Kad Imbasan Rangsang Otak Kanan & Kiri


kad imbasan
“Flashcard (kad imbasan)...nampak bagus sekali untuk permata hatiku. Kad dengan gambar-gambar binatang ini pasti menggembirakan anakku. Eh, ada yang bergambar kartun...comelnya! Sesuaikah untuk si kecilku itu? Ada pula yang mempunyai gambar dan perkataan di bawah gambar. Mungkin aku boleh mengajar si kecilku yang kini baru masuk tadika, membaca serta mengenal gambar sekali gus. Ide yang bagus...atau tidak? Mana harus ku pilih? Perlukah aku membelinya...”

Mungkin inilah yang difikirkan oleh ibu muda ini semasa berada di kedai buku untuk mencari bahan pendidikan untuk anaknya menambah ilmu. Apa sebenarnya konsep flashcard? Perlukah kita menggunakan flashcard untuk mengajar anak. Memang terdapat pelbagai pendapat tentangnya sama ada pro dan kontra.

Dr Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement of Human Potential memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca dan mengenal gambar (dikenali sebagai cebisan intelek). Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara flash atau cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat.

Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.

Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.
Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif. Dr Glenn Doman juga mendapati bahawa anak kecil semuda 6 bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian dengan cara otak belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.

Menggunakan flashcard atau kad imbasan juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ anak. Sebenarnya yang penting penggunaan flash card atau kad imbasan adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang bersifat holistik ( menerima maklumat dengan menyeluruh).
Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan degan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.

Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak akan memastikan dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Sukar untuk memastikan sama ada anak memberi tumpuan kepada objek yang disebut ibu jika terdapat banyak objek lain walaupun ibu menunjuk ke arah objek tersebut.

Keduanya, anak kecil mudah belajar jika dia melihat sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak. Anak akan lebih memahami apa itu kucing jika kita tunjukkan dia gambar kucing(sesuatu yang konkrit)daripada kita hanya sekadar membuat bunyi atau menyebut perkataan “kucing”(tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau memberi deskripsi apa itu kucing (abstrak).

Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.

Kenapa perlu ditunjuk secara flash atau cepat? Sekarang cuba bayangkan rumah anda. Berapa lama masa diambil untuk imej rumah terbayang di hadapan mata. Ramai yang akan mengatakan sekelip mata sahaja. Ini menunjukkan bahawa otak berfungsi secara cepat iaitu otak adalah mekanisme berkelajuan tinggi. Otak jika diibaratkan seperti komputer dapat menghasilkan semula gambaran rumah kita kerana ia sudah diberi input atau maklumat imej tentang rumah pada suatu masa dulu. Dengan itu, apa yang kita lakukan adalah bersesuaian dengan cara otak kita berfungsi. Lagipun, mata dan telinga hanya berfungsi seperti kamera dan perakam suara.

Bagaimana pula tentang saiz kad dan kualiti gambar? Adakah kerana anak itu masih kecil, mempunyai jari-jari kecil maka saiz kad juga harus kecil? Realitinya, jika gambarnya kecil dan kurang jelas anak yang kecil (contohnya anak yang berusia 6 bulan) tidak akan dapat melihatnya dengan jelas.

Jika gambar menunjukkan burung di atas dahan kayu, anak kecil semuda 6 bulan tidak akan mampu membezakan dahan dan burung. Ia menerima keseluruhan gambar, termasuk dahan sebagai burung. Sudah pasti jika anak ini sudah berumur 3 atau 4 atau 5 tahun, dia sudah dapat membuat perbezaan tersebut.

Kualiti Gambar
Kualiti gambar seharusnya menunjukkan imej sebenar objek yang disampaikan. Jika ianya seekor ayam, seharusnya ayam itu sama ada ilustrasi yang baik atau gambar foto yang sebenarnya. Ramai yang beranggapan bahawa kartun adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak. Kartun bukanlah maklumat tepat tentang rupa bentuk ayam. Tetapi untuk anak yang sudah mengenal ayam, gambar kartun akan membina kreativiti anak.

Bagaimana pula dengan flashcard yang mempunyai gambar serta perkataannya sekali? Tidakkah ini menjimatkan masa dan tenaga kita mengajar dua perkara sekali gus? Seperti yang disebutkan sebelum ini anak hanya akan fokus pada satu benda pada satu masa serta kepada yang menarik sahaja.

