Thursday, August 2, 2012

Air Asam Boi...Nyaman

Panas-panas ni teguk air asam boi 
mmg nyaman anak tekak
Sejuk je
Menu simple iftar ke-13
Nasi Ayam Ipoh & Air Asam Boi
Makan sensorang je darling kije malam
Tapi seperti biasa tapaukan la bekal utk bukak pose n sahur
Dessert takde huhuhu
Gorengkan aje keropok keping boleh darling kunyah malam-malam
Air Asam Boi
Bahan-bahan:
2 biji asam boi putih
5 sudu air gula
3 biji limau kasturi - diambil jus
100 ml air suam
Sedikit pewarna hijau 

Ketulan ais
Cara membuat:
1. Masukkan air gula dan perahan air limau kasturi ke dalam gelas.
2. Masukkan asam boi, ketulan ais dan air suam.
3. Terakhir sekali masukkan pewarna hijau tadi dan sedia diminum.


16 comments:

  1. aduh...terliur pulak tengok ais kaler ijo ni..hehe~

    selamat meneruskan ibadah puasa~

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa...salam perkenalan...

    ReplyDelete
  3. aduhhh....ngences dah ni...hahahaaa.. aku sejak pregnant ni mmg suka btl minum ais..klu x pregnant mmg jarang2 minum ais... pembawakan kot...

    ReplyDelete
  4. sedapnyer.... minum skit boleh la, tak berani amik ice banyak

    ReplyDelete
  5. Nekcik suka blend kedondong ..campur asam boii..atau teh o bubuh asam boii mmg nyaman..sekarang dah ada jual asam boi tak ada biji..lagi sedaap weii!!

    ReplyDelete
  6. @Anum jom..jom..jom...senang aje kan

    ReplyDelete
  7. @Mamamya ahahha sila lap air liur tu..sejuk je kan

    ReplyDelete
  8. @NEKCIK sedapnya kedondong...balik mesia cari

    ReplyDelete