Seperti biasa kalau dah xde idea nak masak lauk
jawabnya skodeng aje blog otai masakan
Aku nak masak lauk yg simple dan bahan senang cari dlm simpanan hehehe
Akhirnya Daging Goreng Rempah jadi pilihan
Kak Nor mmg sedap la daging ni
Rasa cam rendang pulak

Dah ada daging tp sayur lak xde
Tapi aku x kisah sangat pun ada sayur ke tak sama gak ngan darling
Yang ada pun carrot je
Kang ratah carrot dah rupa arnab lak
Ahhh bantai la wat je kerabu epal ijo
memandangkan aku cam pernah nampak kat mana tah
Nak google respei cam malas lak pasal dah ada kat dapo
Hantam saje la kan...agak2 cam buat kerabu mangga
Tapi hasilnya x mengecewakan mmg sedap
Cukup rasa masam manis masin pedas

Hhehehehe yg kaler ijo bulat2 tu adalah anggur yek
Ritu beli banyak ingatkan manis rupanya masam
Pasni buat jeruk anggur je la
Jadi aku boh aje dlm kerabu ni pasal tomato xde dlm esbok
KAMBING GORENG BEREMPAH (DAGING GORENG BEREMPAH)
resipi : AlongRoz@HomeKreationsumber : K.Nor@SecubitGaram
BAHAN2:
1 kg Daging Kambing (Lamb Shoulders) - potong saiz 2" persegi ( k.nor guna daging lembu) aku pun guna daging
2 sb Tpg Gandum
1 sb Serbuk Kunyit
3 sb Cili Mesin
5 btg Serai*
10 ulas Bwg Merah*
3 ulas Bwg Putih*
4" Halia*
2 sb Biji Ketumbar*
1sb Jintan Manis*
1 sb Jintan Putih* (* blend)
Garam & Gula
1 cwn Minyak
CARA2:
1. Gaul kambing dgn tpg sehingga rata & bilas.
(tujuan nya utk menghilangkan bau hamis kambing)
2. Gaul dgg kambing dgn garam, serbuk kunyit & cili mesin sehingga rata.
Gaulkan dgn bhn2 blend, garam & gula.
Perap selama sekurang2nya 1/2 jam.
3. Panaskan 1 cwn minyak di dlm periuk/kuali tak melekat.
Masak sehingga kering & rempah2 nya garing.
4. Angkat & biarkan di dalam tapis sebentar utk mengasingkan minyak yg berlebihan.
Sebiji epal hijau dihiris nipis
Carrot dihiris
2 biji cili api dihiris
2 biji bawang merah hiris
Jus limau nipis (agak2 je)
Garam dan gula
Anggur hijau (aku mandai tambah pasal xde tomato)
Cara-cara
Masukkan semua bahan dalam bekas dan gaul rata
Kerabu epal tu seems delicious..terliur!!
ReplyDeletedah lama tak makan daging... sedap plak tgk kerabu epal hijau tu kak...
ReplyDeletewah2... pg2 dh tgk kerabu ngn daging goreng berempah tu alahai kecur air liur tau...
ReplyDeletedh lama tak lyn kerabu2 nih
menyelerakan.....
ReplyDeleteDapnya kambing goreng tu.... Yummy.....
ReplyDeleteermmm.sangat menarik..boleh try kot
ReplyDelete@Chekgu Azrine sedap cuba la buat
ReplyDelete@Izan Ishak alhamdulillah sedap izan..akak wat lebihkan cili rasa pedas2
ReplyDelete@norhidana hahahhaa akak pun terliur sama ni
ReplyDelete@cik Jue Aka Ibu Farisyah hehhehee nyummm
ReplyDelete@msredcheesecake sedap2 tp lela guna daging lembu, lengkali nak cuba kambing lak
ReplyDelete@shahdiana sila cuba sedap hehehe
ReplyDeletekerabu tu nmpk mengancam
ReplyDeletekerabu epal hijo tu cam menggoda... mesti buat nanti..
ReplyDelete