Besar kemungkinan anak akan memberi tumpuan kepada gambar dan bukan perkataan. Lagipun, saiz perkataan mungkin terlalu kecil untuk sistem penglihatan anak yang masih belum matang.( Untuk memahami kepentingan saiz perkataan untuk anak belajar membaca , tunggukan artikel tentang bacaan di siri-siri akan datang.)

Apa yang berlaku dengan membekalkan maklumat melalui kad imbasan atau flashcard adalah sistem penglihatan dan pendengarannya akan dikembangkan malah kedua-dua otak kiri dan kanannya akan dibangunkan. Tidakkah dengan memberi terlampau banyak rangsangan kepada anak, otaknya akan “rosak” atau “terbakar’ atau mengalami “overstimulation”seperti yang didakwa sesetengah pihak? Tidakkah kita takut bahawa anak tidak dapat menikmati zaman kanak-kanaknya jika dia disogokkan dengan maklumat melalui flashcard sedangkan peringkat usianya (4 hingga 6 tahun) adalah peringkat bermain. Pada siri akan datang saya akan cuba mengupas persoalan ini dan berkongsi keseronokan mengajar anak dengan menggunakan flashcard atau kad imbasan.

sumber

Daging Goreng Rempah & Kerabu Epal Hijau

Seperti biasa kalau dah xde idea nak masak lauk 
jawabnya skodeng aje blog otai masakan
Aku nak masak lauk yg simple dan bahan senang cari dlm simpanan hehehe
Akhirnya Daging Goreng Rempah jadi pilihan
Kak Nor mmg sedap la daging ni
Rasa cam rendang pulak
 Dah ada daging tp sayur lak xde 
Tapi aku x kisah sangat pun ada sayur ke tak sama gak ngan darling
Yang ada pun carrot je
Kang ratah carrot dah rupa arnab lak
Ahhh bantai la wat je kerabu epal ijo 
memandangkan aku cam pernah nampak kat mana tah
Nak google respei cam malas lak pasal dah ada kat dapo 
Hantam saje la kan...agak2 cam buat kerabu mangga
Tapi hasilnya x mengecewakan mmg sedap
Cukup rasa masam manis masin pedas
Hhehehehe yg kaler ijo bulat2 tu adalah anggur yek
Ritu beli banyak ingatkan manis rupanya masam
Pasni buat jeruk anggur je la
Jadi aku boh aje dlm kerabu ni pasal tomato xde dlm esbok


KAMBING GORENG BEREMPAH (DAGING GORENG BEREMPAH)
resipi : AlongRoz@HomeKreation

BAHAN2:
1 kg Daging Kambing (Lamb Shoulders) - potong saiz 2" persegi ( k.nor guna daging lembu) aku pun guna daging
2 sb Tpg Gandum
1 sb Serbuk Kunyit
3 sb Cili Mesin
5 btg Serai*
10 ulas Bwg Merah*
3 ulas Bwg Putih*
4" Halia*
2 sb Biji Ketumbar*
1sb Jintan Manis*
1 sb Jintan Putih* (* blend) 
Garam & Gula
1 cwn Minyak

CARA2:
1. Gaul kambing dgn tpg sehingga rata & bilas.
(tujuan nya utk menghilangkan bau hamis kambing)
2. Gaul dgg kambing dgn garam, serbuk kunyit & cili mesin sehingga rata.
Gaulkan dgn bhn2 blend, garam & gula.
Perap selama sekurang2nya 1/2 jam.
3. Panaskan 1 cwn minyak di dlm periuk/kuali tak melekat.
Masak sehingga kering & rempah2 nya garing.
4. Angkat & biarkan di dalam tapis sebentar utk mengasingkan minyak yg berlebihan.

