Tuesday, August 9, 2011

6 Langkah Berjimat Cermat Sempena Aidilfitri



Berjimat Di Hari Raya ? Wah bagaimana agaknya. Hari Raya Aidilfitri pastinya antara detik yang dinanti-nanti oleh ramai orang. Tidak kira di kampung atau di bandar, Hari Raya Aidilfitri pasti akan diraikan bersama keluarga yang tersayang dan akan disambut secara meriah terutamanya oleh kanak-kanak.
Anak-anak akan menjerit-jerit meminta baju baru, kasut baru dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, anda sebagai ibu bapa juga akan memikirkan untuk membeli juadah raya, perhiasan rumah, duit raya dan mungkin sehingga ingin menukar kereta baru!
Keadaan seperti ini sudah semestinya akan membebankan kewangan anda kerana banyak wang yang perlu dikeluarkan setiap kali menjelang raya. Oleh itu dalam artikel ini, akan berbincang teknik-teknik khas yang boleh digunakan untuk membantu anda berjimat-cermat di Hari Raya Aidilfitri.
Teknik Khas 1: Kurangkan Kelajuan kenderaan untuk menjimatkan wang petrol
Semasa kita beraya sambil menziarahi keluarga dan rakan yang tersayang, jarang terlintas di fikiran untuk menjimatkan wang petrol kerana begitu asyik menziarahi. Satu cara mudah untuk menjimatkan wang petrol di Hari Raya ialah dengan mengawal kelajuan kenderaan pada had laju yang dibenarkan.
Di samping itu, elakkan daripada balik kampung pada waktu puncak kerana jalan raya pastinya sesak dengan kenderaan-kenderaan lain. Seelok-eloknya, rancang perjalanan anda dengan teliti dan elakkan daripada terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Teknik Khas 2: Buat biskut sendiri
Biasanya bila musim perayaan tiba, ramai yang berusaha menambah pendapatan dengan menjual kuih raya. Di pejabat khususnya akan berlaku perang jual kuih raya. Manakala anda pula tentu tidak melepaskan peluang untuk memesan biskut raya kegemaran anda dan biasanya juga disebabkan sekadar mengambil hati kawan. Pastikan anda ada bajet untuk ini. Jangan membeli terlampau banyak hingga akhirnya terbuang begitu sahaja. Satu lagi cara yang mudah ialah berpakat dengan rakan atau keluarga untuk membuat sendiri biskut raya. Ini pun akan dapat menjimatkan wang.
Teknik Khas 3: Jadi pereka fesyen sendiri
Ramai orang yang mengadu bahawa apabila tibanya Hari Raya, mereka tidak mempunyai pakaian yang baru. Malah, ada yang risau rakan-rakan atau keluarga akan menyedari jika pakaian dari tahun-tahun lalu “dikitar semula”.
Akan tetapi, tahukah anda dengan hanya menyuai padan (mix and match) sedikit pakaian secara kreatif, pakaian yang lama boleh kelihatan menjadi baru? Kebanyakan pakaian biasanya boleh ditata rias untuk menghasilkan rupa yang baru.
Malah, anda juga boleh menjimatkan wang dengan hanya membeli tudung baru. Tudung yang anggun dan unik akan  menambahkan seri pakaian anda, membuatkan pakaian itu kelihatan “baru”.
Teknik Khas 4: Libatkan anak-anak semasa berbelanja
Biasanya, ibu bapa jarang membincangkan hal-hal kewangan bersama anak-anak, malah biasanya akan berbelanja mengikut permintaan si kecil tanpa menghiraukan kedudukan kewangan diri yang sebenar kerana inginkan Hari Raya yang meriah.
Tetapi, sedarkah anda perbuatan itu boleh memakan diri? Jika anak-anak tidak mengetahui atau menyedari kedudukan kewangan anda, kemungkinan mereka akan meminta sesuatu yang di luar kemampuan dan tidak perlu. Sebaik-baiknya, beritahulah mereka asas-asas tentang kedudukan kewangan anda serta mengapa terdapat barang-barang atau perkara yang boleh atau tidak boleh dibeli.
Ini akan membantu anak-anak memahami keadaan kewangan diri yang sebenar dan secara langsung mendidik  mereka untuk bersabar dan tidak meminta barang atau perkara yang diinginkan sesuka hati.
Teknik Khas 5: Jadikan yang lama seperti baru
Memang menjadi lumrah untuk kita membeli perabot baru semasa Hari Raya. Semasa rakan atau keluarga menziarahi, alangkah gembiranya jika mereka menyedari dan memuji perabot baru kita, bukan begitu?
Jika kewangan tidak mengizinkan membeli perabot baru, anda boleh menggunakan kaedah re-upholstery atau menjadikan perabot lama seperti baru.
Sebagai contoh, jika sofa di rumah sudah kelihatan lama, gantikan spannya dan tukar alasnya sahaja. Proses ini memerlukan modal yang lebih rendah dan akan “menghidupkan semula” perabot anda menjadi selesa dan seperti yang baru!
Teknik Khas 6: Buat perancangan awal
Hari Raya tiba setiap tahun, jadi sepatutnya kita telah merancang awal mengenai perbelanjaan yang bakal dibuat. Kalau anda sudah tahu yang Hari Raya akan tiba pada bulan September, buat persiapan seawal bulan Januari agar anda tidak berdepan dengan sebarang masalah.
Simpan duit setiap bulan untuk Hari Raya agar anda tidak perlu bergantung kepada kredit kad atau terpaksa berhutang bagi memastikan Hari Raya yang meriah. Anda sepatutnya membuat bajet Hari Raya dan berbelanja mengikut bajet yang telah dibuat.
Ketika Hari Raya, majikan biasanya akan memasukkan gaji lebih awal daripada biasa bagi membolehkan anda membeli kelengkapan Hari Raya. Ramai orang yang teruja bila mendapat duit gaji awal, tetapi kemudiannya terpaksa “ikat perut” selepas Hari Raya kerana gaji bulan depan masih jauh lagi. Jangan jadi seperti ini. Apabila dapat sahaja gaji, anda perlu buat seperti ini:
Hari Raya sepatutnya digunakan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan disambut dengan penuh sederhana. Anda tidak mahu dibebani masalah kewangan selepas Hari Raya hanya kerana wang gaji telah banyak dibelanjakan bagi “beraya sakan”.



