    Dah sampai kat UiTM Shah Alam tambah lg satu wakakakaka buat sendiri tp housemate la yg cucukkan
    Dah kije tambah lagi adoiii g kedai emas buat atas tinger...ni sumer pengaruh
    Muahahahha sampai arwah abah sound... Dah mcm k*****

    Dah bila asik berzikir pasal nak tindik papa pun malas dah nak pikir
    Bawak aje g spital
    Lagipun ada appointment najwaa nak jab end of 6 months
    Hah tu dia tindik aje pun AED350
    Ni masa nurse boh krim kat tinge
    Tadaaaaa
    Kemain lagi bila dah siap
    Awal tu pucat gak muka
    Doktor laki lak tu yg buat
    Aku seram gak
    Dah le nurse pegang muka dia
    Agaknya supaya x bergerak la kan
    Aku gugel anak2 mat saleh piercing xde lak pegang2 muka huhuhu
    Terus je org tu ketap
    Ni la pilihan dia kecit molek je
    Memang buat duit btul
    Masa pilih earing nampak kat tag harga AED13.65 aje 
    Ok la gaknya krim nk kasi kebas mahal kot
    Hahahahaa
    Lepas tindik ty jap2 aku tya sakit tak
    Kang lepas sejam dua tya lagi
    Selepas sehari najlaa kata mmg tinger x sakit pun
    Tu la agaknya mahal kot tu yg x sakit
    Ok baiiii

    Bila Mula Makanan Pejal Sembelit Pulak

    Haluuuu
    Entri sebelum ni berkenaan Si Onteng Omell yang dah mula solid food
    Aku ikut la 4 day rules dengan puri epal+kurma
    Cenggitu la yg maklumat yg aku google
    Semuanya berjalan lancar
    Lepas 4 hari menu tukar ke Puri Avokado lak
    Hari pertama tu najwaa makan sket je
    Mungkin sebab dah lain lak rasa kot
    Aku dalam kepala dah plan pas puri avokado bleh la try pisang, pear, prun ke kan

    Tapi...alahaiii najwaa menangis meneran
    Kesian aku tengoknya terangkat punggung
    Dah sapukan minyak, urutan kat perut masih tak berjaya
    Panik dah mama dia
    Bila teran nampak la stool cuma xleh kuo
    Terpaksa la aku pull out
    Uwaaa ciannya anak aku
    Walaupun aku tolong dengan cara tu tapi stool masih ada la kan kan dalam
    Bila masuk hari ke-3 aku x sanggup dah
    Seb baik darling last off day
    Bergegas la ke Burjeel Hospital
    Sebelum tu memang aku dah google
    Kebanyakan bayi yg dah mula dengan makanan pejal akan sembelit
    Seb baik tahap najwaa ni kira biasa
    Yang aku google anak anak sampai gigil meneran
    Bila jumpa paed dia tya ada bagi makan pisang tak
    Gtau le yg memang lom bagi lagi
    Rupanya kan pisang akan buat najis lagi keras
    Ada baby yg ok dengan pisang
    Fuhhh seb baik
    Doc suggest jus prun
    Dapat le sebotol syrup 5ml yek kena bagi 
    Ubat ni aku bagi guna sudu lagi senang dari nak guna syringe huhuhu
    Seb baik la manis najwaa xde la menolak
    Pastu g cari jus prun tp ada epal prun boleh la dari xde
    Jus ni lak nak bg guna botol najwaa tanak plak
    Agaknya dah set dalam botol adalah susu kot wakakaka
    Takpe la dikk mama bagi guna sudu gak

    Alhamdulillah dah boleh la poopoo cuma sket beso jari aje la tiap kali melabur
    Takde la meneran nangis2
    Lepas minum ubat ngab jus ni masih meneran cuma x seteruk kelmarin la

    Harapnya kembali normal lepas ni 
    Pastu kita guna menu lain lak hehehee

    Dah 6 Bulan Najwaa...Jom Makan

    Teruja??? Sudah semestinya
    Mama yg eksaited ni
    Memandangkan dah 6 bulan kan jadinya meh la kita makan dik Najwaa
    Rajin la aku gugel sana sini pasal solid food
    Almaklum kakak Najlaa dulu stay dgn nenek kat kampung so nenek bg nestum ngan bubur je

    Menu pertama...epal
    Awal2 tu bagi najwaa puri epal sahaja
    Tapi maybe lepas kukus tu masam sket najlaa menolak
    Takpe kita cuba lak campurkan dengan susu sket
    Aiseh dia "meluek" kan la pulak
    Stressss
    Hahahhaha stress la sangat
    Epal kukus aku masukkan dalam safety food feeder
    Aritu masukkan anggur dalam feeder ni najwaa x berapa suka pasal masam2 manis buah anggurnya
    Takpe kita tambahkan kurma lak
    Makanya jadi la puri epal kurma
    Sedapppp
    Masuk dalam ice cube tray je
    Saya sukaaa saya sukaaa kata najwaa
    Selama 4 hari berturut2 makan puri epal kurma dengan jayanya
    Tadaaaa g beli avokado ngan pisang
    Teruja katanya muahahahaha
    Dan jadi la pulak puri avokado
    Ni hari pertama tp sket aje la najwaa makan
    Mungkin dah tukar menu kan
    Takpe pelan2 dik
    Bersusun bib untuk 4 hari lepas fuhhh
    Hehehehe selit lak gambo jus avocado
    Kan beli 2 biji, sebiji wat puri lagi sebiji jadi la jus

    Kuih Tepung Gomak

    Begini la keadaannya kalau tekak teragak
    Kalau tak senang je main order
    Tapi dah merantau ni pepandai ko le
    Maka menggoogle la tuan tanah
    Macam-macam resepi ada pilih je
    Resepi piliham aku di blog RESEPI RAIDAH
    Sumer bahan ada tapi aku main agak2 je berat bahan
    Bukan le takde penimbang tapi kang banyak lak buat pastu x jadi dah membazir
    Walaupun agak2 je dapat la 10 keping
    Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan
    Huhuhuhu abuk-abuk aku agak kasar
    Zerrrr je kat blender kering tak sempat halus Najwaa dah bumyi
    Yessss lengkali bleh la buat
    Pasni ntah ape lak tekak ni berkenan nak makan

    Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

    500g kacang hijau

    Cara penyediaan:
    1. Basuh dan toskan kacang hijau.
    2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
    3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.
    4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
    5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

    Bahan inti:
    1 biji kelapa parut
    200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
    1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
    1 sudu besar tepung gandum
    Secubit garam
    1 helai daun pandan
    Air.

    Cara penyediaan:
    1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
    2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
    3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

    Bahan kuih tepung gomak:
    500g tepung pulut
    Sedikit garam
    Air secukupnya

    Cara penyediaan:
    1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
    2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
    3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
    5. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

     
    Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in