KERABU EPAL HIJAU MAMANAJLAA
Resepi: Lelord@Mamanajlaa
Sebiji epal hijau dihiris nipis
Carrot dihiris
2 biji cili api dihiris
2 biji bawang merah hiris
Jus limau nipis (agak2 je)
Garam dan gula
Anggur hijau (aku mandai tambah pasal xde tomato)

Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam bekas dan gaul rata



Sambal Kicap Segera

Breakfast hanyalah 2 bijik pisang goreng
Hebat aku...
Hhahahha mana taknya selalunya 2 bijik pisang aku ngan darling
Tetiba rini aku belasah sensorang
Opss darling kije yek, pagi tu aku dah gorengkan karipap siap bawak bekal lg

Okey pasal sambal kicap ni mmg segera
Aku dah kehabisan kicap manis jalen
Memang bawak sebotol je pun
Lagipun kegunaan kicap hanyalah utk sambal kicap
Pasal aku mmg x makan nasi siram kicap lalalalala

Kecap Pedas ABC....
Dah sedia ada cili
Sedap
Pedas
Pekat
Aku belasah je janji pisang goreng kena ada sambal kicap


****info pasal Kecap Pedas 
Jakarta - Kebutuhan masyarakat akan kecap pedas akhirnya dijawab oleh Heinz ABC Indonesia lewat peluncuran kecap yang memadukan rasa pedas dan manis sekaligus. Acara bincang-bincang, aneka games, serta demo masak turut memeriahkan peluncuran 'Kecap Pedas ABC' tersebut.

Dari Dapur Najlaa : Baking Time

Yup skang beroperasi Dari Dapur Najlaa
Asik Dari Dapur Lela Lelord aje kan
Najlaa pun ada oven tau meh SINI
Tadaaaaaa
Haishhh seram lak tengok cara mengerat kek tu hehhehe
 Sepotong untuk mama katanya
Kek bertingkat tu papa yg belikan 
Asik dok buat kek dlm ipad je
Macam-macam ada geram je tengok hehhee


Terbaik Dari Ladang

Nyummmm beso-beso stoberi yg dipetik kat bakang umah ni
Pas cuci stoberi, aktiviti pun bermula
Last year penah buat dah SINI
Melting chocolate la dulukan
Huhuhuhu pastu celup aje

Bersungguh dak kenit makan
Stoberi cekelat ni dia arrr yg mintak
Seb baik milk choc bar mmg ada dlm simpanan

Pineapple Flower Katanya

Seperti biasa kalau ada pasar malam kat doha aku takkan lepaskan peluang
Setahun ada la beberapa kali je kot
Macam-macam makanan ada jual
Untung sapa yg niaga
Tapi aku beli makanan yg aku dh biasa dan kena dengan piawaian tekak
Biasa la kan ada makanan yg sedap dan agak kureng
Mahap yek tp ni la hakikatnya..kadang ada yg niaga pasal nak untung je

Ok berbalik tajuk di atas
Bukan pineapple fower seperti gambo di bawah yek
pic by google 
Tapi pineapple flower biscuit...muahhahaa tat nenas je pun
Beli kat pasar malam le 
Najlaa mintak nak biskut, kebetulan ada yg jual tat nenas
Selalunya najlaa agak memilih bab2 biskut ni
Sebelum beli leh test makan hehehe akak yg jual bg najlaa rasa
Setelah dapat persetujuan najlaa beli la sebekas
 Sedap kata najlaa dan sedap jugak utk tekak aku
Jem nenas tu banyak
Najlaa ckp biskut pineapple flower pasal bentuk munger
Lalalalalalalallala
Sekian

Hehehhehe Cuci Mata Yek

Meh layan gambo
Ada yang geram ke?
Guitarist & Rock N Roll
Bergolek2 la kamu wahai kamben'

Lagi gumok dari najlaa
Sedap ni leh wat baring2




Kerana Dia

Semuanya kerana dia
Sapa lagi kalau bukan buah hati pengarang jantung ni
Skang ni kalau tengok apa-apa kartun kat tv 
segala mak nenek toys peliharaan akan kuo

Ni hah antara contohnya
Baju tido ada kambing biri-biri
Pastu lak kat tv mmg tengah tayang Shaun The Sheep
Laju aje dia berlari dalam bilik amik haiwan peliharaa


Kalau tengok citer mikimos
Miki ngan minimos kena ada gak duduk kat pangku
Lom lagi dengan dragon kaler purple (cerr teka apa) dan 
juga kartun kuning gigi beso (teka gak apa dia)
Hadoiii menan dia je penuh bilik
Camne la mama tak hangin
Kalau sepahkan bilik najlaa mmg terer
Bab kemas je dia malas
Kecuali mama bertukor kaler
Ataupun najlaa terlebih rajin


Camne ek gayanya anak-anak korang menonton kartun kegemaran
Share please hehehehee