28 comments:

  1. Uish..betul jugak kata u nie...harus ikut. selama nie berbelanja sesuka hati jer.

    ReplyDelete
  2. mama.. lagi satu tips.. balik raya lepas raya ke-3 kompom jalan tak sesak.. jimat masa.. hehe..

    ReplyDelete
  3. betul3 tp masalahnya time puasa pulak duit mengalir deras hehehe

    ReplyDelete
  4. heheh
    anum suka teknik no 2
    hehehheh
    nak buat biskut sendiri

    ReplyDelete
  5. tips yang baik...tq for sharing...

    ReplyDelete
  6. @notti netti hehehehhe baju raya bape byk thn ni? raya ngan abaya kan

    ReplyDelete
  7. @.*.WiE.*. tu pasal kat teknik no.1 selain kurangkan kelajuan, elakkan balik kg waktu puncak

    ReplyDelete
  8. @ajumohit hahahha meh baca ni

    http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2011/08/tip-berbelanja-untuk-hari-raya.html

    ReplyDelete
  9. @Anumwah sakan la buat kuih raya thn ni ek

    ReplyDelete
  10. @tiefazatie tu la kan...akak pun suka ni bc kat karangkraf tu yg panjangkan ke blog lak

    ReplyDelete
  11. eheheh..tahun ni i buat kuih rayee sendirikk tawwww:D

    ReplyDelete
  12. @Sha@MamaTina ahahaha kalau ko ada teknik lain sila la tambah

    ReplyDelete
  13. @gedek! ekekekkekee soh aje najlaa wat kuih

    ReplyDelete
  14. tip yg bagus tuk panduan ni,..hee~ tp aura nak raya takde la, en suami kena bertugas..hu~

    ReplyDelete
  15. no3 tu setuju..igt nak beli tudung baru jer la.sip duit! haha..

    ReplyDelete
  16. good n3..suka2!! aku selalu asing2kan duit guna envelop..cth: duit myk,tol,duit raya dll...senang... dah amalkan sejak 9 tahun yg lalu...huuu

    ReplyDelete
  17. @mamalieyna alaaa jgn la hilang aura tu, cian anakanda

    ReplyDelete
  18. @Mamamya yup aku pun ada gak asingkan tp tu dulu ms aku bekerja ekekekkee

    ReplyDelete