Thursday, December 8, 2011

Kahkah Berdekah Dengan Bedah Tong Gas

Yuhuuuuuuuuu
Morning uols yang kat Qatar
Korang kat Mesia dah lunch ke?
Muahahhahaha korang ritu ada tengok tak Bedah Tong Gas, Skrin di TV9
Memang berdekah aku tengok citer ni
Berkali-kali tengok





Bedah Tong Gas mengisahkan tentang Bedah, berumur 27 tahun dan menjalankan perniagaan menjual tong gas di kampungnya. Walaupun hanya menggunakan motosikal tiga roda untuk menghantar tong gas, Bedah tidak ketinggalan untuk mengembangkan perniagaannya melalui laman blog www.bedahtonggas.blogspot.com dan juga mempunyai laman facebook yang menggunakan nama "Bedah Cun".

Bedah sering diganggu oleh pemuda-pemuda yang menjadi rakan facebooknya. Dia akan membuang nama-nama pemuda yang sering mengganggunya menerusi facebook. Malahan Bedah pernah mogok menutup kedainya selama seminggu dan membuatkan penduduk kampung yang kehabisan gas terpaksa masak menggunakan kayu api.

Pemuda yang sering mengganggu bedah termasuklah Zamri, anak Lebai Kulop, dan Ucop. Mereka pernah menyamar menjadi pemuda kaya dan berkenalan dengan Bedah dalam facebook. Bukan itu sahaja, mereka sanggup menelefon Bedah tengah malam dan memberitahu kedainya meletup! Tanpa diketahui orang, Bedah telah jatuh cinta dengan bapa Zamri, iaitu Lebai Kulop menerusi facebook. Suatu hari Lebai Kulop memberitahu hasratnya untuk mengahwini Bedah. Ini mebuatkan Zamri berasa amat terkejut. Adakah Zamri juga menaruh harapan terhadap Bedah, dan sebab itulah dia sering mengusik Bedah?

19 comments:

  1. hahahah.. baca sinopsis pun mcm dah lawak tahap puaka... jalan cerita mcm siot tp mcm best je... kat opis ni lembab ar loading utube

    ReplyDelete
  2. alahai baca sinopsis mcm best..tp jarang tgk tv9..melepassss

    ReplyDelete
  3. kebetulan sama pulak.. Nida baru semalam tengok cerita ni kat malaymoviesfull.com.

    Konon anak-anak mula2 tak minat, pastu depa yang duk tergelak sakan..hahahaha

    ReplyDelete
  4. sis pon tgk??hihi..
    sakit perot tgk cite ni..
    lg2 yg kat pose die bwk moto tu..hikhik

    ReplyDelete
  5. tak tengok pun....kelakar ek..

    ReplyDelete
  6. @Marsha~ ekekekkee karang kalau laju ko xleh wat kije lak melayan citer ni

    ReplyDelete
  7. @Nida bestkan citer ringan asben selalu balik kije pas dinner mmg terus tido ni kami layan citer sesama berdekah..esok2 tengok lagi hahhaha

    ReplyDelete
  8. @Yatie Awang mmg kelakar tengok la kat link atas tu

    ReplyDelete
  9. bila punya cerita kak? kita tak perasan pula. best je sipnosisnya.

    ReplyDelete
  10. alaa tak tengok la...menarik je, cam best aa...mesti lawak giler kan..ala...

    ReplyDelete
  11. Me tak pernah tengok pun tp baca synopsis cam lawak je hehehe

    ReplyDelete
  12. heheheh tgk2 mmg lawak citenyer... suke ngn nur khairiah... dia kalo belakon mmg best

    ReplyDelete
  13. ALAH TERLEPAS.ADA DULU MASA IKLAN RASA BTL2 NAK TGK.TAPI TERLUPA GAK NAK TGK AKHIRNYA...MESTI LUCU KHAIRIAH2

    ReplyDelete
  14. sure lawak sakan ni. pecah segala benda..

    ReplyDelete
  15. hehe best ek..kak wan blum tgk lg.nk kena tgk ni..=)

    ReplyDelete