- Posted using BlogPress from my iPhone

Bun Manis Butterscotch atau Vanila

Assalamualaikum semua....morning uols
Dah lama bercita-cita nak coba buat roti
Tapi takut tak menjadi
Dari last 2 year lagi aku dah berangan
Selalu gak mengintai blog kazen gebu aku tu
Setelah terpendam lama tahun baru 2012 
ni la permulaan yg baik untuk segalanya...ewahhhh

Tadaaaaaaaaaaaaaaaa
Mempersembahkan Bun Manis Vanila aku
Hehehhehee resepi amik kat blog Ros Jintan Manis
Ikut resepi namanya Bun Manis Butterscotch
 tp pasal aku guna vanila jadi la Bun Manis Vanila
Pastu lak kena guna susu tepung aku pakai je susu najlaa
Najlaa dah lama x minum susu tepung pasal dia minum fresh milk je
dari terbuang camtu je baik la aku guna untuk buat bun hehhehe
 Walaupun tak berapa cantik tapi aku berpuashati dengan pencapaian terhebat ni
Alhamdulillah najlaa suka pasal sebijik masuk dlm perut dia
Bila dengar najlaa cakap "mama sedap buat lg ek" 
Seb baik najlaa ckp sedap...
ingat lagi  masa aku cuba buat donut najlaa cakap x sedap
Darling lak makan 3 bijik muahahhaha maknanya sedap la kot

Bila dah berjaya ni mood meroti meluap-luap
Pasni harapnya roti-roti aku lebih cantik dan sedap la
Chaiyokkkkkkkkkkk

Bun Manis Buttescotch atau Vanila
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
300gram tepung roti (tepung high protein)
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
2 sudu kecil esen vanila@butterscotch
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula

(untuk topping, sedikit gula pasir untuk di tabur di atas bun nanti)
* untuk gliss*
ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda.

Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Lagi Hasil Artwork Si Kidal Najlaa




Lukisan dah semakin cantik
Kalau dulu lukis org dah macam alien lak dengan mata beso serammm
Kat SINI hasil contengan najlaa
Yang macam-macam pun ada gak meh SINI

So Sweet...So Touching...Tentang Awak

Iyer..iyerr..sebelum ni aku suka dengan Tentang Dhia
Skang ni Tentang Awak lak
Tacing lak aku membaca Tentang Awak
Ada sendu dan pilu menyelubungi

 Awak......., Awak sihat? Busy ye skrg? Ok.. Faham..... :) Lama dah kite tak jumpakan?Last  jumpa masa awk tengah sibuk rehearsal 'bersilat ngan belajar bahasa arab'... pastu.. Hilang terus. Sedih tau... Sy pasti awk penah rindu pd Sy, Sy pun berperasaan yg sama, tp makin hilang di telan waktu kan? Sedih lagi, huhu....  Kalau tak, hampir setiap hari.. Paling tidak, selang shari kita jumpa. Cuma kalau gaduh jer, lama sikit berjarak jadi nya kita. Huhu... Sekarang, sekelip mata je keadaan berubah.. Macam 'magic'!! Tingg! Menyampah nk jumpa... Tinggg! Tingg! Taknak layan langsung! Tingggg! Layan light2! Tinggg! Blahhh laaa.. Tak faham2 lg ke? Huhu.. :( Sebab? 'Kuasa CINTA' dah takde rasa! Kan? ( entah.. Sy x pasti sebenarnya sbb awk sukar di duga :) Sejak awk stat shoot pilem neh, mmg lgsg tak berkesempatan nk picit idung awk... ;P kan? Hehe.. ( memain jer.. Huhu) yelaaaa.. Dah jd bintang pilem, mana nk pandang pelakon2 veteran mcm Sy neh, kan? :) takpelaaaa.. Sy buat2 faham je, 'sedar ruang' kata org... Cuma, Sy ralatttt skit la awk.... Awk ngan Sy sgt2 rapatkan? Kita je yg betul2 tahu apa yg berlaku antara kita, kita yg melaluinya, kita yg rasa...... Tp bila bercakap dkat media, dkat mana2 lah sekalipun, kenapa awk smpai hati keluarkan kenyataan2 yg semacam menidakkan kehadiran Sy? Sian Sy awk.... Kecik ati tau! Huhu.. Selama neh, kita share segala kot...

Moga pelangi indah akan menjelma

Mr Bean Tau Fu Fa

Sapa suka tau fu fa?
Aku kan sebenarnya tak makan segala yg berunsurkan soya
kecuali TEMPE hehehhee
Nak awet muda kena la makan tempe

Ishhh memang tekak ni x dapat menerima kehadiran tau fu fa dan air soya
Kalau bulan pose kemain ramai lagi yg beli kan
Aku tak heran pun

Ritu mekja member atas umah ni tanya kalau nak order tau fu fa
Memandangkan darling mmg makan order la seliter
Dan dengan tak disangka-sangka
Setelah aku mencuba sesudu mmmmm sedap
Rasa lagi sesudu kemudian bertukar jadi semangkuk
Wallahhhhhhhh memang terbaek la


Baru2 ni bile Mr Bean Tau Fu Fa open untuk ambik order
Aku beli lagi seliter
Huhuhuhu nyaman jek 
Gambo ni aku amik kat page Malaysians In Qatar
TQ yek untuk tokey tau fu fa Aizal Ibrahim & Yeen Mazleen
Dah 2 kali order tak sempat nak snap dah habis tau fu fah


Douhua (Chinese: 豆花, dòuhuā) or doufuhua (Chinese: 豆腐花, dòufuhuā) is a Chinese dessert made with very soft tofu. It is also referred to as tofu pudding and soybean pudding.


Malaysian and Singaporean cuisine

Douhua in sugar syrup sold in West Coast, Singapore
In Singapore and Malaysia it is more commonly known by its names tow huay or tau huay in Min Nan, or by the Cantonese name (tau fu fa) with the Cantonese variation being more common in Malaysia, in fact it is almost exclusively known as tau fu fa there while tau huey is generally associated with Singapore. In Penang, the common term is tau hua due to the Hokkien roots of the local Chinese dialect.
It is usually served either with a clear sweet syrup alone, with ginkgo seeds suspended in the syrup, or in a sugar syrup infused with pandan. In Malaysia, however, the most popular kind is served in hot and sweet ginger water, with some customers preferring to buy only the ginger water as it is believed to contain medicinal properties. Again, the exception is in Penang where the sugar syrup is used, with white or brown sugar variations available. The same syrup is used to flavour soy bean milk drinks, known locally as tau chui in the Hokkien tongue or tau jeong sui in the Cantonese tongue, usually sold by the same purveyors, with the option to add grass jelly to the drink.

Giveaway Tahun Baru 2012

Assalamualaikum semua
Jom la memeriahkan  Giveaway Tahun Baru 2012
Hadiah menarik menanti anda
Tarikh tutup : 23 jan. 12 – 13 feb. ’12


Sejuk & Lemak

Sejuk sampai ke tulang
Semalam pun ramai kengkawan up status kesejukan kat doha ni
Malam td suhu mencecah 9'c
Tido berselebung siap dengan sweater hehehehee

Ni suhu pagi ni kitorang nak kuo bekpes...mekdi je
11'c @ 9.20am
Camne la gaknya kan kengkawan yg dok negara yg ada snow tu
Yang mana suhu sampai paras beku


Hehehehhe sempat lagi snap gambo sendiri dlm lif
Kemain menyala lagi kan sweater
Nampak ceria aje walaupun x mandi lagi...opsss!!!!!


Memandang sejuk tak tertahan
Kena la kasi lemak supaya dpt menampung kesejukan
So terhasil nasi lemak sambal udang untuk lunch
Masak lebih senang mlm kang leh makan

****info klik SINI

Brace for cold wave, warns weatherman

RAMY SALAMA

DOHA PEOPLE in Qatar and the Gulf region may experience the coldest weather in the past few years with the night temperature dipping below 10 degree Celsius, warns the Meteorological Department.

The severe cold spell is expected to last through the next week, the forecast says.

The steep fall in temperatures is to be caused by the cold winds coming all the way from the frozen Siberia because of a weather phenomenon called ‘Siberian High’ that affects Qatar, the entire Gulf region as well as North Africa.

Talking to Qatar Tribune on Friday, head of the forecast and analysis section of Qatar’s Meteorological Department Abdulla Mohammed al Mannai said that what’s happening starting on Friday is that a ridge of high pressure would hit Qatar


- Posted using BlogPress from my iPhone

 
Copyright © Mama Najlaa Punya | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in